Aku sebenarnya taklah peduli sangat dengan "fly ke New Zealand" atau "study overseas" sebelum-sebelum ni, hatta menjejak ke Semester 4 kat kolej ni pun, aku sekadar belajar dan belajar kerana aku perlu belajar sebab mak dan ayah dan auntie dan mak lang dan mak jang dan arwah Tok dan arwah mak ulong dan makcik wa dan makcik-makcik yang lain di kampung Simpang Pulai itu asyik menyuruh aku belajar.
Sebelum ini; aku sentiasa berpandangan begini:
Kalau lepas , lepaslah....
Kalau tak lepas....tak lepaslah...
Tapi, apabila aku dan kawan-kawan sekelas menghantar senior-senior kami di KLIA tempoh hari, aku rasa mahu sesangat mengikut mereka ke sana. Rasa seronok, rasa bahagia, rasa usaha berbaloi, rasa bangga kerana membahagiakan keluarga......
God, I want to fly!
IRP akan bermula Isnin ini. Dan pada hari ini, kami ada 44 hari lagi sebelum first paper A2 dijawab. Dan walaupun aku tahu yang buat masa sekarang, Mathematics dan Sociology aku masih lagi memerlukan lebih banyak latihan, aku optimis, dengan izin Allah dan usaha yang aku akan cuba lakukan sebaik mungkin, aku boleh fly.
Kerana aku mahu fly.
Kerana aku mahu mencari diri sendiri dan untuk itu, aku perlu mencabar diri sendiri.
Maka kini hari-hari aku berdoa supaya Najib, sebanyak mana pun skandal dia, beliau tidak sesekali akan tiba-tiba membuat pengumuman di sidang media yang kerajaan sudah tidak punya kewangan yang kukuh untuk menghantar rakyatnya belajar ke luar negara.
Nauzubillah min dzalik!
No comments:
Post a Comment