Tuesday, April 14, 2009

Terima Kasih , Kolej MARA Seremban versi PERTAMA.

Kehadapan pihak pentadbiran kolej yang dikasihi.

Terima kasih kerana sangat berusaha memahami pelajar, dan bukannya pelajar sahaja yang kena cuba memahami pihak pentadbiran.
Terima kasih buat SEMUA undang-undang yang sangat bermanfaat buat pelajar , yang menekankan konsep student-centred learning, and student sebagai customer, seperti yang tidak dilakukan sesetetengah kolej itu...
Terima kasih buat pemeriksaan pakaian yang sangat bagus kerana mengingatkan pelajar mengenai kewajipan menutup aurat, dan tidak seperti kolej-kolej lain yang pemeriksaan pakaiannya hanya berkisarkan rambut panjang yang tidak berdosa, kasut mestilah gelap ataupun hitam, dan TUMIT KASUT TIDAK MELEBIHI 4 cm.
Terima kasih kerana anda memahami keinginan kami yang mahu belajar di waktu malam, lalu pihak tuan memberikan kami lampu meja BERKUASA TINGGI, tidak seperti kolej-kolej lain yang lampu meja yang diberi setelah diguna 3 kali terus kaput.
Terima kasih kerana melayan kami seperti kanak-kanak berusia 13-15 tahun di Maktab RENDAH Sains MARA, kerana kami tahu kami masih lagi belum matang.Bersyukurlah kerana di kolej lain mereka dilayan seperti berusia 10 tahun , lagi teruk!
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih daun keladi, mujur ada dua bulan lagi.

No comments: