Ini sedikit cadangan daripada saya. Segala yang kita buat, biarlah bersebab. Jangan "saja-saja". Kerana Tuhan itu tidak menciptakan kita saja-saja, dan kehidupan ini tidaklah saja-saja ada dan begini.
Lantaklah sebab itu tak didasarkan Islam pun, buat awalnya.
Kerana apa perlu bersebab? Kerana kita BOLEH mengenal diri. Kita boleh punya BAHAN untuk berfikir.
Satu perbuatan yang sama, cuma masanya berbeza, dan sebabnya berbeza. Renungkanlah kenapa jadi begitu. Apa faktor-faktornya. Baru kita sedar, macam mana kita sekarang dan kita boleh buat kebarangkalian bagaimana kita di masa hadapan.
Satu topik yang sama, politik misalnya. Sesetengah orang menyokong parti ini kerana sedari kecil,IBU BAPAnya penyokong parti tersebut, atau PARTI satu lagi itu JAHAT, menurut kata kawan2 la,so taknak sokong. Takkan semasa usia 23 tahun masih dengan sebab yang sama?
Cth lain, saya zaman konon2 baik dululah ada menanyakan begini pada seorang kawan, " tak mahu menutup aurat, mengapa?"." Freedom?". " Oh takpe, i respect your opinion". Tapi misalnya bila mana saya mengetahui sebab beliau, saya pun bolehlah berdoa pada Allah, "Ya Allah, kau temukanlah rakanku ini dengan makna sebenar "kebebasan" menurut Kamu, dan kamu berikanlah peluang kepadanya untuk sempat berfikir dan bermuhasabah". Allahu Allah, kan bagus sekali mendoakan orang lain. Kan tak bagus selfish ni. Syurga tu kan muat untuk semua. Wallahualam. Tak tahula camner syurga tu, saya pun taktau saya dapat masuk syurga ke idak.
Kenapa? Supaya bila tua-tua nanti( kalau dipanjangkan umur la), kita boleh menghayati perjalanan kita atas muka bumi selama ini. Perubahan hidup kita, dari masa segala benda dibuat tanpa sebab, ke sebab yang salah, ke masa sebab itu tanpa hujah kukuh, dan apabila sebab itu ialah sebab orang yang benar-benar menemukan apa yang perlu dicari.
Dan semua boleh dimulakan dengan tindak-tindak kita dibuat atas sebab. Sebablah yang buat kita ni bukan robot. Robot akan act begini apabila disuruh gini. Kita pulak macam-macam boleh react. Human emotions. Complex. Huhu.
Sekadar satu cadangan. Mungkin tidak islamik.
No comments:
Post a Comment