Friday, October 10, 2008

Deklarasi 1010

( CAUTION: This post has a considerable amount of poyoness. Those who can't stand poyoness , I advise you not to read this post. It might cause diarrhea or vomiting. Hehehehe )

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Rasulullah dan kemuliaan buat Bahtera Nuh Ummah, Ahlul Bait baginda. Doa juga dipanjatkan ke hadrat Ilahi buat isteri-isteri baginda dan para Sahabat yang bertakwa.

Pada tanggal 10 Oktober 2008 , bersamaan 10 Syawal 1929 H, saya Wan Khairul Nizam Wan Khalid, pelajar A-Level Cambridge TESL Kolej MARA Seremban bernombor matriks ALT07007 mengeluarkan deklarasi berikut.

1) Saya berazam untuk mengurangkan berat badan sebanyak mungkin sebelum graduasi ini.
2) Atas usaha ini, saya akan cuba memboikot makanan Dewan Selera Kolej MARA Seremban terutamanya nasi dan menggantikannya dengan makanan ruji lain.
3) Saya juga akan cuba mengurangkan kuantiti ambilan makanan harian dan melakukan diet di hari-hari tertentu.
4) Hal ini di atas objektif kesihatan kerana didapati bahawa paras kandungan gula dalam darah saya berada di tahap Borderline(6.5). Meskipun doktor mengatakan bahawa saya tidak ada apa-apa dan tidak perlu risau, saya tidak dapat tidak berasa khuatir akan tahap kesihatan saya , apatah lagi Perayaan Aididlfitri di Malaysia menyebabkan saya menjamu selera tanpa henti.
5) Tambahan pula, selepas raya ini, saya mendapati bahawa BMI saya yang pada asalnya Normal Borderline telah menajdi Overweight. Lalu, saya merasakan bahawa saya perlu mengambil tindakan susulan bagi memperbaiki keadaan pada masa ini.
6) Atas sebab itu, saya memohon kerjasama dan pertolongan daripada pihak-pihak di bawah.
7) Kepada teman sebilik Aizuddin Rosli, saya memohon agar pihak tuan akan sentiasa memperingatkan saya akan deklarasi saya ini.
8) Kepada jiran-jiran di asrama, saya juga dengan rendah dirinya memohon agar pihak tuan semua juya dapat memperingatkan saya akan deklarasi ini sekiranya saya didapati melampaui batas deklarasi . Pihak tuan semua juga dialu-alukan untuk mengutarakan sebarang cadangan kepada saya (kecuali bermain bola kerana saya trauma dengan bola, jogging boleh sahaja dipertimbangkan).
9) Kepada rakan-rakan sekelas, saya memohon sokongan moral kalian, apatah lagi, parti-parti TESL yang 'liar dengan makanan" itu bisa sahaja menghancurkan usaha deklarasi ini.
10) Kepada semua, saya juga bersyukur sekiranya ada di antara kalian yang sudi memberi suntikan moral buat diri ini. Sekiranya ada, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
11) Buat perhatian, saya seorang penghidap gastrik. Mohon bantuan sekiranya didapati saya berada di dalam kondisi yang mencurigakan.

Deklarasi ini efektif serta merta. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Wan Khairul Nizam Wan Khalid
wankhairulnizam.blogspot.com
tesl85.wordpress.com

6 comments:

ceria seindah suria said...

yeah~~
gud luck dude!!
aku pon nak join la deklarasi nih..
(aku igtkn gurl je yg amik brat pasal bab2 nih..aisys)

Anonymous said...

saya bangkang deklarasi ini!!!!!!

r a y z i n i e said...

haha.reza nk bangkang?
aku join.bukan kita bersama2 ke?
huhu

-Shafawati- said...

Saya menyokong deklarasi ini 1010%. Jgn lupa makan sarapan tiap2 hari. Diet2 jugak, kesihatan jgn dilupa...

Kalau nak diet makanlah oat waktu pagi. Insya-Allah tahan lama kat dalam perut.

Banyakkan minum air. Boleh amalkan minum air setengah jam sebelum makan untuk elakkan makan berlebihan...

Selamat Berjaya dengan usaha anda.

bronzebell said...

haha.ntah hape2 jela deklarasi neh.mmg poyo.tp still xvomit pape lg bila baca.

jgn layan baring(lalu tertido) selepas makan.
bykkan study n berfikir.heh.

semoga berjaya.

p/s:redz jom,mari makan zip cadbury.haha

Anonymous said...

huhu ko da gmuk ke?
xdapek den bygkn...
dulu kecik aje...
long time no c....
huhu...