Pukul 11 pagi aku memecut membawa adikku ke Mid Valley Megamall. Dia kan nak tengok High School Musical 3 : Senior Year. Aku dah tengok dah pun sebelum ni ( tetapi tak kisah tengok sekali lagi). Sesak sungguh. Panjangnya barisan. Mujur sempat gak tengok HSM3 pukul 12.15 tengah hari. Huh. Row second dari depan. Jadila...
Aku suka lagu-lagu HSM kali ini. Nice lyrics, nice tune. AKu takjub melihat segala jenis tarian dibuat. Break dance, waltz( ah, so sweet, tapi sakit kaki nanti, kompem), and paling aku suka, tarian cha cha cha masa lagu " A Night To Remember".
Well, adik aku suka cerita ni, aku pun suka. Kalau tak takkanla aku nak tengok dua kali. Lepas tengok wayang, aku dan adik aku ni pi surau kat tingkat bawah, sembahyang Zohor. Then kami pergi makan kat Kenny Rogers. First time dia makan restoran ini, so dia pesan sama dengan apa yang aku makan jer- Quarter Meal.
Pas makan kami gi MPH. Setiap kali aku masuk MPH, aku mesti raja takjub dan gembira. Seolah-olah aku sedang disambut oleh ribuan buku-buku di sini. Sebenarnya aku bercadang nak belik A History of God by Karen Armstrong, tapi aku tangguhkan dulu, maybe bacaan berat tak berapa sesuai di exam month ni. AKu sekadar membeli Politicians Say The Darndest Things, buku yang menghimpunkan Outrages Quotes from Malaysia's political leader. Lawak la buku ni.
Balik rumah, dan sangat letih. Adik aku membeli novel "Ayat-Ayat Cinta". Sukati kau la. Duit kau. Elok pun, novel AAC ini banyak je manfaatnya.
5 comments:
kenny rogers bukan mahal ka?em,jimat-jimat la duit wahai teman
p/s:teman ni makan kat tepi gerai cabuk je:P
Disebalik penulisanmu yang menukilkan tentang isu-isu semasa dan menampilkan gaya tulisan yang sangat2 bombastik,x sangka saudara akan tgk wayang HSM.Sungguh tidak kusangka.:)
p/s:actually,kite boleh ke g tgk wayang?just wondering.:P
Tanpa Nama 11.55,salam.
Kenny Rogers tidaklah mahal.Mahal itu, bagi saya, ialah harga yang tidak sepatutnya bagi kualiti +kuantiti makanan yang diberikan.
Dan layanan di Kenny Rogers juga amat baik.
Adik saya juga pertama kali makan Kenny Rogers, tak salah kot sekali sekala try something decent.
Dan bukannya apa, banyak juga gerai tepi jalan yang kami pernah makan, tetapi sudah tentulah bukan gerai yang 'cabuk'.' cabuk' itu bagi saya kotor, kalau kedai biasa yang bersih, bukan cabuk namanya....
terima kasih atas nasihat bagaimanapun, saya tahu anda berniat baik.
Tanpa nama 12.02, salam.
Saya sedikit hairan kerana gaya comment anda seolah-olah anda tidak mengenali saya(mungkin?)dan anda semestinya bukan pelajar lelaki Kolej MARA Seremban.Jika tidak, persoalan ini tidak timbul.
Dan disebabkan anda ialah seorang anynomous, jadi saya terpaksa memohon maaf, kerana saya tidak berbincang perkara ini dengan seorang Tanpa Nama.
Adakah anda pengunjung baru ke blog ini? Hairan. I think you got a pretty different perception to who I am.
Kenapalah bahasa bombastik jadi isu utama..bukannya ia kayu pengukur kematangan. saya sendiri tidak pernah mengatakan sedemikian. Kalau tidak, pasti karya Salman Rushdie itu akan jadi sangat diterima orang.
Salam.
p/s: Hukum ka? Silalah tanya pada yang pakar.
bagus la cara saudara..sgt berhemah.neway,its true im new to ur blog.how do u know ya?hihi
teruskan berkarya sbb u ade potential in writing..keep bloggin*__^
Post a Comment