Sunday, November 16, 2008

Deklarasi oh Deklarasi

Salam.

Minggu ini penulis sudah mula melaksanakan program-program yang terkandung di bawah Deklarasi 1010 itu. Erm, kenapa mula November sedangkan Deklarasi 1010 ialah semasa Oktober? Macam ini, kan kalau polisi nak disahkan dan dilakukan,bukankah ia mengambil masa? Penggubalan deklarasi ini saja memakan masa 5 hari, bermula dengan ujian kandungan glukosa dalam darah dan ujian darah tinggi yang memakan kos RM12 di farmasi itu. Setelah mendapat ‘ nasihat-nasihat’ daripada pharmacist itulah baru penulis merangka deklarasi ini. Ia harus moderate kerana penulis yakin, sudden act of memberhentikan makan nasi akan mengakibatkan penulis kelaparan sepanjang hari dan silap haribulan, penulis akan menelefon McDonalds atau Pizza Hut setiap hari. That is foolish. Lagi gemuk adalah.

Penulis memperoleh satu petua baru: Jangan Minta Tolong Kawan Untuk Menemani Anda Melakukan Deklarasi. Betul, to a certain extent. Macam penulis, sekitar sem lepas, even sebelum Deklarasi 1010 ini digubal, penulis telah mula berjinak-jinak dengan aktiviti jogging( in which tak pernah dilakukan oleh penulis semasa penulis di sekolah rendah, sekolah menengah agama mahupun semasa di MRSM). Untuk berjogging, penulis berasa malu kerana tiba-tiba pulak buat aktiviti ini, so, untuk menghilangkan rasa malu itu, penulis selalu saja mengajak rakan yang kini teman sebilik penulis, saudara Aizzuddin Top In The World untuk berjoging sama. Akan tetapi, timbul masalah. Memanglah ada hari dia boleh temankan, tetapi dia ada silat 2 kali seminggu. Tolak hari Sabtu dan Ahad, in which penulis balik rumah, penulis rasa jogging ini tidak berbaloi. So, penulis kembali semula ke aktiviti tidur, watching movies, playing games, or simply being blank from 5.30 to 6.30 pm. Not a healthy lifestyle.

Bermula minggu lepas, penulis mula jogging berseorangan di taman tasik. Tak malu pun rupanya. Pakcik-pakcik tua yang berjoging itu pun semuanya jogging berseorangan juga( I’m not saying I’m old here, okay,just to make a point). Malah penulis rasa cukup gembira kerana pemandangan Taman Tasik Seremban ini cukup cantik. Maha Suci Allah. Berseorangan sambil telinga mendengar muzik perlahan dimainkan dan mata memandang such pristine beauty, cukup seronok. Alam ini memang indah dan unik, walaupun ianya taman buatan. However, don’t expect me to suffer from Wordsworth- Syndrome. I still don’t believe that Nature is that holy that God= Nature nor pantheism is right. Hehe.

Jadi, minggu ini penulis cuba berjoging setiap petang, kecuali hari hujan, dan penulis rasa seronok. Tidak sangka berpeluh, tercungap-cungap, badan berlengas dan keletihan boleh membuatkan penulis rasa seronok. Memang sedikit malu kerana ada masa rakan penulis terserempak dengan penulis, mereka akan show mereka punya disbelief dan terkejutnya mereka. Wankhai, of all people, would beriadah? However, I don’t care much. I simply follow my 1010 Declaracation . There are people who give their moral support, and I really, really thank you all. I hope I can keep on doing it till I graduate from KMS. Or simply doing it till the rest of my life (which I really doubt I will).

Dan Alhamdulillah, berat yang penulis gained semasa cuti raya puasa festive haritu dah dihilangkan. Dah turun 2.0 kilo.Alhamdulillah, Alhamdulillah, mungkin nampak kecil, tapi bagi penulis ia memberi sungguh banyak semangat kepada diri.

No comments: