Tuesday, April 28, 2009

Pandangan Wilayah Khairul Dalam Mesyuarat The Thirteen Chairs

Adapun dengan ini dimaklumkan bahawa pada akhir-akhir ini, dimasa krisis kewangan yang melanda dunia ini , kesemua wakil -wakil wilayah telah bersidang di The Thirteen Chairs dan dan Wilayah Khairul, sebagai wakil tidak rasmi, mengeluarkan pandangan berikut.

Menurut Perlembagaan TESL , Perkara 13.4,

"disebabkan Persekutuan Kejuruteraan merupakan jiran akrab Persekutuan TESL disebabkan kedua-dua negara terletak di Semenanjung A-Level , maka wilayah-wilayah Persekutuan TESL secara automatik menjalin hubungan akrab dengan Persekutuan Kejuruteraan".

Mahkamah Tinggi TESL telah menafsirkan " hubungan akrab" dengan Persekutuan Kejuruteraan sebagai pewujudan hubungan diplomatik tahap 3 (tahap tinggi) dengan Persekutuan tersebut. Namun, baru-baru ini, disebabkan tidak lama lagi, Mahkamah Majlis Kolej MARA Seremban akan dibubarkan, Persekutuan TESL dan Persekutuan Kejuruteraan telah membentuk satu gagasan yang dinamakan " Snakes" -sempena nama rasmi Persekutuan Kejuruteraan.

Dalam hal ini, Persekutuan TESL yang mempunyai nama rasmi "The Thirteen Ghosts" telah sepakat untuk tidak mempertahankan kedaulatan negara kami dan bernaung di bawah panji
" Snakes'. Namun, tidak lama kemudian, kami mendapati kepentingan kewujudan kami dalam gagasan ini agak meragukan.

Kami tidak begitu mendapat apa-apa manfaat dalam gagasan "Snakes" ini , malah kami mendapati bahawa mesyuarat-mesyuarat antara 2 negara ini tidaklah bersifat holistik atau menyentuh kepentingan sosiobudaya, ekonomi atau intelektualiti negara kami. Kebanyakan mesyuarat hanya menyentuh mengenai proses melicinkan pentadbiran Persekutuan Kejuruteraan semata, dan bagi kami, mesyuarat-mesyuarat sebegini hanya membazirkan masa dan kos, serta menunjukkan sedikit rasa kurang sopan dengan kedaulatan negara kami ini.

Kami mengakui , negara kami ini cuma kecil, cuma sekadar 13 wilayah. Tapi kami sangat berbangga kerana kami mempunyai sistem ekonomi yang berdiri dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan mana-mana negara lain, dan program intelek yang bersifat lokal atau setempat dengan keadaan sosiobudaya Persekutuan kami. Justeru, kami amat mengambil kira pada integriti Persekutuan kami.

Jadi, kami agak ragu mengenai kepentingan gagasan " Snakes". Sebilangan ketidakpuashatian juga telah diujarkan wakil-wakil sesetengah wilayah , dan ada yang sudah agak berat hati untuk menghantar wakil mereka ke Jamuan Diplomasi yang akan diadakan di Pan-Pacific , KLIA Malaysia-kerana kami tidak sedikit merasakan sedikit pun rasa bangga menjadi ahli gagasan Snakes. Walaubagaimanapun, kami mengakui bahawa hubungan antara 2 Persekutuan adalah persahabatan tradisi dan wajar dikekalkan.

Mungkin keputusan mesyuarat ini boleh menggangu hubungan antara Persekutuan, tetapi kami yakin bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua belah negara masih boleh diteruskan dengan harmoni. Yang penting, kami berharap Persekutuan Kejuruteraan boleh memahami kenapa kami sedikit "menolak" gagasan Snakes ini, kerana bagi kami, gagasan ini bersifat berat sebelah dan sepertimana protes kami terhadap lobi dalam PBB/UN, kami tidak merasakan bahawa Gagasan Snakes ialah gagasan yang ikhlas memajukan kedua-dua belah pihak.

- Lord of the Rotten Flesh, Diplomat Wilayah Khairul ke The Thirteen Chairs, merangkap satu daripaa tiga Hakim Utama dalam Mahkamah Tinggi TESL dan bekas wakil Persekutuan dalam rundingan dengan Majlis KMS.

Perutusan daripada Wilayah Khairul ini hanya merujuk kepada sentimen dan pandangan wilayah ini semata, dan tidak menjadi wakil bagi Persekutuan TESL secara total, walaupun begitu, ada kebarangkalian yang pandangan wilayah ini mungkin dikongsi wilayah-wilayah lain.

3 comments:

Anonymous said...

hahaha...
bila dah sampai sini nanti
make sure u look back on this entry tau..

wankhai said...

haha.asal?

Anonymous said...

because it wouldnt even remotely make sense dah :D:D