Monday, October 27, 2008

Doa Buat Rakan dan Diri

Arwah nenek saya pernah cakap, “ Kalau jumpa kebaikan orang lain, maka pujilah orang itu dihadapan orang lain supaya doa dicurahkan oleh yang memberitahu dan orang yang dikhabarkan ke atas orang yang baik itu, dan supaya dia tidaklah pula jadi riak atau takbur kerana perkara itu tidak diberitahu di hadapannya.

Saya punya seorang rakan yang alhamdulillah wajar kita kongsi-kongsi cerita buat tatapan rohani kita semua. Buat pengunjung blog yang kerap ke blog ini, mungkin anda pernah mendengar nama Izdihar Zuhdi disebut. Ya, dialah orangnya. Orangnya baik, rendah diri dan selalu menolong orang lain. Kenapa saya berkongsi kisah cerita dia disini? Kerana Izdihar tidak mengunjungi blog yang tidak ada apa-apa ini. Jadi, saya tidaklah risau apa-apa.

Saya seorang penggemar wayang dan mendengar pelbagai genre muzik dan video. Izdihar pula tidak pernah dan tidak mahu menonton wayang. Dia juga tidak mahu mengunjungi Genting Highlands kerana terdapat kesamaran disitu disebabkan adanya sebuah kasino di sana. Di sini bukanlah saya nak membincangkan mengenai hukum dsb, cuma saya amat mengagumi keteguhan pendirian Izdihar. Di kala asakan remaja dan rakan-rakan mengajaknnya berhibur dengan menonton wayang misalnya, dia punya pendirian itu dan dengan baik, menolak ajakan-ajakan tersebut. Mungkin seperti saya, ada diantara pembaca merasakan bahawa tidak ada salahnya mengunjungi wayang dsb, tetapi ini bukan isunya, tetapi yang saya sebutkan ialah keteguhan pendirian beliau. Sesetengah orang, malah rakan-rakan saya di sekolah agama ramai saja yang pembelajaran agama lebih banyak, tetapi tidak boleh membawa semangat itu dalam menjalani kehidupan seharian. Maka, Izdihar boleh saja jadi contoh yang saya kagumi.

Sewaktu saya dan rakan-rakan mengunjungi rumah terbuka sdr Izdihar, saya mungkin baru memahami bagaimana Izdihar boleh jadi sebegini. Mungkin disebabkan Baitul Muslim . Keluarga yang mengikuti cara hidup Islam. Tarbiah yang mungkin tidak sesempurna tarbiah rasulullah tetapi sudah cukup baik. Ayah Izdihar dan ibunya mungkin telah berjaya mengasuh anak-anak mereka dengan semampu mungkin. Pakcik2 dan makcik2 iz juga saya lihat daripada keluarga yang baik-baik dan terhormat. Inilah rahmat Allah barangkali dan saya, selaku hamba Allah, berdoa supaya mendapat rahmat sebegini juga di masa akan datang, amin.

Saya memang suka menyakat orang, maka Izdihar juga tidak terkecuali. Kadang-kadang rasa menyesal kerana sewajarnya, kita kena menyenangkan orang lain. Tetapi, ikhlas dari hati, melihatkan keluarga yang mengiku cara hidup islami, tidak dapat tidak selaku seorang rakan, selain mendoakan kebahagiaan sendiri, saya juga mendoakan kebahagiaan Izdihar , kerana hadis rasulullah jelas mengatakan,” tidak beriman seseorang kamu sehingga dia menyayangi sahabatnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”.

Izdihar bukanlah seorang nabi , maka dia juga ada kesalahan pastinya. Tetapi semoga kita dapat menanam iktibar agar kita semua berazam membina keluarga yang mengikut cara hidup islam, memperoleh anak yang soleh solehah , dan membawa islam ke mercu kegemilangan semula.

Dan itu semua bermula dengan keazaman dan diikuti amalan. Dan semoga Allah merahmati kamu wahai sahabatku, dan kita semua mencapai apa yang dicita.

3 comments:

Anonymous said...

haish. brape kali da tentang izdihar ni disebut di sini. hu.

aamiiin, aamiiin.
moga kaliannya menjadi pemimpin yang soleh dan musleh.
dan dikurniakan keluarga yang soleh dan musleh juga.

wankhai said...

salam. Terima kasih atas doa sdri juga.

Nak buat macam mana, tidak ada lagi subjek contoh yang boleh diperkatakan di kolej ini. Yang lain-lain saya tidak begitu mengenali mereka, Iz pula sering saja saya mengunjungi biliknya dan dia melepak di bilik saya.

Sebenarnya dalam hati kecil ini, saya teringin sangat memasukkan perkara-perkara berkenaan ulama' kita semua, supaya kita dapat juga mengambil iktibar daripada mereka.

Saya sangat menginginkan agar saya berjaya menerungi perjalanan hidup HAMKA sebagai contoh, tetapi apakan daya, karya-karya belaiu yang pernah saya khatam cumalah Di Bawah Lindungan Kaabah, dan beberapa fragmen dalam Tenggelamnya Kapal van der Wjick. 'Tasawuf Moden' dan 'Tafsir Azhar' karya agung beliau misalnya masih tidak upaya direnung difaham utkdibuat bicara.

saya juga pernah berazam supaya suatu hari nanti, saya dapat benar-benar berjaya memahami falsafah kelimuan dalam makalah-makalah Dr Syed Naquib al-Attas yang kompleks itu, atau mendapat kefahaman dalam gagasan dakwah dalam karya-karya Hasan al-Banna,ilmuan syiah Imam Ruhullah al-Khomeini atau Dr Ali Shariati.

Dan betapa kalaulah saya mampu memiliki kitab Al-Hikam karangan Ibnu Ataillah dan mengamal dan merenungkan kata-kata bermakna Badiuzzaman Said an-Nursi.

Tapi saya tidak mampu lagi. Imam masih lagi terkontang kanting. Buku-buku sebegini masih lagi terasa berat dan mahal nilainya buat saya. Kalau ada umur, insyaAllah akan dikaji juga oleh saya, moga semua ini mendapat share dalam amalan kehidupan saya. Sudah tentulah semua hendak masuk syurga, dan mendapat redha Allah.

Maka buat masa ini, disebabkan tidak begitu mengenali pemikiran ulama-ulama terbilang ini, maka saya mulakan dengan contoh rakan saya dulu sahaja. hehehe.

Anonymous said...

hueh. takpe. niat dah ada. teruskan dan semoga berjaya, bi izniLlah.