Mujur. Kek setengah kilo ajer, tanpa lilin, dan kami cuma makan satu famili. My mum dan step mum sama-sama masak kat dapur. Abah pulak beli McDonalds, buat tambahan. Tidak ada lagu-lagu hari jadi. Sekadar makan-makan. Tidak ada present apa. Wang saku yang abah belikan setiap bulan sebenarnya sudah cukup( setiap bulan aku membelanjakan sejumlah besar duit saku untuk buku, komik ,dan majalah, so, rasa macam tiap2 bulan aku membeli 'hadiah' untuk aku sendiri, dan duit ni kan duit abah, so, abahla yang belikan untuk aku, so, aku xmau apa2 hadiah dah).
Aku kan tidak suka sangat meraikan hari jadi dengan keraian2 ini. Tetapi, jangan dilupa, kita ni ada hubungan kita selaku hamba dengan tuannya, hubungan kita dengan inner self, dan hubungan kita dengan orang2 lain. Kan bagus menggembirakan orang lain. Sebab itu aku suka mengucapkan selamat hari jadi kepada orang lain dan memberi sedikit hadiah kepada mereka. Tidak semua melihat melihat hari jadi dengan cara aku melihatnya, dan aku memahaminya.
Mujur abah kata buat makan-makan kat rumah saja, kalau makan kat luar, malu pulak. Haha. Orang berjanggut bermisai sedang memotong kek sempena hari jadinya.
Weekend ini aku gembira selepas proses 7 hb itu. Walaupun aku je yang tahu sebetul-betulnya apa yang difikirkan, tetapi gembira sekali. Terasa betul-betul kebenaran kata2 "timus fugit" itu. Masa itu benar-benar terbang. Laju sekali meninggalkan kita.
Dan aku benar-benar rasa masa itu menyembuhkan, walaupun ada instances, ia menjadi amat menyakitkan.
3 comments:
step mum?
hurrmmm
Oh.
My father ada dua orang bini, my auntie sue bini number 2 dia.
Some people doesn't like to say these things, tapi takpe kot i think.
huhu.. wankai, hepi belated besdey..dah tua la ko maksudnye.. semoga mendapat rahmat dari Allah...
Post a Comment