Thursday, April 23, 2009

Hindustan Mode

Malam 23 April 2009.

301.
Paper 7 Statistics menanti keesokan harinya.
Tertekan dengan Matematik.
Tertekan kerana Puan Muna nak bagitau result Sociology Paper 3 esok jugak.
Tertekan kerana azam P( X>9)= 1.00

Dan boleh pula Dila dan laptop Intannya membuka video lagu-lagu Hindustan zaman 90-an dan awal 2000s.
Aduh.
Apalagi, bangkitlah nostalgia seluruh ahli kelas.
Daripada Dilwale Dulhania le Jayenge ke Kaho Na Pyar Hai ke Mujshe Dosti Karoge ke Dil Se ke Kal Ho Na Ho.
Dan separuh kelas menyanyikan lagu-lagu ini, kebanyakannya tanpa gagal .
Waduh waduh.
Besar sekali penangan Hindustan sewaktu kami 'kanak-kanak' dulu.
Pesta Hindustan TESL et al.
Suara aku dan Nila yang 'ehem-ehem' ini pun tak dipedulikan kerana asyik dengan lagu-lagu yang mengulit rasa dan menyentuh kalbu.
Wakakakaka.

Well, if Munal yang suka Nirvana, Metallica dan My Chemical Romance pun boleh menyanyi bersama-sama, apa lagi nak dicakapkan?

No comments: