Friday, October 3, 2008

Car Wash

Kereta Gen-2 itu udah kotor . Teman pun udah naik loya merenungnya. Tapi nak menyucinya tu teman maleh bebenor.

Penuh lumpur. Yeler, dah negeri teman ni hujan ler pulak biler nak dekat-dekat nak ghaye ni. Teman memang dah risau dah, teman tahu punyer, bila ghaye ni, maner ada car wash. Semua pekerja car wash ni biasanya sebangsa dengan teman, dan miker tahu ajerler, kalau ghaye, gaji seratus sehari pun deme tak mahu. Giler apa time-time ghaye kiter dok ngelap kereta orang!

Maka teman kehulu-kehilior ler mencari mana tahu ada ler car wash yang bukak. Dah cemuih dah teman tengok Gen-2 hitam ni. Driving la teman daripada Simpang Pulai (Taman Bersatu), masuk Chandan Desa, takder, teman sampai ke Kampung Tanjong sana tu.

Nak dekat Lubuk Timah dah ni, takler teman jumpa satu pun.

Maka nak tak nak, teman memandu ler sampai ke Gunung Rapat. Takder jugak! Aduh. Teman betul-betul dapat pengajaran ler.

a) Pertama, kita manusia ni saling memerlukan. Sekecil-kecil orang pun, ada jasanya pada kita. Maka berterima kasihlah pada pesawah yang bertungkus-lumus membanting tulang di sawah padi, pada nelayan yang bertarung nyawa di lautan, atau tukang cuci toilet yang mencari makan dengan membersihkan tandas awam.

b) Kedua, janganler maleh yob!

2 comments:

Anonymous said...

fuh...
power ko ckp perak ek...

wankhai said...

banyak salah tu...
aku pun bukannya orang perak parit cakap perak pure, mak aku orang taiping.

so, it's "aku" dan "hang".

hehehe