Sunday, April 12, 2009
Dua Dimensi- Antara Realiti dan Kehendak
Saya tidak pasti apakah saya ini benar-benar mengikuti jalan sebenar yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w , tidak kiralah melalui jalur Ahl Sunnah wal Jamaah kah, salafi, mutakallimin ataupun syiah sekalipun.
Bukti orang itu tidak diberkati itu apabila lebih banyak pengajiannya, lebih keliru pemikirannya, dan saya hampir-hampir percaya bahawa saya salah seorang mangsa keadaan ini.
Dan saya benar-benar takut. Takut sungguh, melihatkan realiti dunia kini. Memang seakan-akan sudah mahu kiamat lagaknya. Semua tanda-tanda kiamat kecil sudah terjadi ( dan saya sendiri boleh sahaja dikira antara orang yang merealisakannya) hanya menunggu asap keluar daripada perut bumi, keluarnya Yaajuj dan Maajuj, dan seterusnya peperangan besar yang bakal berlaku antara parti Isa al-Masih dan Mahdi dengan bala tentera al-Masih ad-Dajjal yang menggerunkan.
Dan kalaulah saya hidup di kala itu! Difahamkan dizaman akhir itu nanti, betapa dikatakan akan ada ramai muslim yang bakal murtad meningalkan agama Allah dan menyertai tentera Dajjal lantaran ketidakyakinan mereka terhadap agama Allah dan mereka terperdaya dek keajaiban Dajjal!
Ya Allah! Jujur saya mengatakan, saya takut!!
Saya takut, dengan tahap amalan saya, akidah yang sebegini terumbang-ambing, adakah saya nanti akan berdiri dibelakang kuda Nabi Isa Alaihissalam ataupun akan memegang pedang di bawah angkatan besar The Great Eye?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment