Tuesday, April 28, 2009

Selamat Hari Lahir

Kepada saudari Nur Amanina Zakaria daripada 85 TESL,
Selamat Hari Lahir.

Semoga anda diberkati Allah sentiasa.

Dan semoga "rasa kasih, rasa rindu, rasa bahagia yang dicampakkan oleh Tuhan " kedalam diri manusia itu sentiasa membara dalam diri kamu, terutama kerinduan pada Rabbul Jalil dan sayang pada ibu bapa dan bakal suami.

Memandangkan Faisal Tehrani pernah menulis, " cinta itu suatu keasyikan", maka saya berdoa bahawa moga-moga kita semua "asyik" dengan kerinduan pada Sang Pencetus Rindu, kecintaan pada Sang Pengutus dan ahli keluarganya yang suci, dan kepatuhan kepada ajaran dan syariat yang mulia.

Semoga saudari bakal ketemu Salsabila Fahim dalam diri, Salsabila Fahim yang sentiasa diuji pelbagai dugaan itu, kadang-kadang lalai dan leka, tetapi akhirnya mengerti letak duduk Hamba di bumi ini, yang merupakan cuma sekadar Tempat Berteduh.

Selamat meniti usia, mencapai kematangan, dan memahami erti kehidupan. Allah yubariki.

p/s: Doakan juga aku ketemu keteguhan fikiran seperti Usman Awang dan Shahnon Ahmad, ya.

1 comment:

Anonymous said...

Sang Pengutus dan ahli keluarganyaaaa???