Semalam menjawab soalan General Paper Kertas 1 dengan tenang, kononnya. Soalannya ialah, " How far do you think minority groups are treated fairly in Malaysia?". Konon-konon penulis merasakan bahawa soalan hanya perlu dijawab menerusi perpesktif nasionalisme dan etnik. Maka, penulis memasukkan fragemen-fragmen daripada Perlembagaan Persekutuan buat menambah hujah, dan mengutarakan konsep kontrak sosial.
Bagaimanapun, semalam, menerusi mimpi, ( jangan terkejut), penulis merasakan bahawa penulis telah terkhilaf. Penulis tiba-tiba berpendapat bahawa penulis telah gagal untuk berfikir secara holistik. Manakan tidak, penulis dengan tidak sedar telah memperkecilkan skop 'minority groups ' dalam "society"!
Minority groups bukanlah etnik Orang Asli ,Cina dan India sahaja. Bagaimana dengan golongan homoseksual, OKU, anti-establisment teenagers? Adakah mereka dilayan secara adil di Malaysia?
Definisi 'treated fairly' juga tidak penulis komentar dengan menyeluruh. Tidakkah keadilan itu bersifat subjektif?
Apapun, semua ini bukanlah penentu kegagalan bukan? Yang penting, sekarang ini, berdoa. Kerana usaha telah ditabur, dan kejayaan ingin dituai. Kegagalan bukan penentu kegagalan selamanya, bukan?
Salam.
1 comment:
moga selamat semuanya, insyaALlah.
Post a Comment