Aku telah berjanji, maka maaf , aku tidak boleh membalas komen , atau menjawab panggilan tengah-tengah malam ini, di malam hari jadi aku ini. Ini janji aku dengan diriku sendiri. Aku sedang berbicara sendiri dengan hati.
Maka muhasabah hari jadi ke 19 insya-Allah akan dimulakan.
a) Aku telah mendapati bahawa manusia itu secara semulajadinya pandai berlakon. Kita semua , tanpa berkecuali, ialah pemenang anugerah Oscar, sepatutnya. Ini ialah satu realiti.
b) Aku juga mendapati bahawa tawa dan tangis itu kadangkala terlalu ikhlas sehingga merosakkan diri, tetapi kadangkala terlalu palsu dan plastik untuk mewakili hati.
c) Aku mendapati bahawa masa itu sifatnya dua alam-ia menyembuh, dan pada sama yang sama, ia juga menyakiti.
d) Aku mendapati bahawa almari itu tidak boleh sekali dijual. Aku, dan mungkin sebilangan yang lain itu perlukan almari ini. Almari tempat yang penting, amat penting. Mana lagi hendak disimpan pakaian-pakaian pelakon itu kalau bukan di dalam almari.
e) Aku mendapati bahawa hijau itu lebih kusukai dan ku cenderung daripada darah. Tetapi kecantikan hijau itu dicemari pantai cetek dan impian melangit. Aku menolak penggunaan senjata oleh tuan sehingga membuakkan darah. Seperkara lagi, aku keliru, masih keliru dengan sebab manusia memeluk hitam , dan bersatu atas sejarah. Aku nampak kebenaran, tetapi iya, aku masih keliru.
f) Aku menolak chauvinisme, tetapi aku juga menolak feminisme.
g) Aku membenarkan kata-kata akh Hafizuddeen, benar, walaupun masih tidak ketemu, betul, kebenaran itu nampak jauh, tetapi dekat, nampak rumit tetapi mudah.
h) Aku menemukan kekeliruan dalam pandangan orang yang keliru, tetapi ada juga pandangan itu yang jelas, tetapi kabur bagi orang yang tidak keliru pula.
i) Aku mencari dalam kesibukan yang tidak perlu, kerana sibuk itu sudah menjadi aku, sepatutnyalah.
j) Aku menemukan manusia yang menepati sifatnya, menepati asalnya dan tidak langsung sedar akannya.
k) Aku menolak fanatisme mazhab, tetapi aku juga menolak liberalisme keterlaluan.
l) Aku memperlajari bahawa seni itu abstrak, tetapi abstrak itu tidak semestinya satu seni-timbul persoalan pula, adakah manusia hasil seni Tuhan?
m) Aku sedar kini bahawa manusia itu berbeza,dan mereka ini unik. Manakan tidak, semua minda berbeza tetapi nafsu serakah sama semua.
0) kebenaran itu perlu sentiasa dikejar.
p) Dan aku, ya, tidak dapat tidak, walau telah diperkatakan bahawa ia tidak boleh dijual, aku ingin, ingin sangat-sangat untuk membuang almari itu, tetapi tak boleh. Kalau nak jual pun sudah payah, apatah lagi dibuang saja.
Dan inilah yang kutemui. 3 tahun. 3 kali sambutan hari lahir sebelum ini. dan 19 buat muhasabah awal. Diizinkan Allah, aku ingin ketemu 21 tahun ini. Samada aku jauh dari lindungan Allah di kala itu, atau Allah mencurahkan rahmatnya buatku , aku tidak tahu. Allah saja yang tahu, dan kita semua tahu, Munal dan Nina lebih tahu ini, "Tuhan itu bekerja dalam kerahsiaan".
Dan masa untuk membalas mesej2 rakan.
2 comments:
salam..hmm..saya minta maaf..saya tak berapa faham..mungkin kerana pemikiran saya yang cetek ini tak sama dengan pemikiran kamu..dimana sememangnya kamu mempunyai general knowledge yang banyak..ditambah dengan unsur2 sastera di dalam post2 kamu menyebabkan saya tambah pening..(walaupun saya buat EE Malay A1)..huhu..tapi, takpalah..kamu lebih tahu tentang dirimu..gud luk,bro..
post yg mnarik~
Post a Comment