Saturday, November 1, 2008

Gangguan Rutin

Seolah-olah menjadi rutin, sebaik sahaja Mozilla Firefox browser ini dibuka, aku akan segera menaip URL ini: www. utusan.com.my. Laman web Utusan Malaysia. Aku sentiasa memerlukan berita-berita baru, dan berita-berita itu banyak ada di dalam laman web ini. Bagaimanapun, janganlah disangka aku penyokong parti kerajaan pula kerana aku membaca Utusan Malaysia( penyokong fanatik PR memanggil akhbar ini Utusan Meloya), aku berkecuali, sungguh. Tanya pada rakan-rakanku betapa mereka pun tidak faham pandangan politik aku ini. Selepas berpuas hati membaca Utusan ini, aku akan membuka pula malaysiakini.com, sumber berita alternatif. Walaupun dikatakan neutral, tetapi tidak dapat tidak aku melihat adanya unsur-unsur kecenderungan kepada parti PR didalamnya, tetapi sepertimana aku jelaskan, aku bukannya memihak kepada mana-mana. Justeru, aku membaca sahaja berita-berita yang ada, dan terima kasih pada bab Media dalam Sociology, aku kadangkala berhasil melihat semua ini daripada pelbagai perspektif, kecuali Post-Modernism, terlalu rumit barangkali. Baudrillard oh Baudrillard.

Sepatutnya, laman web seterusnya yang pasti aku kunjungi ialah blog penulis Melayu terkenal , sdr Faisal Tehrani di tehranifaisal.blogspot.com. Aku sangat menyukai post-post beliau. Post-post beliau bersifat thought-provoking, dan kadangkala amat berani. Kadang kala aku pun naik kecut perut melihat kelantangan beliau ini, sama seperti Dr MAZA, bekas Mufti Perlis itu. Inilah yang kita perlukan, suara-suara intelektual yang bersifat non-partisan, yang ikhlas terhadap ilmu. Akan tetapi, sehari dua ini, aku difahamkan bahawa blog-blog sdr Faisal, " had been removed". Mungkin sdr Faisal ada rencananya tersendiri. Aku difahamkan bahawa sdr Faisal akan mengerjakan haji tak lama lagi, so entahlah, mungkin ini sebabnya? Tapi itulah, rutin membaca post sdr Faisal telah diganggu. Rasa berbeza setiap kali online,serasa tidak cukup 'syarat' online ini sekiranya blog beliau ini tal dibuka.

Walaubagaimanapun, bukanlah sumber berfikir dan wacana ilmu itu datang dari sesebuah blog sahaja kan? Kadang kala aku menjenguk juga blog Sosialis Kanan , Penarik Beca, blog Mufti Perlis, blog penulis Annyss Sophillea , sdri Nisah Haron, dsb. Tak lupa juga beberapa blog rakan-rakan .

Dan yang terakhir pastinya saifulislam.com. Jenguklah blog ini dan bermuhasabahlah dengannya. Ya Allah semoga Ustaz Hasrizal diberkati-Mu sentiasa. Betapa blog beliau ini sungguh memberi motivasi dan sungguh memberi muhasabah. Apapun, itu semua wasilah bukan, yang melakukannya itu semua Tuhan yang bekerja dalam kerahsiaan.

Dan moga sdr Faisal Tehrani memperoleh haji yang mabrur, amin.

3 comments:

Anonymous said...

u knw why kita susah nak faham post modernists?

sebab hidup kita, whether we like it or not, memang dipenuhi dgn systems that governs us. albeit kita juga boleh pilih sama ada mahu kut the system or not.

well normally we do.

nak2 lagi kalau muslim.

agreeing with the post modernists will simply mean disagreeing with islam. i know, i know, islam bukan ideologi but ad-deen. cumanya, fikrah islam tu lah yg govern our minds. tapi post modernists nak kata such things doesn't exist, kan?

a bit ridiculous, dont u think?

hueh. i think i just summarized socio. huhe.

anyways. mahu berfikir tentang post-modernists ini, on the surface sudahlah.

macam, post-modernists believe that there is too much diversity in the world today and post-modernists thinks that it would be impossible to fit any human being into any ideological framework.
dan tamat di situ. (which is true jugakla kan? kita tak boleh kata that SEMUA ajaran islam can explain the actions of SEMUA muslims. ade je org yang x bertindak mengikut ajaran, tapi ikut lain..)
but then, hanya sampai situlah kan? fikir banyak2 nnti.. hueh..

huhe. what's challenging about sociology is, kita perlu ambil yang sekular itu, untuk menyimpulkan bahawa hanya islam yang benar. sedang sumber juga sudah sekular, kan? maka sgtttttt susah.

tp workable je kot, insyaALlah. asalkan tak malas berfikir. hee.

wah. i really miss socio, don't i?

Anonymous said...

haha. komen mcm ada kena-mengena dengan entry tp sangat sipi-sipi. lol!

wankhai said...

Ya ya, saya juga bersetuju dengan sdri tasha bahawa benar, post- modernists itu satu masalah buat kita kerana dengan kewujudan postmodernists, ia membangkitkan kewajaran akan wujudnya 'kebenaran'- kerana semuanya boleh sahaja dilakukan dekonstruksi dan rekonstruksi. Sedangkan Islam itu penuh sekali dengan kebenaran- malah Kebenaran Tunggal itu- Allah itu satu dan Muhammad itu Rasul terakhir itu adalah asas Islam.

Anatara contoh malapetaka yang pernah dibawa golongan postmodernists ialah ilmuwan Mohamed Arkoun, seorang profesor post-modernism Mesir yang telah melakukan deconstruction terhadap Quran( kononnya) dan kemudiannya menkritik Quran ini.Al-Azhar mengecam beliau dan beliau melarikan diri ke Perancis .Ketidakwajaran sungguh. Apa Quran itu satu karya sastera seperti karya-karya Augusto Boal, atau Charlotte Bronte?

Menyentuh mengenai sociology as something secular, ya, jikalau epistemologi ilmu itu akarnya sekular, mana mungkin bersinergi dengan Islam?

Bagaimana mahu mewujudkan sinergi atau compatibility ini, atau sekada persefahaman dan hormat antara dua dunia jenis epistemologi, islam dan sekular? Saya jelas berpendapat bahawa umat islam perlu mengembangkan our methods of learning, falsafah dan ketekunan menekuni ilmu berdasarkan falsafah islam itu sendiri. Mungkin kita tidak mampu lagi menyaingi Barat dan tradisi ilmu berasaskan Renaissance mereka ( sekular), tapi sekiranya kita mampu menjadikan Islam sebagai satu jenis landasan epistemelogi yang setara dan tahap intelektualitinya dalam penyelidikan dan lain-lain sama dengan ilmu Barat, kita di jalan yang betul insyaAllah.