Thursday, November 6, 2008

Survey n Society

Tiba-tiba ditegur junior TESL. Ingat ada apalah. Oh, sociology survey. Maka aku bertanya, " method apa, school apa?". Structured interview, school of interactionism. Oh, okay. Weird...

Maka aku pun disoal mengenai perbelanjaan bulanan aku. Berapa bajet topup, berapa bajet buku, shopping dsb. Dan aku menjawab dengan biasa-biasa, yelah, sambil membaca naruto di onemanga.com.

Dikatakan structured interview? Tapi kenapa school of interactionism? Rasanya aku salah dengar ni. Mungkin unstructured interview kot. Tetapi apa kelemahan interview itu sendiri? Objectivity. Penyoal tadi menyoal aku dengan renungan mata tajam, dan memberi respon negatif bila aku secara jujur mengatakan bahawa perbelanjaan topup aku lebih kurang 150 sebulan.

Bila dipandang secara negatif, responden mungkin akan rasa malu, dan tidak mahu lagi memberitahu perkara yang sebenar bagi soalan yang lain2. Bukankah hilang validity dan reliability kajian ini?Tetapi wankhai rilex aja, jangan risau, jawapan saya benar dan tepat belaka.

Apapun, sounds like fun. Kami senior TESL ini menekuni laman maya saja mencari bahan-bahan presentation, tidak ada connection dengan luar, sedangkan kami mempelajari masyarakat, society? Apa internet itu society?haha.

Good luck juniors.

2 comments:

Anonymous said...

dan satu ambilan di atas kamu, membelek haralambos dari hujung ke hujung. mencari data mana perlu.

lagi tak ada kaitan dengan masyarakat.

hehe. sangat menarik cara junior belajar!

wankhai said...

hahaha..
kita ni sama jugalah....
haralambos itu jadi rujukan tanpa henti...
muak dan tak ketemu jawapan dengan buku tebal tak ingat dunia itu barulah perlahan-perlahan, dengan rasa bosan dan leceh, membawa diri ke depan koop atau blok akademik menanyakan lebai google, sheikh yahoo, and grand mufti wikipedia. typical socio life.

ya, menarik. tetapi bila mengingatkan bahawa kalau buat survey unstructured interview misalnya, responden mesti at least 100, ah tidak...kekangan masa!~haha ( alasan)