Membaca buku "Lagi Cerpen-Cerpen Underground" buat aku tersentak. Memang underground sungguh. Mengertak sukma, dan seolah-olah segala macam deria dalam diri ini memberi respon yang unik.
Aku masih tak lupa, dikala aku loya, jelek dan benci apabila membaca cerpen Kulat itu, aku secara tidak sedar sudah menanam kebencian terhadap hedonisme yang menaungi dunia hiburan tanahair- satu bukti menunjukkan bahawa gaya penulisan sebegini berjaya membaca mesej, albeit gayanya kasar, dan mungkin ada yang bakal menghujankan kritikan " karya tidak bermaruah, tidak ada nilai estetika" dan sebagainya.
Alahai, kalau nilai estetika itu hanya dilihat dan disedari apabila " jari jemari Abang begitu halus membelai pipiku. Aku merona merah"- tak payah nilai estetika itu la, dan sejak bila ini menjaga maruah-kalaula watak2 ini tidak lagi berkahwin,kalaula aku bapak pompuan ni, aku libas jantan tak guna itu.
Saya tak menyarankan pembaca membaca kumpulan cerpen ini. Kalau nak baca, baca dengan open-mindedness. Jangan lupa, humor itu bukan hanya satu keadaan atau ketika di mana audiens rasa terhibur. Humor itu secara generalnya merupakan sindiran terhadap budaya atau paradigma masyarakat, dimana keadaan ini membangkitkan gelodak rasa dan kesannya antara mencetus tawa, atau renungan tajam penuh makna. Ia memukul rasa comfort manusia. Itulah humor. Humor itu banyak sekali jenisnya. Dan humor yang gelap- dark humor menguasai kumpulan cerpen ini. Ketawa kita akan jadi ketawa sambil berfikir, dan sesi keseorangan kita akan membuatkan kita menekuni perkara bukan-bukan, " adakah dunia seteruk, sekusut, sebusuk, sehanyir, sezalim ini? Dan apa dan mana cahaya itu? ". Jangan kusut sangat, jangan serius sangat sudeyh..
Dan fanatik BN( dan fanatik PR juga mungkin?) serius jangan baca buku ini. Saya tak mahu kalian tersindir.
No comments:
Post a Comment