Buat sahabatku Mohd Hafizuddeen Haznan, pelajar perubatan Universiti al-Azhar Mesir, selamat hari lahir yang ke- 19.
Terima kasih atas pertolongan dan nasihat kamu selama ini. Betapa kamu banyak sekali menolong aku mencari kebenaran dalam 'kebenaran'. Betapa kamu tidak jemu melayan karenahku yang banyak sekali bertanya, penuh sekali dengan perasaan skeptik. Betapa kamu cuba meyakinkan aku bahawa aku sewajarnya memandang masa depan bukan dengan hanya kacamata seorang anak, seorang manusia, tetapi dua dalam satu, hamba Allah dan khalifah Allah.
Kamu tidak menaruh prejudis terhadapku, malah sedikit pun kamu tidak melatah atau meradang bila aku menyibukkan diri dengan buku-buku sekularis, pluralis, athies. Kamu memandangnya sebagai proses ilmu, walhal aku memandangnya sebagai unsur rebellious. Kamu menegur aku dengan penuh hikmah dan nilai hormat, sehingga aku jadi malu, dan aku pula menekuni buku-buku ini dengan nilai ilmu, dengan tujuan mencari, dengan tujuan 'falsification'.
Sedari sekolah lagi kamu merupakan pemegang rahsiaku. satu-satunya pemegang rahsiaku yang paling amanah. Kamu juga telah mengingatkan aku bahawa all is not lost, bahawa Islam itu bukan hanya sekadar hukum, tetapi Islam itu kasih sayang antara hamba dan Tuhannya, antar hamba sesama hamba, dan aku menemui kebenaran sabda Junjungan ," Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri".
Dan tidaklah aku lupa, kejayaan kamu mengurangkan 30 kilo berat badan dalam masa 6 bulan cukup memberi inspirasi. Aku sudaj kurang 2 kilo, walaupun sebenarnya mampu lebih lagi, cuma tak sanggup meninggalkan makan malam itulah. Hahaha.
Terima kasih atas tazkirah berguna, atas hadiah persahabatan, atas komen membina, atas didikan yang tegas tetapi penuh etika.
Selamat hari lahir. Allah yubarik fiik. Moga panjang umur.
No comments:
Post a Comment