Tuesday, November 25, 2008

Yoga Ban?

Majlis Fatwa Kebangsaan dah bersuara. Yoga diharamkan sekiranya wujud unsur-unsur pemujaan seperti mantera dan kefahaman bersatu dengan Tuhan. It is ' discouraged' sekiranya yang diamalkan cuma sekadar satu pergerakan senaman kerana ia satu set daripada tiga stage yoga. Ini mengikut kaedah " sebarang usaha mencegah melakukan perkara haram maka menjadi wajib".

Personally, silalah beryoga, kalau rasa yoga tu baguih sangat. Fatwa merokok haram pun dah keluar lama. Arak tak payah fatwa, terang jelas dalam Quran.Relax jer orang kita buat. Corruption memang dah lama tau haram, refer to atsar sahabat sudeyh. Orang Islam tak banyak yang merungut pun pasal pengharaman yoga ni, yang nonmuslims dok kalut wat apa? Undang-undang kami tak pulak tertakluk pada hangpa.

Hairan hairan. Jangan main-main. Racial tension pun dah teruk, try religion then. Obama is a black, still, he is a Christian, half-white,professional etc. The similarities are way more than just "he's a black". The "christian protestant" for example.

Kat Malaysia ni, lagila kena sensitif. Tambah-tambah bila melibatkan agama. Bangsa tak kemana, agama penentu syurga neraka wei~

Ulama' Malaysia yang keluarkan fatwa tu still ulama' jugak. Awat, nak tunggu Prof Yusuf Qardhawi, Dr Wahbah az-Zuhaili keluar fatwa pasal yoga ka baru nak bukak mata?

Aku pun hairan, awat Pertubuhan Hindu Sangam sibuk buat komen pasai fatwa ni? Sami-sami Hindu nak join Majlis Fatwa Kebangsaan ka?

Inilah kesan negatif Bangsa Malaysia. Semua benda ada positif negatif, kan?

1 comment:

~shida~ said...

huhu..pedas sekali..walaupun bukan sebahagian dripada "persatuan hindu sanggam"..neway..salah ar word kedah yang ko guna.."hampa", bukan "hangpa"..hehe