Sunday, October 26, 2008

Rumah Terbuka saudara Nazirul







Semalam, aku, Izdihar Zuhdi, Aizuddin, Fadhir, Hafez pergi ke rumah terbuka Nazirul Faiz. Alhamdulillah, ni kali pertama aku pergi ke Shah Alam, dan bertambah gembira kerana layanan Nazirul dan famili sangat baik buat kami. Alhamdulillah.

Ayah Nazirul ramah menjemput kami masuk ke rumah. Makanan juga enak terhidang. Nasi beriani dan nasi dagang buat aku terkecur air liur. Kambing panggang juga menanti untuk diterkam. Jeli kelapa aku cuba sekali, terus bergegas mengambil satu lagi dan sebelah tangan lagi memegang ais kacang. Rumah terbuka beb..

Segak Nazirul berbaju Melayu. Dan kami rasa bertuah kerana dijemput sdr Nazirul ke rumahnya. Oh ya, kelmarin sebenarnya kami ke rumah Izdihar . Rumah terbuka juga. Dan sangat menyukai laksam hasil tangan keluarga Iz. Ibu dan ayah iz juga sangat ramah, pakcik -pakcik iz juga amat mesra.

Dua hari tidak menyentuh buku membuatku terasa bersalah juga, tetapi tak apalah kerana 2 hari ini sangat bermakna. Dan usai menjamu selera dan berbual seketika, kami memohon mengundur diri. Dan ayah Nazirul yang sibuk melayan tetamu utama sanggup mengundur seketika menyalami kami pulang. Terharu kerana kami ni cuma rakan nazirul saja. Terima kasih pakcik, terima kasih Nazirul.

dan Nazirul mengiringi kami ke tempat Izdihar parking kereta. Salam-salam seketika dan kami pun pulang.


Allah memberkati kamu.

No comments: