Sunday, November 30, 2008
Bosan
Still, i have my motorcycle. Legenda. Kaler hijau. Dah bayar habih. 4 kali accident. Semua dilakukan my brother. My motor yang suci tu dah officially jadi motor mat rempit. Dengan stiker gen motor dia tu, sukati dia tukar kaler motor tu daripada hijau to putih, without my agreement, isk. Geram.
Lama tak bawak motor. Tadi baru bawak masa nak pergi CC ni. Sudah lama tak merasa angin menampar muka. Best. And sedar tak, bila kita bawak kereta, 110 km/h tu macam perlahan je, tapi kalau motor....hoho. Macam cari bala, apatah lagi memandu kat jalan perbandaran.
And yes, my bro did some illegal adjustments to the engine. Rasa lain skit. Asap pun banyak semacam. I hope I don't get caught by police. "It's not my fault. My asik did this. Saya tak naik motor ni pun lama dah. Yes, technically it's mine, motor under my name etc, but encik polis, saya tak bersalah!" . Rasa- rasa encik polis lepaskan x? I ask my lil bro, dia kata , " takpe, aku ada kawan".
Bullshit. Kalau nak kawan, my dad sendiri boleh jadi "kawan". Dia pegawai polis pun. And the fact that my adik sudah 3 kali masuk lokap pasal takder lesen memandu, I'm not convinced with his "kawan". And so, aku pun memaki hamun my adik to make sure he readjust the engine tomorrow jugak.
Wednesday, November 26, 2008
Tuesday, November 25, 2008
Palestin Dalam Ingatan
Palestin adalah bumi suci tiga agama monoteism, dan sangat suci buat agama kita Islam.
Another simple reminder:
Darah umat Islam itu suci dan terpelihara. Setitis darah mereka yang tumpah dek kelekaan kita, apa kita tak rasa bersalah?
Yet another simple reminder:
Yahudi Zionis mengasak-asak umat Islam di sana. Mereka menderita! Anak-anak kecil dibunuh dan wanita maruahnya dinoda!
The last reminder:
Buatlah apa yang terdaya buat membantu. Kita akan ditanya yang MAha Esa.
Ends with a prayer:
Ya Allah. peliharalah bumi Palestin ini. Ya ALlah, Ya Allah, Ya ALlah. Engkau pengatur segala. Kebinasaan palestin mendatangkan hikmah mungkin. Maka Ya Rahman, Engkau bangkitkanlah kami daripada kelekaan dan nyalakanlah kembali ukhwah Islam. Sesungguhnya jihad ini sudah malap dek kesenangan dunia. Ampunkanlah dosa kami, Ya Rahim.
Batch 8, The Snakes.
We Teslians are bound to New Zealand, definitely.Full stop. And it's January, definitely. Full stop. We wouldn't comment anything if you all really want to fly earlier or go to UK or any other top-notch-superb countries. We are already grateful for what we got. I know you all are too, but based on your magnificent results, that is why perhaps you want to get better offer. It's up to you. As a man sows, so shall he reap, and you all got a good harvest, unlike me, individually speaking.
If you all want to fly early, please request so to your convenience. We Teslians support you all 100%. Insha-Allah.
However, though we are all The Snakes, and in the Batch 8 group, we have different aims. We fortunately doesn't need Batch 8/The Snakes to help us. Us TESL Senior Club with 13 of us would make do what we have.
We want to propose to MARA that after A2, we all will be sponsored to attend English Classes, perhaps semi-pros level or university level English classes during our 6 months break.A month is grateful enough. We are future English teachers , and what we basically do now is just ridiculous, tons of difficult maths questions, literature as if we will a degree in Literature and Sociology as if we will be allowed to take a minor in Socio, which we aren't, because our degree in TESL are so completely fixed to the core. I think none of the Engines would consider this option right?
We want KMS or MARA to sponsor us to attend any seminar about A-Levels Literature or Socio outside the college or simply invite the examiners to give us any insight about these two subjects in this beautiful college. It's too blurry now. The subjects are too subjective. Even teachers don't know what's wrong about us and our results. Perhaps if MARA is soooo concerned with our results, please invite teachers from private college or UK for example, to help us .We are drowning in confusion and start losing all hope here.
Don't worry Batch 8. We TESLians from Batch 8 would manage this things by ourselves. We hope wo are not too dependent to each other, right? Too much dependency shows weakness. And Snakes we are, we always have to be brave.
Yoga Ban?
Personally, silalah beryoga, kalau rasa yoga tu baguih sangat. Fatwa merokok haram pun dah keluar lama. Arak tak payah fatwa, terang jelas dalam Quran.Relax jer orang kita buat. Corruption memang dah lama tau haram, refer to atsar sahabat sudeyh. Orang Islam tak banyak yang merungut pun pasal pengharaman yoga ni, yang nonmuslims dok kalut wat apa? Undang-undang kami tak pulak tertakluk pada hangpa.
Hairan hairan. Jangan main-main. Racial tension pun dah teruk, try religion then. Obama is a black, still, he is a Christian, half-white,professional etc. The similarities are way more than just "he's a black". The "christian protestant" for example.
Kat Malaysia ni, lagila kena sensitif. Tambah-tambah bila melibatkan agama. Bangsa tak kemana, agama penentu syurga neraka wei~
Ulama' Malaysia yang keluarkan fatwa tu still ulama' jugak. Awat, nak tunggu Prof Yusuf Qardhawi, Dr Wahbah az-Zuhaili keluar fatwa pasal yoga ka baru nak bukak mata?
Aku pun hairan, awat Pertubuhan Hindu Sangam sibuk buat komen pasai fatwa ni? Sami-sami Hindu nak join Majlis Fatwa Kebangsaan ka?
Inilah kesan negatif Bangsa Malaysia. Semua benda ada positif negatif, kan?
Thursday, November 20, 2008
Moments of Serenity
It's 5.30. I was quite sure that it will be raining soon. However, as I have some things to do at T1, which I would tell later, I decided to change my kain pelikat to my trousers, wore my shoes, grab the umbrella and went out.
As I predicted. In front of Taman Tasik, rain suddenly poured down. I couldn't care less. I just run. It was actually refreshing to walk or run in the rain. The trees, and the lake seem alive. The Nature and its mysticism can be seen in the downpour, the Blessings of the Almighty. It gave me this serene feeling. I suddenly forget what actually made me pissed off yesterday. I just run, stop for awhile,and then continue running back. Clothes became wet. Stupid, why bringing umbrella then if doesn't want to use it?
What really made me happy yesterday was that when I was walking, a pakcik, wearing a red raincoat, seemed to be like in the fifties was also jogging from the opposite direction of my track. When we met at one point, he SMILED to me. I was quite shocked. Yes, yes, I replied his act of charity. I smiled back. It surprised me.
I'm quite elated, we still have this good people smiling, or give salam to strangers. I was so touched,the next guy I met in Taman Tasik after the pakcik, I also smiled to him, out of good intentions. He also looks suprised. Hahaha. But he replied my smile back.
Really, a smile can make all the difference.
Because I was so happy and proud to what I have done at Taman Tasik, I bought a KFC Family Combo for my 4 classmates whom I don't give presents yet to them for their birthdays. At first, I just want to buy them 4 pieces of chicken and coleslaw and whipped potato. Well, because of things happened that was mentioned above, cincai jelah bagi dorang Family Feast combo.
So fana, nihlah, jess, dila, you all should thank the pakcik yang senyum to me yesterday. hehe.
Sunday, November 16, 2008
Deklarasi oh Deklarasi
Salam.
Minggu ini penulis sudah mula melaksanakan program-program yang terkandung di bawah Deklarasi 1010 itu. Erm, kenapa mula November sedangkan Deklarasi 1010 ialah semasa Oktober? Macam ini, kan kalau polisi nak disahkan dan dilakukan,bukankah ia mengambil masa? Penggubalan deklarasi ini saja memakan masa 5 hari, bermula dengan ujian kandungan glukosa dalam darah dan ujian darah tinggi yang memakan kos RM12 di farmasi itu. Setelah mendapat ‘ nasihat-nasihat’ daripada pharmacist itulah baru penulis merangka deklarasi ini. Ia harus moderate kerana penulis yakin, sudden act of memberhentikan makan nasi akan mengakibatkan penulis kelaparan sepanjang hari dan silap haribulan, penulis akan menelefon McDonalds atau Pizza Hut setiap hari. That is foolish. Lagi gemuk adalah.
Penulis memperoleh satu petua baru: Jangan Minta Tolong Kawan Untuk Menemani Anda Melakukan Deklarasi. Betul, to a certain extent. Macam penulis, sekitar sem lepas, even sebelum Deklarasi 1010 ini digubal, penulis telah mula berjinak-jinak dengan aktiviti jogging( in which tak pernah dilakukan oleh penulis semasa penulis di sekolah rendah, sekolah menengah agama mahupun semasa di MRSM). Untuk berjogging, penulis berasa malu kerana tiba-tiba pulak buat aktiviti ini, so, untuk menghilangkan rasa malu itu, penulis selalu saja mengajak rakan yang kini teman sebilik penulis, saudara Aizzuddin Top In The World untuk berjoging sama. Akan tetapi, timbul masalah. Memanglah ada hari dia boleh temankan, tetapi dia ada silat 2 kali seminggu. Tolak hari Sabtu dan Ahad, in which penulis balik rumah, penulis rasa jogging ini tidak berbaloi. So, penulis kembali semula ke aktiviti tidur, watching movies, playing games, or simply being blank from 5.30 to 6.30 pm. Not a healthy lifestyle.
Bermula minggu lepas, penulis mula jogging berseorangan di taman tasik. Tak malu pun rupanya. Pakcik-pakcik tua yang berjoging itu pun semuanya jogging berseorangan juga( I’m not saying I’m old here, okay,just to make a point). Malah penulis rasa cukup gembira kerana pemandangan Taman Tasik Seremban ini cukup cantik. Maha Suci Allah. Berseorangan sambil telinga mendengar muzik perlahan dimainkan dan mata memandang such pristine beauty, cukup seronok. Alam ini memang indah dan unik, walaupun ianya taman buatan. However, don’t expect me to suffer from Wordsworth- Syndrome. I still don’t believe that Nature is that holy that God= Nature nor pantheism is right. Hehe.
Jadi, minggu ini penulis cuba berjoging setiap petang, kecuali hari hujan, dan penulis rasa seronok. Tidak sangka berpeluh, tercungap-cungap, badan berlengas dan keletihan boleh membuatkan penulis rasa seronok. Memang sedikit malu kerana ada masa rakan penulis terserempak dengan penulis, mereka akan show mereka punya disbelief dan terkejutnya mereka. Wankhai, of all people, would beriadah? However, I don’t care much. I simply follow my 1010 Declaracation . There are people who give their moral support, and I really, really thank you all. I hope I can keep on doing it till I graduate from KMS. Or simply doing it till the rest of my life (which I really doubt I will).
Dan Alhamdulillah, berat yang penulis gained semasa cuti raya puasa festive haritu dah dihilangkan. Dah turun 2.0 kilo.Alhamdulillah, Alhamdulillah, mungkin nampak kecil, tapi bagi penulis ia memberi sungguh banyak semangat kepada diri.
SMS Seorang Rakan
In my sekolah agama boarding school, the boys, my batch here simply divided girls into three groups:- the alim type, the biasa-biasa type, and the hot type. It’s a sekolah agama, mind you. From what I listened to the boys conversation, their chat, they are say that the alim girls cuma jual mahal jer, bajet alim, “bajet alim, kat luar keluar ngan jantan, gadai body”, biasa –biasa girls are almost not mentioned about, they are the boring type, “ kita kena cari awek yang hot”, and the most talked about group, the hot types, “ awek takleh cari yang alim-alim, kena cari yang hot ler, kalau tak, susahlah nak peluk-peluk kalau keluar dating”. This was said by my friend, abudak sekolah agama. Well, don’t blame him or us yet. We were just 14 years old at that time of conversation, simply teenagers with raging hormones. Stupid isn’t it? And because of it,I hate girls, because I can’t stand to listen much of the noisy little teens aka my friends told me what he would do if a girl was here, in this school. Stupid. This is what is called “kegersangan”- and it simply yucks, if it is tooooooo much. At that stage of my life, women, girls are simply a tool to satisfy men, which this tool is so mengada-ngada, high maintenance, and so so so stupid.
When I enter MRSM Muadzam Shah, it all changed. I don’t hate girls anymore. I figure out that they are nice people after all. All the boys’ fantasies that girls are always gersang, more than boys aren’t true. Well, to what I saw la. My girl classmates were great. They helped me with my Add Maths voluntarily, and we have a lively History subject discussion together. They respect me as much as I respect them, and though it was too late, I now know that I talked a lot. The girls simply told it to me, using the right word, at exactly the right time. I felt no signs of anger or sad at all, in fact, I turned out to be really glad. I know my weakness now, too much words said mean that there will also be too much rubbish mentioned. Hard to repair it, but at least I know myself.
In Muadzam I learn that yes, perhaps, i mean perhaps indeed girls can be divided into three groups, but to just say that these group is boring, they’re bajet alim, or diorang simply bitch is wrong. Don’t put things definitely. A free hair girl, yes, she doesn’t cover her aurat, but we can’t simply conclude that she will make sex with whoever she bercouple dengan bukan? Dan budak alim tidak semua bajet alim. Kita tak tahu keikhlasan orang. Kenapa nak benci perempuan alim? Sebab mereka susah untuk didekati? Dan apa definisi alim itu sendiri?
In Muadzam Shah, I learned optimism. This pessimist guy learned optimism. In Taiping, I learn adaptation and change. Simply a gift from God I was studying there. It broadened my spectrum of life, I learned about maturity and truth, and first time I discovered a teenage me.
Rakan-rakan di Izzuddin alhamdulillah majoritinya juga berjaya. Tapi satu event ini made me really schocked. One of my friends here is simply phenomenal.satu hari, we were discussing via sms about our life after school. He asked me, “ dah ada awek ke?”, to which I said, “no. Why?”. He then continued, “pernah main tak dengan pompuan?”, which I reply, “isk ko, mestilah tak. “. To my absolute astonishment, he simply said this to me, “ Aku pun tak penah . Penah buat yang ringan-ringan je masa kuar ngan awek aku. (ayat seterusnya dicensor). Kolej kau kan banyak pompuan, ko bagi ar nombor girls yang hot kat kolej ko. Budak-budak TESL pompuan sekelas dengan ko takder yang hot ke?”.
My GOD. I don’t really expect him to say like that. Yes, he’s not that good a person. I am also not a good person. He has handsome face which I don’t have.Such sweet talker which I am not. That’s why he got this sexy awek of her, kot. Still, to me, his words in the sms are really degrading women. Don’t her awek feel degraded? I wonder whether he actually loves his awek or just wants her body. I don’t need to say that “couple” is haram to him anymore because seems like he’s doing beyond the sins of “couple”. And after he told me he did “ringan-ringan” thing with his awek, how can she ask me to give my friends’ num? That’s crazy. And thinking that he asks me whether I “played” with a women is simply an astounding question. I feel like the question asked to me as if wankhai is not a muslim which Islam says that adultery is haram,and not a melayu in which we have to control our manners.
Girls ain’t divided into three. They are divided into two, just like the men, “ ahli neraka” dan “ahli syurga”. Kita bukan mu’tazilah kita tak percaya kat tengah-tengah antara syurga dan neraka. So, fikirlah sendiri. I also don’t sure where I am now, ahli neraka or syurga, what I know that at the end of my life, I hope it’s ahli syurga.
We live for a reason.
Thursday, November 13, 2008
Difflam
Kena tahan sehari lagi.
Wednesday, November 12, 2008
Sakit Tekak
Sudah 2 hari sakit tekak. Perit sekali sewaktu menelan air liur. Strepsils pun sudah tidak berguna. Penulis kini melazimi meminum air masak sahaja. Tetapi sakit ini dah sampai ke telinga dah. Referred pain. Dan pagi tadi, badan menjadi panas, dan penulis berasa sangat sejuk sehingga ke kelas pun( yang panas terik sekarang ini) penulis memakai sweater.
Ini satu peringatan Tuhan barangkali? Banyak gelak minggu ini. Banyak sembang mengarut. Tuhan dah tunjuk kat dunia la ni, huhu.
p/s: Ingat mahu membeli ubat sakit tekak Difflam. Dia boleh numb your throat so rasa sakit hilang seketika. Jadilah.
Kebenaran
Dan siapa sangka kebenaran itu didatangkan dengan cara yang bersahaja,walau majlisnya formal, yalah, disebalik gelak tawa para nuqaba' yang geli hati dengan ragam Nazir, gelagat Mat Yus, dan keletah Wankhai yang 'gempal'. Hahaha.
Saturday, November 8, 2008
Raja Petra
Still...
In my humble opinion, ISA arrest is not the answer. Bring him to proper court. Kita ada undang-undang Islam yang walau to me, tak sempurna, tapi ada akta-akta yang mampu menyelesaikan masalah berkenaan menghina Islam ini. Gi Mahkamah Syariah. Perlembagaan Persekutuan jelas kata yang Civil Court tak bleh intervene Sharia Court. Bawa RPK to perbicaraan Mahkamah Shariah. Kita bukannya takdak ulama', mufti, prof2 yang boleh berhujah dengan RPK.
Then, barulah punish him accordingly, sekiranya dia salah.
Mungkin RPK menzalimi dirinya sendiri dengan pandangan2 beliau yang tidak islamik, sometimes offensive, tapi takyah la menzaliminya tanpa perbicaraan.
Masa zaman Abbasiah dahulu, Khalifah al-Ma'mun, anak Harun ar -Rasyid adalah seorang Mu'tazilah. Mu'tazilah ialah mazhab rasmi negara. Ulama' mu'tazilah kata Quran itu makhluk. Ulama' yang menentang ditangkap, dipenjara. Tapi Imam Ahmad bin Hanbal masih berani menentang. Dan , Kerajaan Abbasiah , kali ini, walau memenjarakan Imam Ahmad, beliau dibenarkan mempertahankan diri dan aqidahnya. Perdebatan dibenarkan dibuat.
Bukan apa, penulis risau. RPK dirai orang-orang nonmuslim, seolah-olah dia wira sangat. Yes, dia wira kebebasan bersuara, tapi wira Islam bagi penulis tidak. Kumpulan yang memperjuangkan hak murtad misalnya memuja-muja RPK, pejuang hak orang tertindas. Kini dia dah dilepaskan. Permohonan habeas corpus diterima.
Jangan salah langkah, wahai orang Islam, tak kiralah fahaman politik mana-mana pun. Sungguh.
ISA, bukan langkah yang paling bijak. Jangan underestimate Internet dan globalization ini.
Cadangan
Lantaklah sebab itu tak didasarkan Islam pun, buat awalnya.
Kerana apa perlu bersebab? Kerana kita BOLEH mengenal diri. Kita boleh punya BAHAN untuk berfikir.
Satu perbuatan yang sama, cuma masanya berbeza, dan sebabnya berbeza. Renungkanlah kenapa jadi begitu. Apa faktor-faktornya. Baru kita sedar, macam mana kita sekarang dan kita boleh buat kebarangkalian bagaimana kita di masa hadapan.
Satu topik yang sama, politik misalnya. Sesetengah orang menyokong parti ini kerana sedari kecil,IBU BAPAnya penyokong parti tersebut, atau PARTI satu lagi itu JAHAT, menurut kata kawan2 la,so taknak sokong. Takkan semasa usia 23 tahun masih dengan sebab yang sama?
Cth lain, saya zaman konon2 baik dululah ada menanyakan begini pada seorang kawan, " tak mahu menutup aurat, mengapa?"." Freedom?". " Oh takpe, i respect your opinion". Tapi misalnya bila mana saya mengetahui sebab beliau, saya pun bolehlah berdoa pada Allah, "Ya Allah, kau temukanlah rakanku ini dengan makna sebenar "kebebasan" menurut Kamu, dan kamu berikanlah peluang kepadanya untuk sempat berfikir dan bermuhasabah". Allahu Allah, kan bagus sekali mendoakan orang lain. Kan tak bagus selfish ni. Syurga tu kan muat untuk semua. Wallahualam. Tak tahula camner syurga tu, saya pun taktau saya dapat masuk syurga ke idak.
Kenapa? Supaya bila tua-tua nanti( kalau dipanjangkan umur la), kita boleh menghayati perjalanan kita atas muka bumi selama ini. Perubahan hidup kita, dari masa segala benda dibuat tanpa sebab, ke sebab yang salah, ke masa sebab itu tanpa hujah kukuh, dan apabila sebab itu ialah sebab orang yang benar-benar menemukan apa yang perlu dicari.
Dan semua boleh dimulakan dengan tindak-tindak kita dibuat atas sebab. Sebablah yang buat kita ni bukan robot. Robot akan act begini apabila disuruh gini. Kita pulak macam-macam boleh react. Human emotions. Complex. Huhu.
Sekadar satu cadangan. Mungkin tidak islamik.
Sambutan. Alhamdulillah.
Aku kan tidak suka sangat meraikan hari jadi dengan keraian2 ini. Tetapi, jangan dilupa, kita ni ada hubungan kita selaku hamba dengan tuannya, hubungan kita dengan inner self, dan hubungan kita dengan orang2 lain. Kan bagus menggembirakan orang lain. Sebab itu aku suka mengucapkan selamat hari jadi kepada orang lain dan memberi sedikit hadiah kepada mereka. Tidak semua melihat melihat hari jadi dengan cara aku melihatnya, dan aku memahaminya.
Mujur abah kata buat makan-makan kat rumah saja, kalau makan kat luar, malu pulak. Haha. Orang berjanggut bermisai sedang memotong kek sempena hari jadinya.
Weekend ini aku gembira selepas proses 7 hb itu. Walaupun aku je yang tahu sebetul-betulnya apa yang difikirkan, tetapi gembira sekali. Terasa betul-betul kebenaran kata2 "timus fugit" itu. Masa itu benar-benar terbang. Laju sekali meninggalkan kita.
Dan aku benar-benar rasa masa itu menyembuhkan, walaupun ada instances, ia menjadi amat menyakitkan.
HSM3, Makan-makan.
Aku suka lagu-lagu HSM kali ini. Nice lyrics, nice tune. AKu takjub melihat segala jenis tarian dibuat. Break dance, waltz( ah, so sweet, tapi sakit kaki nanti, kompem), and paling aku suka, tarian cha cha cha masa lagu " A Night To Remember".
Well, adik aku suka cerita ni, aku pun suka. Kalau tak takkanla aku nak tengok dua kali. Lepas tengok wayang, aku dan adik aku ni pi surau kat tingkat bawah, sembahyang Zohor. Then kami pergi makan kat Kenny Rogers. First time dia makan restoran ini, so dia pesan sama dengan apa yang aku makan jer- Quarter Meal.
Pas makan kami gi MPH. Setiap kali aku masuk MPH, aku mesti raja takjub dan gembira. Seolah-olah aku sedang disambut oleh ribuan buku-buku di sini. Sebenarnya aku bercadang nak belik A History of God by Karen Armstrong, tapi aku tangguhkan dulu, maybe bacaan berat tak berapa sesuai di exam month ni. AKu sekadar membeli Politicians Say The Darndest Things, buku yang menghimpunkan Outrages Quotes from Malaysia's political leader. Lawak la buku ni.
Balik rumah, dan sangat letih. Adik aku membeli novel "Ayat-Ayat Cinta". Sukati kau la. Duit kau. Elok pun, novel AAC ini banyak je manfaatnya.
Friday, November 7, 2008
Sambutan
Kali ni aku kat umah. Esok 8 Nov baru nak sambut. Banyak benda kusut. Nak buat tahlil macam f3 dan tahun lepas, tak bleh. Macam- macam benda aku kena pesan siap2. yela, aku faham gak, mak, abah, auntie buat semua ni pasal nak anak mereka gembira jer. Bukan ada niat apa.
" Along taknak kek ada lilin2 ni, haha, mcm budak2."- sebenarnya, aku tak berapa setuju dengan tiup2 lilin ni. ada kaitan dengan paganistic rituals. nak kata salah bukanla kot, tapi isk...
" takyahla buat sambutan kat karaoke2 ni. Buat kat rumah sudah.Along pening kalau bingit, hehe."- sebelum sambutan besday aku jadi pertandingan juara lagu yang menampilkan jamal abdillah, once, saleem, ramlah ram dsb, baik aku cakap siap2 aku takmau. Time besday la satu batalion makcik, pakcik, anak2 sepupu duk dalam karaoke ni layan nyanyi - walhal orang yang diraikan ni bukan suka karaoke pun, sejuk ada bilik ni....
" Amboi ada tema. Buat kecik2 je bah. Along xnak beli baju baru"
" Along ingat nak balik esok sebenarnya. tak sambut pun takpa. kek sebiji pun ok dah".
Urm. 19 years old. Huhuhu.
Mithali
Baik aku yang bawak daripada dia gi dengan kawan-kawan perempuan dia tu. X percaya aku. Sedangkan kat Ipoh pun kalau balik kampung, takder harapan la aku nak bagi adik aku ni gi kuar ngan pakwe dia, si Faiz tu gi jalan-jalan tengok wayang ker. Abah, mak tak larang pun, aku tak boleh. Baru form 2 satu hal, isk, tak harap aku pakwe-makwe ni. Langkah mayat aku dulu nak bawak anak dara orang ke hulu ke hilir. Kecik-kecik dah gatai nak dating. Senang, biar abang dia ni je yang bawak gi mana-mana.
Konon abang mithali la. Mithali tak mithali, takder keje aku nak bior adik merayau-rayau tak ketahuan hala. Esok kat mid, nak bawak dia gi MPH..
Biar dia menikmati kenikmatan berada dalam dunia ilmu juga, sepertimana gembiranya aku berjam-jam menikmati masa membelek-belek buku, menyelak-nyelak helaian. Samada dia menderita mengikut aku esok, atau dia juga boleh mula menghayati keasyikan membaca.
Hahaha.
Aktiviti Orang Dewasa
Abah, mak ngan auntie Sue gi keluar. Yela, bak kata Ustaz Hasrizal, rumahtangga kalau dah ada anak-anak tak semestinya hubungan mesra antara suami isteri( atau isteri-isteri) hilang dan lenyap atas tumpuan penuh pada anak-anak pula.
Mak ngan auntie sue berdandan sakan. Aku ni, sampai skang, tak faham, lelaki suka pompuan dandan cantik2 ni ek? Mungkin aku tak cukup dewasa lagi kot. Sejam mekap. Hoho. Sambil-sambil tengok mak pakaikan eyeliner kat auntie, aku tanyala kat depa, " Abah bawa auntie ngan mak kuar ka?". Mereka dua2 mengangguk je, mereka masih lagi tertumpu pada benda2 kosmetik-sismetik-optik-apa2 ntah dorang tu.
" Pi mana?"- aku menanya lagi. Auntie, yang datang dari rumahnya di Pantai Dalam ke rumah mak kat selayang ni, menjawab selamba," Aktiviti orang-orang tua,along apa tau", dan disertai oleh ketawaku. Abah sampai ke rumah, dan disalam both Auntie dan mak. " Kome ni, tak siap2 lagi ke?". "Pompuan", aku lekas menjawab.
Hahaha.
Aktiviti orang tua-tua. Haritu abah bawak mak dan auntie jalan2 dan makan kat The Ship. Mak
auntie belikan handset baru( lagi). Huh.
Taktaula apa plan dorang malam ni for bulan ni. Tua-tua nak romantik lagila tu. Okayla tu. Kan? Urm....
Bagi anak sulung ni, kerjanya menjaga adik-adiknya lah malam ni, tambah2 untuk membebel kat adik pompuannya yang tak lekang handsetnya kat tangan tu. Mesej tak henti2. Huh.
Janji Hari Jadi II
Maka muhasabah hari jadi ke 19 insya-Allah akan dimulakan.
a) Aku telah mendapati bahawa manusia itu secara semulajadinya pandai berlakon. Kita semua , tanpa berkecuali, ialah pemenang anugerah Oscar, sepatutnya. Ini ialah satu realiti.
b) Aku juga mendapati bahawa tawa dan tangis itu kadangkala terlalu ikhlas sehingga merosakkan diri, tetapi kadangkala terlalu palsu dan plastik untuk mewakili hati.
c) Aku mendapati bahawa masa itu sifatnya dua alam-ia menyembuh, dan pada sama yang sama, ia juga menyakiti.
d) Aku mendapati bahawa almari itu tidak boleh sekali dijual. Aku, dan mungkin sebilangan yang lain itu perlukan almari ini. Almari tempat yang penting, amat penting. Mana lagi hendak disimpan pakaian-pakaian pelakon itu kalau bukan di dalam almari.
e) Aku mendapati bahawa hijau itu lebih kusukai dan ku cenderung daripada darah. Tetapi kecantikan hijau itu dicemari pantai cetek dan impian melangit. Aku menolak penggunaan senjata oleh tuan sehingga membuakkan darah. Seperkara lagi, aku keliru, masih keliru dengan sebab manusia memeluk hitam , dan bersatu atas sejarah. Aku nampak kebenaran, tetapi iya, aku masih keliru.
f) Aku menolak chauvinisme, tetapi aku juga menolak feminisme.
g) Aku membenarkan kata-kata akh Hafizuddeen, benar, walaupun masih tidak ketemu, betul, kebenaran itu nampak jauh, tetapi dekat, nampak rumit tetapi mudah.
h) Aku menemukan kekeliruan dalam pandangan orang yang keliru, tetapi ada juga pandangan itu yang jelas, tetapi kabur bagi orang yang tidak keliru pula.
i) Aku mencari dalam kesibukan yang tidak perlu, kerana sibuk itu sudah menjadi aku, sepatutnyalah.
j) Aku menemukan manusia yang menepati sifatnya, menepati asalnya dan tidak langsung sedar akannya.
k) Aku menolak fanatisme mazhab, tetapi aku juga menolak liberalisme keterlaluan.
l) Aku memperlajari bahawa seni itu abstrak, tetapi abstrak itu tidak semestinya satu seni-timbul persoalan pula, adakah manusia hasil seni Tuhan?
m) Aku sedar kini bahawa manusia itu berbeza,dan mereka ini unik. Manakan tidak, semua minda berbeza tetapi nafsu serakah sama semua.
0) kebenaran itu perlu sentiasa dikejar.
p) Dan aku, ya, tidak dapat tidak, walau telah diperkatakan bahawa ia tidak boleh dijual, aku ingin, ingin sangat-sangat untuk membuang almari itu, tetapi tak boleh. Kalau nak jual pun sudah payah, apatah lagi dibuang saja.
Dan inilah yang kutemui. 3 tahun. 3 kali sambutan hari lahir sebelum ini. dan 19 buat muhasabah awal. Diizinkan Allah, aku ingin ketemu 21 tahun ini. Samada aku jauh dari lindungan Allah di kala itu, atau Allah mencurahkan rahmatnya buatku , aku tidak tahu. Allah saja yang tahu, dan kita semua tahu, Munal dan Nina lebih tahu ini, "Tuhan itu bekerja dalam kerahsiaan".
Dan masa untuk membalas mesej2 rakan.
Thursday, November 6, 2008
Janji Hari Jadi I
Ingatkah ketika janji ini dimeterai?
7 November 2004, malam itu engkau pulang agak lewat daripada surau selepas mendengar ta'lim himpunan "Fadhail Amal" oleh akh Saifullah. Engkau merenung seketika Quran yang kemas dipegang. Engkau tiba-tiba rasa letih, dan rasa sayu perlahan menjenguk sanubari. Masih lagi bersila di saf belakang itu, engkau memerhatikan seorang demi seorang rakan engkau yang mengikuti ta'lim bersama beransur keluar daripada musolla sekolah Izzuddin Shah ini. Mereka melambai-lambai tangan memohon diri, dan salah seorang antara mereka sempat melaung perlahan, "selamat hari jadi!" buat engkau. " Hahaha", engkau gelak sebentar dan mengucapkan terima kasih.
Malam itu, usai menggosok gigi dan membasuh muka, dan bilik sudah gelap gelita, engkau naik ke atas katil ,berbaring, menggeletar seketika dan lantas menarik selimut putih engkau. Sejuk. Engkau kembali berfikir. "Aku sudah 15 tahun, dan aku sudahpun letih. Apa ini?" . Engkau letih dengan kepatuhan buta, letih dengan hipokrisi, jelak dengan suapan-suapan 'ilmu'-kononnya pengetahuan politik, sedangkan ilmunya sekelumit cuma, sentimen saja yang mencurah-curah. Engkau nampak bahawa sistem menzalimi engkau. Engkau disuruh berfikir, tetapi engkau dikongkong paradigma kental dan sempit. Engkau memberontak. Engkau sebelum ini cuba mempertikaikan perkara- lantas engkau dilabel memandai-mandai, engkau sesat!. Engkau dilarang menyentuh sebilangan perkara. Engkau dipujuk supaya patuh dan terima, sahaja. Engkau tertekan.
Apakah ini erti hari jadi? Apakah 15 tahun, yang menurut mazhab syafii ini automatik matang dan baligh ini masih lagi disambut dengan sekadar " all the best, happy besday, good luck, God bless you, congratulations?, mabruk ya akhi?". Hari jadi perlu diraikan sebenarnya buat ibu-bapa. Ibu terutamanya, si dia yang bertarung nyawa melahirkan kita. Dia yang deserve congratulations. Engkau rasa hari jadi sebenarnya ialah untuk meraikan fasa kehidupan, fasa kematangan berfikir. Engkau masih tidak nampak kematangan itu, engkau masih tidak menemui "kebenaran" itu. Maka buat apa dirai. Tapi engkau tahu, engkau juga manusia, berhiburlah, jangan risau. Engkau pun tahu, saudara Hafizuddeen sudahpun menjelaskan, kebenaran itu nampak jauh, tetapi dekat, nampak rumit tetapi mudah. Maka engkau pun meratah kek jugalah, melantak jugalah, tetapi objektif hari jadi sebenar, tiada.
Engkau tampak tidak yakin. Engkau kononnya menjadi rebellious, kononnyalah. Setakat ini tidaklah pula vandalisme engkau lakukan, dalam apa erti sekalipun, ke ada? Huh.
Maka malam yang dingin itu, didalam selimut putih itu, dan ironinya di balik bunyi dengkuran ala-ala ketawa rakan kamu itu, kamu mengukir satu janji:
Aku akan membuka dada ini buat segala, ya segala, untuk segala pemikiran, segala cetusan ilham, sebarang idea, sehingga aku temui 'kebenaran' itu. Aku kusut akan dunia politik negara, dan diracuni fanatisme di sekolah ini, maka aku melepaskan diriku daripada menyebelahi mana-mana pihak. Aku bebal akan kekeliruan mazhab, maka aku melepaskan diri daripada sebarang persengketaan, aku jelak dengan tuduhan sekular, pluralis, jumud, asobiah, maka aku menghumbankan diriku kedalam segalanya, buat aku mengetahui walau satu fragmen daripada skeadaan yang hak dan benar, dan aku tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana gerakan sehinggalah aku genap berumur 21 tahun.
