Saturday, November 1, 2008

Buku-Buku dan Facebook

Himpunan novel, buku-buku dan komik aku sudah memenuhi rak-rak buku yang sedia ada. Sudah penuh. Sudah bingung aku memikirkan akan bagaimana mahu memaksimumkan kapasiti penggunaan ruangan rak ini, tapi sudah sampai maksimumnya barangkali. Dan aku telah menempah 4 lagi buku Faisal Tehrani melalui web portal Ujanailmu, dan esok bakal Insya-Allah ke MPH Mid Valley kerana mahu membeli buku Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal ( saifulislam.com) !

Aku juga sudah mula men'jelajahi' dunia Facebook ini. Pada asalnya tampak rumit, tapi aku mula tertarik pada games yang banyak sekali ditawarkan ini. Ah sudah, dengan exam yang kian hampir, ditambah 5-6 buku yang bakal ku terima dan beli nanti, mana hendak dicari masa bagi Facebook ini?

Apapun, aku merancang untuk menyimpan wang buat membeli rak baru, atau mengumpul seratus dua buat menambah lagi koleksi buku aku ini. Menjenguk web portal MPH tadi, aduh buku Islam & Secularism karya Prof Syed Naquib al-Attas tidaklah pula ditemui. Mahu mencuba nasib di Kinokuniya pula...

2 comments:

Anonymous said...

Islam & Sekularisme? ada di tangan. mahu pinjam? tp buku tu agak lama, dari penerbit Pustaka

wankhai said...

Ya Allah!
Sungguh, sungguh aku takjub.
Susah payah mencari, rupanya ada berdekatan rupanya. Pinjam pun jadilah...Hehehe.
Ya buku itu agak lama, dan difahamkan agak dalam diskusinya...
Mungkin selepas exam?