Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Segala puji bagi Allah Rabbul-Jalil.
Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia dan Keluarga Rasulullah.
Sejahteralah para sahabat yang mulia dan isteri-Isteri Nabi isteri Kaum Muslimin.

Saya ingin membuat beberapa dedikasi raya kepada individu-individu berikut.

Kepada mak, ayah, auntie dan adik-adikku,
Selamat hari raya dan semoga keluarga kita lebih stabil dan bahagia.

Kepada cikgu-cikguku di Tadika Kemas, Sekolah Kebangsaan Sungai Raya, Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, MRSM Muadzam Shah, MRSM Taiping dan Kolej MARA Seremban,
salam lebaran dan mohon keberkatan ilmu kepada anak muridmu ini. Ampun maaf dipinta.

Kepada rakan- rakan lama,Mukhlis,Faisal, Zulhilmi, Naim, Apah, Tariq,
Semoga kalian berbahagia. Lama sungguh tidak menjenguk sekolah rendah kita itu. Rindu.

Kepada rakan-rakan di sekolah Izzuddin Shah, Hafizuddin, Saiful Aqmal, Syafiq, Nabil Fikri, Hazwan, Ridzuan, Kamarul Ariffin dan lain-lain,
Terima kasih buat kalian kerana menemaniku menjalani kehidupan pembelajaran yang mencabar. Buat Hafizzudin, terima kasih atas tazkirah yang tidak henti-henti, dan terima kasih atas keterbukaan kamu menerima kekurangan diriku. Terima kasih kerana menunjukkan aku keindahan puisi Ahmad Shauki , kemurnian kata-kata Ibnu Ataillah dalam al-Hikam dan kesyahduan bertadabbur al-Quran.

Kepada Asyraf,
Terima kasih padamu juga. Walau pahit dan mengecewakan, aku berterima kasih padamu kerana kamu menolongku mencari jalan keluar dari jalan itu ( walaupun kamu tidak berniat sedemikian) dan lantas aku menemukan pelbagi lagi dimensi kehidupan, membawaku mencapai kematangan fikiran .

Kepada 'kamu', yang hanya 'kamu' sahaja tahu siapa 'kamu' ini ,
Aku sentiasa sayang kamu okay. Jadi, jangan fikir bukan-bukan lagi.

Dedikasi khas buat Megat Naqib,
Terima kasih kerana bersabar dengan ketidakmatangan diriku, kecelaruan perangaiku, keterlaluan emosiku. Terima kasih kerana menjadi kawan aku. Salam aidilfitri, maaf zahir batin.

Kepada semua rakan-rakan di MRSM Taiping, Izzat Muhaimin, Naim, Syed, Zulfadhli ( yang bakal meninggalkan Malaysia sekali lagi) , Ganu, Tariq, Afifi, Coco, Boya, Azam, Wan Zulhilmi dan lain-lain,
Terima kasih kerana kalian rakan- rakan yang sempoi. Salam lebaran.

Khas buat ahli-ahli kelas 507, terima kasih di atas dua tahun yang benar-benar bererti, benar-benar menggembirakan. Semoga kalian berjaya. salam aidilfitri.

Untuk Hazman, the engineering guy,
Tanhniah atas kejayaan dan terima kasih kerana menjadi kawan yang baik, menjadi penemanku semasa aku di Ipoh. Kalau tak, bosanla aku kat sini. Maaf atas salah silap.

Buat rakan-rakan di KMS, thank you for your support dan maaf jika tersalah kata terkasar bahasa. Salam raya.

Khas untuk rakan-rakan TESL, terima kasih atas dorongan selama ini, dan terima kasih kerana bersama kalian aku mengenali senyuman dan tawa yang ikhlas lahir dari hati, bukan lakonan semata.

Buat Juju, Faizi, Hariz, Izdihar Zuhdi , Din, Khairul Afif, Lokman, Acha, Naim, Ayie, Amir, Haziq, Izzat, terima kasih kerana menjadi roommate dan neighbour yang baik. Aku mohon maaf atas segala salah silapku. Maaf zahir batin.

Dan terakhir,
Buat rakan baikku,
Nurul Shida Zulkifli,
Terima kasih atas nasihat dan jenaka kamu,
Terima kasih kerana menganggapku rakan baikmu juga,
Terima kasih atas perkongsian ilmu kita,
Terima kasih kerana sudi melayan karenah aku.
Terima kasih kerana be there when i need somebody.
Aku benar-benar bersyukur kerana mempunyai kawan baik sebaik kamu.
Allah telah menetapkan jodoh manusia, dan aku tidaklah mengetahui perkara-perkara ghaib.
Tapi, aku amat berterima kasih dan bersyukur pada Allah taala kerana Allah telah mentakdirkan bahawa gadis pertama yang aku jatuh hati ialah kamu, gadis yang muslimah yang menjadi keinginan semua lelaki yang beriman.
Ada jodoh atau tidak aku tidak tahu, aku hanya sentiasa mendoakan keberkatan buatmu.
Semoga kamu mencapai cita-cita, berbakti buat orang tua dan menemukan jodoh yang baik.

Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah, kami ini semua saudara seaqidah, yang menghambakan diri padaMu Allah. Berilah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat, keampunan di Mahsyar, keberkatan ilmu, makbulnya doa dan dilimpahi rahmatMu. Kembalikanlah kami kepada fitrah Syawal ini. Amin....




Perlembagaan TESL 2

Perkara 13 Hubungan diplomatik Persekutuan

13.1 Perkara 12 hanya terpakai semasa Persekutuan di bawah naungan Majlis Kolej MARA Seremban.

13.2 Persekutuan bersifat neutral terhadap semua negara lain seperti Persekutuan Kejuruteraan, Republik Perubatan , Negara Aktuari , Educators Island dan negara-negara yang berada di Benua Junior.

13.3 Wilayah-wilayah bebas untuk menjalin hubungan diplomatik yang akrab dengan wilayah -wilayah bukan di bawah Persekutuan TESL dan wilayah-wilayah lain tidak boleh menghalang kebebasan wilayah tersebut menjalin hubungan diplomatik.

13.4 Disebabkan Persekutuan Kejuruteraan merupakan jiran akrab Persekutuan TESL disebabkan kedua- dua negara terletak di Semenanjung A-Level, maka wilayah-wilayah Persekutuan TESL secara automatik menjalin hubungan akrab dengan Persekutuan Kejuruteraan.

13.5 Bagi negara-negara lain yang terletak bukan di Semenanjung A-Level seperti Teluk International Bacchalaureate dan negara-negara di Benua Junior, hubungan diplomatik tahap 3 (tahap tinggi) amat digalakkan.

Perkara 14 Rahsia-rahsia Persekutuan TESL

14.1 Rahsia-rahsia Persekutuan terbahagi 3
13.1.1 Rahsia tahap rendah
13.1.2 Rahsia tahap tinggi
13.1.3 Rahsia tahap amat tinggi

14.2 Rahsia tahap rendah didefinisikan sebagai rahsia yang hanya diketahui wilayah patriarchal sahaja . Wilayah patriarchal Khairul dan Lokman tidak boleh menyebarkan rahsia wilayah patriachal kepada wilayah matriarchal, 'by any means'. Contoh ialah nama-nama wilayah dalam Persekutuan Kejuruteraan yang ingin menjalinkan hubungan 'diplomatik' dengan mana-mana wilayah matriarchal TESL. Hal ini bagi mengelakkan konflik wilayah berlaku.

14.3 Rahsia tahap tinggi didefinisikan sebagai rahsia yang hanya diketahui wilayah matriarchal. Wilayah patriarchal Khairul dan Lokman tidak boleh mencuri rahsia mereka melainkan tanda-tandanya amat obvious. Sebarang pertanyaan yang mencurigakan daripada wilayah patriarchal dinasihatkan supaya tidak dilayan oleh wilayah-wilayah matriarchal. Contoh ialah wilayah matriachal tidak boleh memberitahu bahawa wilayah tersebut sedang mengadakan 'cuti' umum. Hal ini selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan TESL.

14.4 Rahsia tahap amat tinggi didefinisikan sebagai rahsia yang hanya boleh diketahui wilayah masing-masing. Wilayah-wilayah lain tidak boleh mencuri rahsia ini, melainkan wilayah tersebut sendiri bersetuju untuk berkongsi rahisa tersebut. Contoh ialah nama wilayah yang ingin bergabung dengan wilayah Irma , latar belakang dan sejarah wilayah dan juga sebarang perkara yang mampu mengganggu ketenteraman awam, selaras dengan perkara 7.3.

14.5 Wilayah -wilayah yang ingin mendakwa boleh bertindak secara individu atau memanjangkannya kepada Mahkamah TESL, di mana kebenaran diberikan kepada wilayah-wilayah separa-TESL untuk menjadi pencelah. Hukuman terhadap pembocoran rahsia diperincikan didalam lampiran Akta-akta TESL.

14.6 Wilayah-wilayah yang dituduh berhak mempertahankan diri di Mahkamah TESL. Akan tetapi, hak diberikan untuk tidak melayan tuntutan mahkamah. Walaubagaimanapun, wilayah yang mendakwa boleh mengurangkan hubungan diplomatik ke tahap 0.01 ( amat rendah).

14.7 Wilayah -wilayah yang tidak terlibat boleh bertindak sebagai pengantara.

Perkara 15 Nama wilayah-wilayah Persekutuan

15.1 Terdapat 1 4 wilayah pada asalnya. Disebabkan Wilayah Rin bertindak keluar, maka yang ada ialah Wilayah:-
1) Lokman al-hakim
2) Khairul/ dahulunya digelar orang Arab sebagai walayatul wankhai atau walayatul bangkhai
3) Deibs
4) Amani
5) Hanan
6) Irma
7) Farisah
8) Nas/ di dalam dokumen sejarah purbakala dirujuk sebagai Daulah Siti
9) Ezzrin
10) Ain ( dalam proses pertukaran nama disebabkan penggabungan dengan satu wilayah, Wilayah Amir 8.3 daripada Persekutuan Kejuruteraan mungkin berlaku)
11) Syafinaz / rujukan Sejarah TESL menyebutnya sebgai Negeri Parmata- Intanis
12) Nihlah
13) Serambi Mekah Farhana

15.2 Pertukaran nama wilayah boleh dibuat semasa The Thirteen Chairs bersidang. Akan tetapi, harus memperoleh persetujuan ahli The Thirteen Chairs yang lain.

15.3 Pemegang dokumen sejarah Persekutuan TESL, wilayah Khairul , dan pemegang Kunci Suci Thirteen Ghosts, wilayah Irma perlu dimaklumkan akan perubahan tersebut.

Perkara 16 Ketua Wilayah - Wilayah Persekutuan TESL

16.1 Terdapat dua ketua dalam Persekutuan, Ketua Organisasi Akademik dan Ketua Organisasi Global.

16.2 Dipersetujui dalam mesyuarat pertama The Fourteen Fortresses (ketika itu), Ketua Organisasi Akademik ialah Wilayah Ezzrin dan dibantu Wilayah Lokman al-Hakim

16.3 Tugas KOA ialah menguruskan hal ehwal Persekutuan TESL. Tugas KOA tidak meliputi hak ehwal diplomatik.

16.4 Secara sebulat suara, Wilayah Nas telah dilantik mengetuai 13 Wilayah di atas faktor sejarah. Pembantu Wilayah Nas merupakan salah satu wakil daripada Perkumpulan TESL Junior.

16.5 Tugas KOG ialah menerajui Majlis TESL, gabungan Persekutuan TESL dan Perkumpulan TESL Junior. KOG menguruskan hal ehwal pengurusan organisasi ini dan mencadangkan aktiviti bersama antara dua negara.

16.6 Semua wilayah merupakan ahli Majlis TESL dan harus patuh pada keputusan Majlis Tertinggi Gagasan.

(Tamat Fasa 1 Penggubalan Perlembagaan Persekutuan TESL. Akta-akta TESL sedang diperhalusi dan mungkin dibawa ke The Thirteen Chairs sedikit masa lagi) .

- Wilayah Khairul, Persekutuan TESL -


Monday, September 29, 2008

Perlembagaan TESL 1

Perkara 1. Wilayah dalam Persekutuan

1. 1 Persekutuan ini dinamakan TESL yang merupakan singkatan kepada Teaching English as A Second Language. Penggunaan istilah TESL digunapakai untuk kedua-dua bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

1.2 Pengunaan istilah TESL digunakan sehingga May 2009. Sekiranya persekutuan berpecah selepasnya, istilah TESL akan diubah mengikut perubahan majoriti wilayah-wilayah samada ditukar kepada TESOL, TEFL, ESL atau kekal TESL. Perubahan dibuat di atas pertimbangan Yang Dipertuan Agong MARA dan melalui persetujuan 13 wilayah di mana undi akan dilakukan di Parlimen ( The Thirteen Chairs) .

1.3 Wilayah -wilayah dalam Persekutuan TESL ialah 13 ,(dengan pindaan disebabkan wilayah Rin bertindak keluar daripada persekutuan) . Wilayah-wilayah bersifat 'matriarchal' ialah 11 Wilayah manakala wilayah bersifat 'patriacrchal' ialah 2.

Perkara 2 Penerimaan Wilayah- Wilayah Baru

2.1 Di bawah titah Yang Dipertuan Agong MARA, wilayah -wilayah baru boleh masuk ke dalam Persekutuan walaupun dengan bangkangan wilayah-wilayah asal. Hal ini merupakan Kuasa Istimewa YDPA MARA selaku penaung Persekutuan.

2.2 Apapun, wilayah -wilayah 13 yang asal boleh bersidang di The Thirteen Chairs bagi membincang perkara tersebut dan mecadangkan resolusi.

Perkara 3 Agama rasmi bagi Persekutuan

3.1 Agama rasmi bagi Persekutuan ialah Islam.

3.2 Sekiranya wilayah yang baru masuk tidak mengamalkan agama Islam, wilayah tersebut boleh mengamalkan agama mereka secara damai dan aman di dalam Persekutuan.

3.3 Islam yang digunapakai di Persekutuan TESL ialah mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dengan penekanan dalam Quran, Sunnah Rasulullah, Kesetiaan terhadap Keluarga Rasulullah dan Sanjungan terhadap Para Sahabat dan Isteri Rasulullah.

3.4 Tertakluk di dalam perkara 3.3 , Persekutuan bersifat toleran dengan Mazhab Syiah Imamiah, Ibadhiah, Salafi jalur sederhana, selaras dengan Deklarasi Jeddah, Deklarasi Doha dan Amman Message.

3.5 Islam Liberal dan Islam Pluralisme tidak diterima di dalam Persekutuan TESL dan wilayah-wilayah dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran fahaman ini.

Perkara 4 Undang- Undang Utama Persekutuan

4.1 Perlembagaan TESL merupakan undang- undang utama dalam Persekutuan TESL. Sebarang undang-undang wilayah yang bercanggahan dengan undang- undang Persekutuan prlu dibawa berbincang di The Thirteen Chairs dan diperhalusi.

4.2 Undang- undang adat bebas dipraktis setiap wilayah masing- masing. Walaubagaimanapun, undang-undang adat tidak boleh melanggar undang-undang agama , menepati hasrat Perkara 3 Perlembagaan TESL.

Perkara 5 Kebebasan,Hak Asasi setiap Wilayah.

5.1 Setiap wilayah mempunyai hak autonomi bagi menguruskan wilayah masing-masing dengan berlandaskan Perkara 3 dan Perkara 4.

5.2 Kebebasan suara, kebebasan media, kebebasan beragama dijamin dalam Persekutuan akan tetapi tertakluk di bawah Perkara 3 , di bawah suara majoriti The Thirteen Chairs bahawa kebebasan itu tidak melampaui Perkara 3.

5.3 Sebarang konflik antara wilayah perlu diselesaikan di Mahkamah TESL.

5.4 Setiap wilayah tidak dikira bersalah sekiranya tidak didatangkan bukti-bukti kukuh dalam perbicaraan Mahkamah TESL dan mahkamah membuktikan bahawa mereka bersalah.

5.5 Hak asasi manusia dijamin oleh Persekutuan sepertimana dipersetujui OIC dan PBB.

5.6 Keputusan The Thirteen Chairs boleh dibatalkan dengan keputusan Mahkamah TESL.

Perkara 6 Kesamarataan Dalam Persekutuan

6.1 Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi Persekutuan.

6.2 Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa wilayah -wilayah dalam Persekutuan semuanya berdaulat.

6.3 Hasil mahsul Persekutuan dibahagikan mengikut kadar usaha setiap wilayah.

Perkara 7 Kebebasan Beragama dalam Persekutuan

7.1 Kebebasan beragama dijamin dalam Persekutuan

7.2 Sekiranya ada usaha oleh wilayah tertentu untuk mengembangkan fahaman yang bercanggahan dengan Perkara 3 Perlembagaan, wilayah-wilayah lain boleh memutuskan hubungan diplomatik dengan wilayah berkenaan atau memanjangkannya kepada Mahkamah TESL atau melaporkannya kepada YDPA MARA.