"Dan aku juga sesungguhnya bakal membuat muhasabah di malam genap aku berumur 19 tahun, dan malam itu, segala yang aku lakukan bakal dihurai, aku buat kesimpulan awal, dan aku akan kaji lagi sehinggalah aku berusia 21 tahun. Maka apa yang aku akan peroleh sewaktu usia aku 15, aku akan bandingkan semasa aku 19, dan aku akan bawa hasilnya untuk dijustifikasikan sewaktu aku 21 nanti.
Inilah signifikan hari jadiku. Hari aku kembali membuat muhasabah akan usaha diri. Hari diwaktu semua kekesalan dirungkai, dan semua perolehan dihisab. "
Maka bagiku, selamat hari jadi. Moga 19 tahun sudah boleh mematangkan aku, walaupun cuma sekelumit, kerana kematangan akal itu senjata, dan 19 bukan lagi usia main-main senjata mainan. dan moga 15 ke 19 ini hasilnya banyak , boleh dibicara.
Cerpen Underground
Aku masih tak lupa, dikala aku loya, jelek dan benci apabila membaca cerpen Kulat itu, aku secara tidak sedar sudah menanam kebencian terhadap hedonisme yang menaungi dunia hiburan tanahair- satu bukti menunjukkan bahawa gaya penulisan sebegini berjaya membaca mesej, albeit gayanya kasar, dan mungkin ada yang bakal menghujankan kritikan " karya tidak bermaruah, tidak ada nilai estetika" dan sebagainya.
Alahai, kalau nilai estetika itu hanya dilihat dan disedari apabila " jari jemari Abang begitu halus membelai pipiku. Aku merona merah"- tak payah nilai estetika itu la, dan sejak bila ini menjaga maruah-kalaula watak2 ini tidak lagi berkahwin,kalaula aku bapak pompuan ni, aku libas jantan tak guna itu.
Saya tak menyarankan pembaca membaca kumpulan cerpen ini. Kalau nak baca, baca dengan open-mindedness. Jangan lupa, humor itu bukan hanya satu keadaan atau ketika di mana audiens rasa terhibur. Humor itu secara generalnya merupakan sindiran terhadap budaya atau paradigma masyarakat, dimana keadaan ini membangkitkan gelodak rasa dan kesannya antara mencetus tawa, atau renungan tajam penuh makna. Ia memukul rasa comfort manusia. Itulah humor. Humor itu banyak sekali jenisnya. Dan humor yang gelap- dark humor menguasai kumpulan cerpen ini. Ketawa kita akan jadi ketawa sambil berfikir, dan sesi keseorangan kita akan membuatkan kita menekuni perkara bukan-bukan, " adakah dunia seteruk, sekusut, sebusuk, sehanyir, sezalim ini? Dan apa dan mana cahaya itu? ". Jangan kusut sangat, jangan serius sangat sudeyh..
Dan fanatik BN( dan fanatik PR juga mungkin?) serius jangan baca buku ini. Saya tak mahu kalian tersindir.
Survey n Society
Maka aku pun disoal mengenai perbelanjaan bulanan aku. Berapa bajet topup, berapa bajet buku, shopping dsb. Dan aku menjawab dengan biasa-biasa, yelah, sambil membaca naruto di onemanga.com.
Dikatakan structured interview? Tapi kenapa school of interactionism? Rasanya aku salah dengar ni. Mungkin unstructured interview kot. Tetapi apa kelemahan interview itu sendiri? Objectivity. Penyoal tadi menyoal aku dengan renungan mata tajam, dan memberi respon negatif bila aku secara jujur mengatakan bahawa perbelanjaan topup aku lebih kurang 150 sebulan.
Bila dipandang secara negatif, responden mungkin akan rasa malu, dan tidak mahu lagi memberitahu perkara yang sebenar bagi soalan yang lain2. Bukankah hilang validity dan reliability kajian ini?Tetapi wankhai rilex aja, jangan risau, jawapan saya benar dan tepat belaka.
Apapun, sounds like fun. Kami senior TESL ini menekuni laman maya saja mencari bahan-bahan presentation, tidak ada connection dengan luar, sedangkan kami mempelajari masyarakat, society? Apa internet itu society?haha.
Good luck juniors.
Salah Faham Soalan
Balik-balik bilik fikir semula, aku menjawab soalan ke tadi tu. Apa kejadahnya 'characteristic concerns development" ini. Hantam sajalah labu.
Bak kata Maya, ' sapa nak join aku may/jun pulak?"
Ah sudah...
Selamat Hari Jadi
Terima kasih atas pertolongan dan nasihat kamu selama ini. Betapa kamu banyak sekali menolong aku mencari kebenaran dalam 'kebenaran'. Betapa kamu tidak jemu melayan karenahku yang banyak sekali bertanya, penuh sekali dengan perasaan skeptik. Betapa kamu cuba meyakinkan aku bahawa aku sewajarnya memandang masa depan bukan dengan hanya kacamata seorang anak, seorang manusia, tetapi dua dalam satu, hamba Allah dan khalifah Allah.
Kamu tidak menaruh prejudis terhadapku, malah sedikit pun kamu tidak melatah atau meradang bila aku menyibukkan diri dengan buku-buku sekularis, pluralis, athies. Kamu memandangnya sebagai proses ilmu, walhal aku memandangnya sebagai unsur rebellious. Kamu menegur aku dengan penuh hikmah dan nilai hormat, sehingga aku jadi malu, dan aku pula menekuni buku-buku ini dengan nilai ilmu, dengan tujuan mencari, dengan tujuan 'falsification'.
Sedari sekolah lagi kamu merupakan pemegang rahsiaku. satu-satunya pemegang rahsiaku yang paling amanah. Kamu juga telah mengingatkan aku bahawa all is not lost, bahawa Islam itu bukan hanya sekadar hukum, tetapi Islam itu kasih sayang antara hamba dan Tuhannya, antar hamba sesama hamba, dan aku menemui kebenaran sabda Junjungan ," Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri".
Dan tidaklah aku lupa, kejayaan kamu mengurangkan 30 kilo berat badan dalam masa 6 bulan cukup memberi inspirasi. Aku sudaj kurang 2 kilo, walaupun sebenarnya mampu lebih lagi, cuma tak sanggup meninggalkan makan malam itulah. Hahaha.
Terima kasih atas tazkirah berguna, atas hadiah persahabatan, atas komen membina, atas didikan yang tegas tetapi penuh etika.
Selamat hari lahir. Allah yubarik fiik. Moga panjang umur.
Kesilapan Berfikir?
Bagaimanapun, semalam, menerusi mimpi, ( jangan terkejut), penulis merasakan bahawa penulis telah terkhilaf. Penulis tiba-tiba berpendapat bahawa penulis telah gagal untuk berfikir secara holistik. Manakan tidak, penulis dengan tidak sedar telah memperkecilkan skop 'minority groups ' dalam "society"!
Minority groups bukanlah etnik Orang Asli ,Cina dan India sahaja. Bagaimana dengan golongan homoseksual, OKU, anti-establisment teenagers? Adakah mereka dilayan secara adil di Malaysia?
Definisi 'treated fairly' juga tidak penulis komentar dengan menyeluruh. Tidakkah keadilan itu bersifat subjektif?
Apapun, semua ini bukanlah penentu kegagalan bukan? Yang penting, sekarang ini, berdoa. Kerana usaha telah ditabur, dan kejayaan ingin dituai. Kegagalan bukan penentu kegagalan selamanya, bukan?
Salam.
Saturday, November 1, 2008
Bulan Membaca?
Sehari sebelum kunjungan ke Kedai Buku Popular, penulis malam itu berbincang-bincang sambil erm, macam biasa, makan kuaci mengenai pembukaan Constantinople dan juga kewujudan kerajaan-kerajaan Islam mulai 1400 tahun yang lalu. Penulis sengaja membangkitkan isu perbezaan ideologi dalam Islam yang mencetus kerajaan-kerajaan Islam, dan sengaja provokasi dilontar mengenai sumbangan fahaman 'sesat' Mu'tazilah dan Syiah Rafidhah serta mazhab fikah ASWJ kontroversi Mazhab Zahiri dalam dunia keilmuan Islam. Betapa Al-Razi, Al-Biruni, Al-Khawarizmi itu Mu'tazilah belaka, dan Ibnu Sina ialah seorang Syiah Ismailiah.
Keesokan harinya, mungkin disebabkan masih dalam mood sejarah , maka buku-buku ini dibeli penulis di Popular.
1) Sultan Muhammad al-Fatih penakluk Konstantinopel tulisan Abdul Latip Talib
2) Jatuhnya Sebuah Tamadun daripada Mohamad Nurhakim seorang pensyarah universiti di Indonesia.
Dan tadi, beberapa buah buku lagi dibeli penulis di MPH Mid Valley.
3) Mahathir Mohamad an ilustrated biography ( fun, really. Please don't simply conclude that I'm a BN supporters because I bought this book. I am proudly neutral.). Komik/biografi ini merupakan karya E.Yu.
4) Aku Terima Nikahnya tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Sebenarnya telah dibaca habis, kerana telah pun meminjamnya daripadanya saudara Bro, tetapi penulis merasakan bahawa penulis wajar mempunyai salinan buku ini sendiri kerana buku ini benar-benar akan bermanfaat di kemudian hari, sekarang juga sebenarnya sudah bermanfaat,apatah lagi ketika hendak membina masjid nanti.
5) Karya terkenal novelis Charlotte Bronte, Jane Eyre. Kisah kehidupan gadis. Cinta era Victoria. Classics. Huhu.
Dan bulan ini juga penulis menerima dua hadiah buku daripada rakan. Kedua-dua pemberian hadiah ini amatlah dihargai.
6) Malam Pertama di Syurga karya Adil Akhyar, hadiah 'hari jadi' buat penulis daripada seorang kawan baik, sdri 'Musfiratunnisa' aka Nurul Shida. Terima kasih kawan. Semoga hadiah ini membawa keberkatan buat penulis dan pahala untuk kamu juga. Buku ini mengandungi pelbagai potongan ayat Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmah yang memberi kita semangat untuk mencari keredhaan Allah dan memahami dugaan-Nya.
7) Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah , tulisan Ustaz Fathi Yakan. Buku ini lebih kurang merupakan hadiah terima kasih yang diberikan oleh teman seperjuangan dalam MPP dahulu, sdri Siti Farah Lokman. Penulis cuma meminjamkannya sebuah buku , dan dia sanggup bersusah pula memberikan penulis buku yang lain. Apapun, pemberian buku ini penulis hargai sungguh dan semoga Allah juga memberikan kebaikan kepadanya. Hari itu, pemberian buku ini seolah-olah Allah membalas permohonan penulis. Buku ini, dan juga sebuah brosur mengenai Wanita dan Islam di dalamnya menjawab begitu banyak persoalan yang telah timbul ketika itu.
Yang menariknya, kedua-dua buku ini mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan buku Tunggu Teduh Dulu karya novelis terkenal Faisal Tehrani. Hehehe.
Sudah 7 buah buku, dan penulis masih menanti lagi 4 buah buku yang sudah pun dibayar melalui bank transfer. Dibeli melalui web portal ujanailmu.com.my.
Order Details | |
Order ID : | 4924 |
Date Ordered : | Fri 31 Oct 2008 |
Order Status : | Waiting For Payment |
Payment Method : | Money Transfer |
9 buah buku dibeli dalam Oktober sahaja, dan penulis masih lagi tertanya kenapa ruangan rak buku di bilik A005 asrama Aminuddin sudah penuh dan sesak? Hahaha.