Sehari sebelum kunjungan ke Kedai Buku Popular, penulis malam itu berbincang-bincang sambil erm, macam biasa, makan kuaci mengenai pembukaan Constantinople dan juga kewujudan kerajaan-kerajaan Islam mulai 1400 tahun yang lalu. Penulis sengaja membangkitkan isu perbezaan ideologi dalam Islam yang mencetus kerajaan-kerajaan Islam, dan sengaja provokasi dilontar mengenai sumbangan fahaman 'sesat' Mu'tazilah dan Syiah Rafidhah serta mazhab fikah ASWJ kontroversi Mazhab Zahiri dalam dunia keilmuan Islam. Betapa Al-Razi, Al-Biruni, Al-Khawarizmi itu Mu'tazilah belaka, dan Ibnu Sina ialah seorang Syiah Ismailiah.
Keesokan harinya, mungkin disebabkan masih dalam mood sejarah , maka buku-buku ini dibeli penulis di Popular.
1) Sultan Muhammad al-Fatih penakluk Konstantinopel tulisan Abdul Latip Talib
2) Jatuhnya Sebuah Tamadun daripada Mohamad Nurhakim seorang pensyarah universiti di Indonesia.
Dan tadi, beberapa buah buku lagi dibeli penulis di MPH Mid Valley.
3) Mahathir Mohamad an ilustrated biography ( fun, really. Please don't simply conclude that I'm a BN supporters because I bought this book. I am proudly neutral.). Komik/biografi ini merupakan karya E.Yu.
4) Aku Terima Nikahnya tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Sebenarnya telah dibaca habis, kerana telah pun meminjamnya daripadanya saudara Bro, tetapi penulis merasakan bahawa penulis wajar mempunyai salinan buku ini sendiri kerana buku ini benar-benar akan bermanfaat di kemudian hari, sekarang juga sebenarnya sudah bermanfaat,apatah lagi ketika hendak membina masjid nanti.
5) Karya terkenal novelis Charlotte Bronte, Jane Eyre. Kisah kehidupan gadis. Cinta era Victoria. Classics. Huhu.
Dan bulan ini juga penulis menerima dua hadiah buku daripada rakan. Kedua-dua pemberian hadiah ini amatlah dihargai.
6) Malam Pertama di Syurga karya Adil Akhyar, hadiah 'hari jadi' buat penulis daripada seorang kawan baik, sdri 'Musfiratunnisa' aka Nurul Shida. Terima kasih kawan. Semoga hadiah ini membawa keberkatan buat penulis dan pahala untuk kamu juga. Buku ini mengandungi pelbagai potongan ayat Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmah yang memberi kita semangat untuk mencari keredhaan Allah dan memahami dugaan-Nya.
7) Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah , tulisan Ustaz Fathi Yakan. Buku ini lebih kurang merupakan hadiah terima kasih yang diberikan oleh teman seperjuangan dalam MPP dahulu, sdri Siti Farah Lokman. Penulis cuma meminjamkannya sebuah buku , dan dia sanggup bersusah pula memberikan penulis buku yang lain. Apapun, pemberian buku ini penulis hargai sungguh dan semoga Allah juga memberikan kebaikan kepadanya. Hari itu, pemberian buku ini seolah-olah Allah membalas permohonan penulis. Buku ini, dan juga sebuah brosur mengenai Wanita dan Islam di dalamnya menjawab begitu banyak persoalan yang telah timbul ketika itu.
Yang menariknya, kedua-dua buku ini mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan buku Tunggu Teduh Dulu karya novelis terkenal Faisal Tehrani. Hehehe.
Sudah 7 buah buku, dan penulis masih menanti lagi 4 buah buku yang sudah pun dibayar melalui bank transfer. Dibeli melalui web portal ujanailmu.com.my.
Order Details | |
Order ID : | 4924 |
Date Ordered : | Fri 31 Oct 2008 |
Order Status : | Waiting For Payment |
Payment Method : | Money Transfer |
9 buah buku dibeli dalam Oktober sahaja, dan penulis masih lagi tertanya kenapa ruangan rak buku di bilik A005 asrama Aminuddin sudah penuh dan sesak? Hahaha.
2 comments:
huhuhu...sama2...
haha...ni Wan Khai ke? This Ben speaking...
Sngguh seronok melihat anda membeli byk buku! Wakaka...bgus2.
Post a Comment