Wednesday, October 22, 2008

Kesulitan

Manusia walau jahat, ada ketika mereka akan sejenak merenungi diri.
Dan bermuhasabah dengan hati yang sudah kontang itu.

Kita tak akan ada masalah mempertahankan pegangan yang menepati kehendak syarak sepertimana tegasnya Imam Hasan al- Banna memperjuangkan syiar ukhuwwah.
Kita tak ada kesulitan menyokong yang hak dan benar seperti lantangnya pendirian Imam Ahmad bin Hanbal berdebat dengan Imam Daud ulama’ Mu’tazilah dalam isu Quran itu makhluk.
Kita tanpa ragu akan mempertahankan pandangan yang lain sekiranya kita yakin apa yang kita pertahankan akan dibalas Allah dengan rahmat atas usaha kita membantu sesama kita.
Kita tanpa gusar akan lantas membela golongan yang tertindas, difitnah atau dicaci, sekiranya tuduhan-tuduhan itu jelas tidak menerangkan realiti yang sebenar.

Maka,
Bagaimanakah kita hendak menolong sekiranya orang yang ingin ditolong itu tidak menolong dirinya sendiri?
Bagaimana hendak menolong sekiranya apa yang dikata itu berasas, kerana itu terang, nyata dan jelas?
Maka kita berlapang dadalah dengan hanya senyuman kecil, atau anggukan lemah, kerana kita tahu, orang yang sebegitu pun sudah akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak akan sifat assabiah nya. Maka celakalah pengamal assobiah. Bukankah Baginda pernah bersabda: Bukan daripada golongan kami pengamal assobiah?
Kita sudah acap kali menipu diri sendiri dan agama dengan dokongan maslahah.
Betapa pegangan diri yang diyakini hak sanggup disorok jauh di sudut hati sendiri kerana hati-hati orang lain.
Betapa tergamaknya kita mengeksploitasi kata-kata suci demi perancangan peribadi.
Betapa dengan kekecewaan tergamak menyatakan sokongan pada perancangan di bawah alasan “kebaikan” dan mengutarakan pendapat atas kononnya “keharmonian”dan “maslahat”.
Betapa kita sudah bersedih atas kesanggupan bertikam lidah dengan rakan seperjuangan yang berharap kita bersama mereka menegak yang hak dan menentang yang batil.
Kita sanggup menggadai prinsip demi keharmonian orang lain,kononnya. Harmoni sangatlah.
Dan disuruh “open-minded” lagi? Ini bukan open minded lagi itu dinamakan “ingkar”.

Dan penulis sudah mula mencari air, kerana tergigit cili terasa pedas. Biasalah. Tetapi saya tahu pengunjung-pengunjung baik-baik belaka insya-Allah. Razini, sama-samalah kita rasa ‘terbakar’ lagi kali ini. Dan tahniah atas persembahan TOK Oral yang mantap!

2 comments:

r a y z i n i e said...

terbakar.nnti tlg simpankan abu-ku atas katil kat kms.

wankhai said...

yer yer...bekas abu telah dibeli, cantik dan mahal.Huhuhu. Dan abu kamu mungkin boleh ditabur di Bukit Larut yang indah itu. Wakakaka.

dah aku pun terbakar cemana nak kutip abu kamu itu? wakaka