7.3 Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Perkara 8 Ketua Persekutuan TESL

8.1 Penaung Persekutuan digelar Yang Dipertuan Agong MARA , dan merupakan ketua bgai persekutuan.

8.2 Di bawah YDPA MARA, wujud satu majlis tidak tetap yang berubah dengan masa. Bagi tahun 2007-2009 , majlis tersebut ialah Majlis Kolej MARA Seremban manakala bagi tahun mendatang ialah Majlis Universiti Auckland atau Majlis Universiti Victoria Wellington . Majlis ini merupakan penaung kecil wilayah yang menjaga kebajikan setiap wilayah.

8.3 YDPA MARA, Majlis Kolej MARA Seremban, dan majlis-majlis yang lain bersifat neutral terhadap semua wilayah yang dinaungi, tanpa wujudnya ' bias' dalam layanan dan kebajikan wilayah.

Perkara 9 Parlimen ( The Thirteen Chairs)

9.1 The Thirteen Chairs merupakan nama rasmi bagi Parlimen TESL.

9.2 Nama ' The Thirteen Chairs' boleh diubah dengan undian majoriti di Parlimen, hanya apabila wujudnya wilayah baru .

9.3 Ahli Parlimen ialah seramai 13 orang, dan jawatan Ketua Speaker Dewan digilirkan oleh setiap wilayah dimulai Wilayah Lokman dan diakhiri Wilayah Khairul.

9.4 Parlimen akan bersidang apabila timbul keperluan untuk bersidang.

9.4 Bilangan ahli Parlimen TESL sama bilangannya dengan bilangan wilayah dalam Persekutuan.

9.5 Wakil-wakil separa-TESL boleh menjadi pemerhati Parlimen.

Perkara 10 Perundangan Dalam Persekutuan

10.1 Undang-undang dalam Persekutuan mestilah berlandaskan Islam, secara spesifiknya mazhab Ahl Sunnah wal Jamaah , dengan penghormatan diberi kepada fahaman-fahaman lain

10.2 Undang-undang Persekutuan mestilah bersifat memberi pengajaran, bukannya bersifat menghukum.

10. 3 Undang- undang TESL terdapat dalam Senarai Akta-Akta TESL yang dilampirkan.

Perkara 11 Mahkamah TESL

11.1 Mahkamah TESL terbahagi tiga , Mahkamah Majlis TESL, Mahkamah Matriachal TESL , Mahkamah Tinggi TESL.

11.2 Mahkamah Majlis TESL terdiri daripada YDPA MARA , Majlis KMS dan majlis- majlis lain yang akan bersidang dan mengeluarkan hukuman dan justifikasi terhadap kes kesalahan wilayah-wilayah yang serius, yang melanggar Perlembagaan TESL.

11.3 Mahkamah Matriachal merupakan mahkamah yang terdiri daripada 11 wilayah (kecuali wilayah Lokman dan Khairul) dan membicarakan kes-kes antara 11 wilayah matriachal sesama mereka.

11.4 Mahkamah Tinggi merupakan mahkamah yang terdiri daripada semua wilayah dalam Persekutuan TESL di mana hanya akan bersidang sekiranya wujud keperluan yang mendesak atau memerlukan 'interference' atau 'mediation' wilayah patriarchal.

Perkara 12 Bahasa Persekutuan

12.1 Selaras dengan istilah TESL, bahasa rasmi Persekutuan ialah Bahasa Melayu , dengan penekanan yang sangat tinggi terhadap lingua franca Bahasa Inggeris.

12.2 Galakan diberikan kepada wilayah untuk menggunapakai Bahasa Inggeris dalam perkara rasmi.

12.3 Pendirian wilayah Khairul dan wilayah lain untuk kekal menggunakan Bahasa Melayu dalam semua hal rasmi perlu dihormati wilayah lain.

12. 4 Bahasa Arab selaku bahasa Quran dan Islam mendapat layanan istimewa dalam Persekutuan , selaras dengan tuntutan Perkara 3.3

12.5 Semua bahasa dunia digalakkan untuk dipelajari .

( bersambung)

Kenangan Yang Menyesakkan Dada

Banyak 'fakta' sampai ke aku semalam. Memang terkejut sangat. Tak sangka bebenor aku. Nuqaba' pun ada. Habih suma keluar. Segala yang tersembunyi, segala citer, segala benda la. Ya Tuhan, dia menceritakannya tanpa sedikit sesalan plak tu.

Dan penuh perancangan. Aku benar -benar terkesan. Benar-benar. Dan sesungguhnya memori-memori itu amat menggamit rasa!

Saturday, September 27, 2008

Pengajaran oleh Tok

Alhamdulillah, aku dah sampai Ipoh. Pulang ke rumah arwah Tok ( nenek) memang sentiasa menimbulkan nostalgia. Dahulu, biasanya apabila pulang, aku akan salam mak lang n seterusnya salam Tok yang memang, samada dia sedang menonton TV atau sedang memasak.

Tahun ini, tak adalah lagi dodol kegemaran aku buatan Tok. Aku pun tak dapatlah merasa rendang ayam yang selalu Tok buat masa Raya ini. Selalunya, bila aku kata aku nak makan dodol ker, aku bawak la Tok ke Super Kinta tu, beli apa yang patut ( sekali dengan bahan-bahan untuk ketupat daun palas).

Tok memang banyak affect aku dalam kehidupan ini. Pagi-pagi, sebelum aku pergi sekolah rendah berbasikal ungu buruk tu, aku akan turun amik nasi lemak kat Tok dulu. Tok jual nasi lemak. Banyak orang suka beli nasi lemak dia. Dan Tok pun agak generous. Nasi lemak dia boleh tahan banyak diberikan. 5 kupang pun kenyang alhamdulillah. Tok amik untung sikit-sikit. Dia dah tua, tapi dia masih nak kerja.

Tok dari dulu hidup susah. Tokwan cuma nelayan kat Kuala Sepetang Taiping tu. Ada hari makan nasi, ada hari makan lempeng je. Bila Tokwan meninggal, Tok berhempas pulas menoreh getah amik upah kat orang . Mak aku pun tolong sama.

Bila aku dah sekolah menengah, tok cukup bangga bila tahu yang aku masuk sekolah agama. Sungguh. Tok buta huruf. Aku pun tahu, bacaan Quran yang tok hafal pun tak lah betul sangat sebutannya. Bila aku balik cuti kat kampung, kami duk sembang2 la sambil dia tanya " betui ka baca 'patihah' camni? Dan aku betul2 la mana yang patut.

Dia tak pernah merasa naik kapal terbang. Dan Tok selalu cakap nak merasa tengok Kaabah. Aku tahu dia sakit lama dah, cuma dia tahan-tahankan taknak bagi anak cucu dia risau. kami semua tahu. Kadang-kadang sebak tengok Tok bangun pukul 4 pagi, bersiap-siap buat bahan nasi lemak. Umur dia dah 60 lebih, patutnya dia boleh hidup dengan bantuan anak cucu dia ja. Tapi dia takmau.

" Tok teringin nak naik kapal terbang. Kalau Tok tak dapat naik pun, tengok along naik kapal terbang luar negeri kat lapangan terbang pun jadila". Dan Allah lebih mengetahui, Tok pergi meninggalkan kami sewaktu aku masih lagi dalam A-Level di Malaysia.

Tok meninggal dalam koma. Dan dia menghembuskan nafas terakhir hanya di hadapan aku seorang. Yang lain-lain semua menunggu kat luar bilik pesakit. Rezeki aku, aku bukan anak dia, bukan cucu pertama dia ke apa, tapi alhamdulillah akulah yang paling banyak meluangkan masa bersama dia masa dia kat hospital sampai dia meninggal dunia. Dan mendengar dia mengalunkan kalimah Allah setiap kali aku mengajarkan dia ( masa dia masih sedar , belum koma ) sudah cukup membuat aku rasa bersyukur, lega.

Tok buta huruf, Tok tak pernah belajar secara formal, tapi Tok tak macam sesetangah orang yang berpendidikan, ada yang hasad dengki , bergaduh. Tok tak cari pasal dengan orang, dia tak pernah simpan dendam, orang buat apa kat dia pun Tok sabar dan redha dengan dugaan Tuhan. Tok tak tahu pun hadis tu apa, bukhari muslim tu siapa, atau ada mazhab lain selain Mazhab Syafii. Tapi, cara Tok jaga hubungan antara manusia sesama manusia lebih baik daripada sesetengah orang yang ilmu tinggi melangit.

Aku tak pernah cakap "aku sayang ...." in front of sesiapa, even my mum. Tapi buat Tok, aku tak kata aku sayang lagi, aku cakap yang " aku hormat kat Tok" dan walaupun Tok buta huruf, kerjanya hanya menjual nasi lemak, Tok merupakan contoh idola aku selepas Rasulullah dan Ahlul Bait.

Semoga roh Tok dicucuri rahmat dan diampunkan dosa, dan Tok tergolong di antara golongan Muslimin yang bergembira di akhirat. Al-fatihah.



Friday, September 26, 2008

Manusia

Manusia
Keinginan yang membutakan batasan
Kesetiaan yang menyeksakan
Kebodohan yang disembunyikan
Keegoan yang jarang disebut-sebut
Keyakinan yang tidak berpremis teguh
Jiwa yang keliru akan jalan
Yang padanya dua sahaja
dan sentiasa hanya dua itulah.
Manusia ini manusia juga
Hilang kemanusiaan cuma.

Thursday, September 25, 2008

Tahniah


Buat teman sebilik aku, Aizzuddin Rosli , pelajar Kejuteraan A-Level Kolej MARA Seremban, tahniah kerana mendapat penghargaan daripada CIE. Tahniah atas kejayaan anda menjadi antara The Best in the World For AS Mathematics.


Sesungguhnya semoga kejayaan ini dapat menyemarakkan lagi semangat kita semua untuk berjaya.


Tahniah.

Wednesday, September 24, 2008

Parti TESL



TESL buat sekian kalinya telah membuat parti. Akan tetapi, demi menepati mood ramadhan, ia telah ditukar kepada moreh Ramadhan dan diisi dengan tahlil. Menu-menu moreh ialah


a) Spaghetti Bologgnaise disediakan Chef Nasihah, Chef Intan dan pembantu-pembantu chef lain

b) Fries yang ditambahkan melted cheese diatasnya,disediakan Chef Ain , Chef Nihlah dan lain-lain

c) Desert ( puding kastard, jeli), disediakan Supreme Chef Jessnor Ezrin , Chef Intan dan lain-lain

d) Air anggur hitam, hasil usaha Chef Intan, Sdr Lokman

e) Snek , tajaan Sdr Wankhai


Upacara bermula dengan bacaan al-Fatihah, diikuti tahlil ringkas buat arwah-arwah keluarga TESL batch 8. Kemudian para tetamu mengambil makanan yang disediakan. Jamuan pun dimulakan dengan bacan doa oleh Lokman. Atas sebab-sebab yang tertentu, pihak kami tidak dapat memberitahu isi-isi perbualan kami, demi menepati Akta Kesopanan Media Perlembagaan TESL.


Akan tetapi, antara perkataan yang popular:


k**t*t, Jess punya kawan, spagghetti sedap, k*r*k *i*i,

Permohonan Maaf

Dengan ini, pihak tertuduh,saya Wan Khairul Nizam bin Wan Khalid, pemegang kad matrix ALT07007 Kolej MARA Seremban mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada pihak Cik Adila Farisah, atas kesilapan mengeluarkan kata-kata yang mampu menyinggung perasaan plaintif.

Permohonan maaf ini dikeluarkan atas kesedaran pihak tertuduh, dan pihak tertuduh telah berjanji untuk membayar saman malu yang dikeluarkan pihak mahkamah, di mana mengikut Akta Kata-Kata Menyinggung Perasaan Perlembagaan TESL, plaintiff boleh menyaman tertuduh dengan tanggungan perbelanjaan di Mahkamah Ampangan ataupun Pusat Serenti McDonald's atau KFC.

Sebarang kesilapan adalah amat dikesali pihak tertuduh. Harap maklum.

Bising

Susah sangat ke nak hormat orang lain? Tahulah bijak, inovatif. Memang idea menarik tukarkan bilik rekreasi itu jadi bilik main ping pong. Menarik, menarik. Tapi apa kejadahnya main pingpong pukul 2 pagi. Orang nak tido.

Aku nak tegor kata bodo, yang main-main tu 14,15. Aku ni tak lepas pun 13. Aku sedar tang tu. Entahla. Kesedaran sivik takdak kot. Kalau hubungan manusia sesama manusia pun takleh jaga, macam manala nak jaga sebuah masyarakat. Duk kalut pemimpin korup semua, tu pasai tak fahami rakyat la tu.

Tapi, ia bermula dari awal. Kalau hati kawan pun tak reti nak jaga, takyahla pikr masyarakat. Pikir diri sendiri la jadinya.
Aku pun sama, aku mintak maaf. Tu jelah.

Luahan rasa orang yang panas hatinya.

Monday, September 22, 2008

Izdihar Oh Izdihar


Saya ada kawan. Nama dia Izdihar Zuhdi. Budak-budak KMS suka panggil dia Kaka. Saya tak nampakla mana-mana ciri-ciri fizikal Kaka, pemain bola popular tu kat dia, so, saya panggil dia Iz. Iz Nampak macam lagi sweet kat dia. Rupa-rupanya, kat SBPI Gombak dulu orang panggil dia Iz jugak, so okayla saya panggil dia camtu.Saya tahu, Iz tu baik orangnya. Kadang-kadang innocent gak. But not that innocent. Memangla, budak sekolah agama kan. Alhamdulillah lah kan, anak ustaz.


Oh ya, kenapa saya bukak cerita pasal Iz? Macam ni, saya ni kaki gossip juga. Sekali tu saya buat-buat lawak pasal Iz dan Maya, saya cakap kat Iz yang Iz mesti nak kawin orang jauh-jauh. Iz cakap mestilah, saya tanya Maya ke? And dia kata Kompem. Saya tahu dia buat lawak, tapi as saya pun suka buat lawak, saya gosipkanlah Iz dengan Maya. Dan macam bese, saya buat lawak hardcore skit. Saya hebohkanlah kat satu kelas TESL. Hahaha. Lawak rasanya mengenang semua ni.


Iz takes things seriously. Saya tahu Maya pun rileks-rileks saja semua ni. Iz nak deny semua gossip yang saya buat, dia siap YM Maya lagi, struggle cakap kat dia yang dia takdak pun camtu. Siap cakap yang saya yang sebenarnya suka kat Maya.Haha. So sweet. Semua orang patutnya sedar yang saya buat lawak jer. Kan?Tapi lama-lama fikir, saya rasa kesian pulak kat Iz. Yalah, budak-budak baik camtu, takleh kacau lelama. Kesian dia.Macam nilah, saya pun nak tolong Iz.

Ni kenyataan rasmi saya:
Izdihar Zuhdi takdak simpan apa-apa perasaan pada Maya, setakat yang saya tahu la.


Saya suka pekena Iz, sebab dia selalu react to my pekena. Tapi yang penting dia seorang budak yang baik. Among budak yang paling baik pernah saya jumpa. Dia antara orang yang istiqamah subuh di surau setiap hari. Kat rumah di Selayang tu, saya tahu dia selalu berjemaah di surau. Semalam lagi jumpa dia saf pertama solat Isya’ kat Masjid Firdaus Bandar Baru Selayang tu. Lengkap berbaju Melayu dan berkopiah. Saya dating pakai t-shirt dan seluar jeans jer. Dia datang, sendiri, bawak keta dia.


Iz bagi saya serba cukup. Malah, dia sangat cukup untuk jadi calon suami. Yalah, materially and spiritually, he is well equipped. Anak ustaz, pandai, alim dan pelajar sekolah agama, dia jugak insyaAllah naik haji tahun ni. Bab material pulak, dia dah ada sebuah kereta Toyota Vios atas nama dia, and bakal menerima tanah kat Kelantan nun. And as dia ni bakal engineer dan pandai pulak tu, saya rasa dia insyaAllah bakal menjadi orang yang berjaya di masa hadapan. Ditambah pula dengan kebolehan berbahasa Inggeris dan Arab yang baik, insyaAllah sukses.
Antara semua orang yang jadi kawan-kawan saya, kalau Izdihar cakap kat saya yang dia nak kahwin, saya pasti akan menyokong dia 100% kerana saya tahu, dia mampu dan dia ada kualiti. Tanah ada, kereta ada, iman ada, kebolehan bahasa ada, kepandaian ada , rupa pun ada. Okay la tu.


Saya buat contoh izdihar sebab saya rasa , kita ni manusia yang suka kepada kesempurnaan, dan saya rasa in a way, izdihar ada certain qualities as a good engineer, and husband. Malah, kalau Maya tetiba suka kat Izdihar ker, saya sokong 100%. Tapi saya tahu mereka tak ada apa-apa. Kalau saya ada adik perempuan yang muslimah, mesti saya nak Izdihar jadi adik ipar saya.
So, kalau berkenan kat Iz ,cepat-cepatla isi borang yer.

Khairul, Outing dengan Khairul.


Aku temankan Khairul M31 gi Seremban Parade. Cari baju raya dia ngan aku skali. Dia nak cari baju kat Reject Shop. Aku nak pegi Parkson cari t-shirt. Ayah bagi duit. Ingat nak beli seluar jeans dan t-shirt. Khairul actually cari-cari gak baju yang dia nak beli tu kat Parkson, tapi at first dia tak jumpa. Kami pun pergila balik ke Reject Shop beli baju paten tu. RM60.
Alih-alih masa my turn lak beli baju raya, kami terjumpa baju yang kami cari tu. Kat Dapper Club. Dan harga dia Cuma 30 ringgit something, dan lagi lawa2, dan lagi banyak color. Haha. Khairul dah sedih.



“Ni semua Wankhai punya salah la. Kalau tak , kita dah dapat satu baju t-shirt lagi.”



Haha. Kesian Khairul. Sori ya Khairul~ tapi kalau saya takder tadi, awak tak semestinya jumpa kemeja2 ni. Haha. Macam mana boleh terlepas pandang tadi. Mujur lawa gak yang beli 60 tu, walaupun daripada Reject Shop.



Ingat nak tangkap gambar dia kat fitting room try baju tu. Tapi dia malu. Poyo. Haha. Kami gi T1, ingat nak cari seluar jeans lagi sehelai, tapi macam tak lawa jer. Khairul lak nak gi ATM. Alih-alih kami pergi Bank Islam. Sebelum sampai KMS, Khairul lak temankan aku gi Klana Resort, gi beli kek kat bakeri situ.



Harini, beli:



a) 2 helai t-shirt Diesel
b) Sehelai Jeans Diesel
c) Biskut Famous Amos
d) 2 slice kek di Klana Resort Bakery



And these all cost me 170. Hahaha.Urm…Thanks ya Khairul coz outing sesama.


Boling dan Shopping Raya






Hari Jumaat, budak-budak yang duduk dekat ngan Seremban selalunya balik rumah. Dan ada kes kronik di mana mereka pulang sebaik sejurus Solat Jumaat habis di masjid dan pulang ke kolej tengah malam buta Hari Ahad. Oh please.


Budak-budak main bowling. Aku ikut ajer. Ingat nak tengok-tengok ajer macam sebelum ni jer. Dah dorang ajak main, aku ikut jela. Main 2 game ajer. Ramai-ramai main, ada kot 4 lane budak2 ni main. Kami orang main cross lane.


Aku ni bukannya terer main bowling. But at least, I don’t suck la in bowling. Paling kurang dapatla 100 setiap kali main. Ok la tu. Hehe. Kengkadang, kena social gak ngan budak-budak ni. Ni aku ikut ni coz teman Khairul Afif, dia nak pi beli baju melayu Raya kat KM Mall.


Well,as aku balik Hari Sabtu, aku teman jela dia. One thing with Afif is that he is very picky. Berjam la kalau kuar beli baju dengan dia. Well, he’s that appearance conscious pun. Can’t blame him for that. Biasala orang yang ada awek, have to appear macho and tip top setiap masa. Hoho.
Aku hampir pitam petang tu. Maybe sebab letih main boling dan jalan-jalan banyak. Now, I wonder macam mana makcik-makcik kita tu boleh berjalan jauh ( sampai 3 shopping kompleks + jalan TAR ) dan menjinjing cadar-cadar baru dan berhelai-helai kain ela.


Mungkin semangat raya kot. For me, 2 games of bowling are enough to kill me in this Ramadhan.

Berbuka Puasa Di Rumah



My mum never says that she loves me, and I also never say that I loves her. That is damn awkward. But I know, she shows that she loves me and cares for me through her cooking. And I show my love to her through finishing the dishes.



Now, now, as my adik2 tak ada kat umah, and my father ada operasi, it’s me and my mum only. Guess what, these all are food for two. Now now, look at how spoiled I am.



Habis semua ini, my mum even buat caramel puding. Aku cakap kat dia yang aku ngidam Puding Karamel. Dia siap kol makcik aku kat Pandan Indah tu Tanya resipi. Haha, ambik, 8 slices of Puding Karamel just to myself. Dia tak makan pudding tu pun. Huhu. And then, my mak tiri and adik2 pompuan aku balik dari berbukak kat luar. And dia bawak balik Ayam Golek, dan buah pauh. Hahahahaha. Ni baru balik sehari ni. Kalau hari-hari bukak puasa kat rumah, matilah aku..


I'm grateful to my mum. Really.


Friday, September 19, 2008

Konon Kami Ignorant, Kononnya.


Kadang-kadang kita rasa lemas. Yalah. Dengan isu yang diulang-ulang, terutamanya diulang-ulang di bilik sendiri, oleh bukan penghuni bilik. Yalah. Mereka sangka mereka serba tahu atau serba benar. Aku pun tahu tidak semua yang aku tahu boleh jadi kebenaran. Yalah. mereka mungkin sangka kami ini bukan pengikut berita semasa. Yalah, mungkin mereka ingat kami ini tidak ada kesedaran politik. Karpal Singh itu sendiri setiap hari membaca Utusan, samalah aku. Aku bukan hanya pembaca harakahdaily.net, malaysiakini.com, perakexpress.com, aku membaca Utusan, Kosmo!, NST hampir setiap hari. Terdedah dengan info dua-dua belah . Siapa sekarang yang hanya sarat dek info satu bahagian sahaja?


Seolah-olah politik itu asas aqidah. Syiah yang salah satu asasnya Imamah pun mungkin jadi jelek dengan Malaysia's politics. Yalah, politik yang tidak ditunjangi Allah, Quran yang kalau gini caranya, sudah tentu tak diterima Allah dan Rasulnya.


Bilik aku ini aman sekali dengan percambahan intelektual yang slow dan steady. Kami bukannya fanatics. Dan tidak ada sebab untuk kami jadi fanatics. Jangan hanya melihat politics dan media menerusi satu dimensi. Lihat apa kata Gramsci, apa komen Feminist, apa argument Pluralist dalam politics and media ini. Kalau nak kompleks lagi, boleh saja rujuk apa kata Baudrillard dan buku puak-puak Post-Modernists yang lain. Bukan TESL saja yang perlu belajar Sociology. Political Science itu penuh dengannya. Augusto Boal, tokoh sastera Brazil yang muncul dengan teori "teatre for the oppressed" and "breaking the fourth wall" itu, orang sains.


Bukannya budak Engine atau budak Medic takdak kematangan. Lampirkan kematangan dalam pemikiran politik anda. Jangan jadi rakyat biasa yang melihat politik sebagai BN menindas Pakatan Rakyat sahaja, atau PR itu kerjanya membohong ajer.


" Power corrupts".


Jangan jadi fanatik UMNO yang dok dengan konsep "mengenang budi parti selama 50 tahun". Jangan jadi fanatik PAS. Jangan lupa, PAS gerakan islam pertama parti politik kedua. Mana semangat dai'e ahli-ahli PAS? Ni pasal usrah PAS dah umbang-ambing dek keadaan semasa ker? Saya wallahualam hanya speculate , sumpah saya tak tau apa. Jangan jadi fanatik PKR, PKR tu serupa UMNO jugak, cuma takdak kuasa. Sekularis berlambak-lambak dalam parti tu. Macam UMNO jugak. Zulkifli Nordin tu apa sangat dalam parti.Ni semua, ni semua aa...


pakai akai....


Kadang-kadang aku tengok politik malaysia ini, sebijik macam kawanan anjing menghurung bangkai ( bak kata Faisal Tehrani la). Nyampah.


TESL's Kodak Moments


Budak TESL ini kalau kami ni tak active, kami ni hyperactive la. Passive never exists in TESL's life. Manakan tidak, time Mathematics pun most of us akan give damn full attention, though somehow aku nampak cam tekun, sebenarnya tengah memahamkan apa yang Teacher Ririn tengah melalut ni....

Nak dibuat cerita, kami ni memang selalu merayau. Projek ada 2-3. Lucy Gray, The King and I, Merdeka Night, tapi mesti kalau tangkap gambar, tak cukup 13 TESLian.Mesti tak cukup satu atau dua orang.Aih, ni tak boleh jadi ni. Alang-alang hari Jumaat, ada test agama jer , and satu jam lebih before ceramah lak,baik tangkap gambar satu kelas. Yelah, mana tau ada apa-apa ker. Aku pesan kat Maya, dan Nila wat announcement kat blok dia.

Ditakdirkan.

Ada budak takdak mood la. Socio tak siap lak. Aku memang tak ingat apa pasal assignment socio to begin with, kalau tak memang aku tak mintak tangkap gambar hari ni. Yang bangun lambat, pakai tudung bese2 jer. Aku tengok sama jer. Apa baju cantik or tudung cantik pun aku taktau. Sama ja kat aku. Lain ar kalau tiba-tiba baju kurung terbelah dua ka, ni aku pun seriau......

Antara gambar-gambar yang berjaya diambil oleh jurufoto separa profesional separa hentam sajerla , Juju, my roommate:




Antara semua gambar , aku paling suka gambar ni. Tak cukup 13, tapi nampak cambest jer gambar ni. Nila bajet model! Wakaka. Jess! Ko block aku!


Gambar-gambar boleh menjadi satu kenangan. Semestinya. Yalah. Bagaimana kiranya ingin membuktikan bahawa satu masa dahulu, kita pernah slim dan bergaya sakan dengan baju kurung bersaiz S? Bagaimana nak meyakinkan anak-anak kita yang sceptic itu melainkan dengan bukti yang terang dan nyata? Yalah, anak-anak kita mungkin kata kita buat Photoshop, tapi itu kes terpencil. Macam mana pula kalau kita nak tutup mulut jiran-jiran kita yang kata kita dulu gemuk gedempol semasa remaja, hisap dadah banyak tu kurus tu. Hah, dengan gambar lah. " Ni lah saya semasa saya di Kolej MARA Seremban dulu. Ni kawan-kawan saya. Yang ni mengajar MRSM Kuala Krai, yang ni mengajar MRSM Lenggong, yang tudung pink ini skang Penolong Kanan kat MRSM Balik Pulau, ha, dan yang KURUS,SLIM lagi BERGAYA tulah saya".









Selamat Hari Lahir


Kepada saudara Shahir pelajar Perubatan tahun Kedua Program International Bacchalaureate Kolej MARA Seremban,

Selamat Hari Lahir.
Tiada hadiah mahal,
Tiada ucapan puitis.
Tiada suprise
Tiada tons of wishes.
Just..

Selamat Hari Lahir.
Yours truly,
wankhai

Agama.Done With

Masuk ke dalam dewan dengan hati yang bercelaru. Ya, menyesal gue. Di kala manusia-manusia lainnya menelaah buku agama, gue menyibukkan diri dengan menonton TV. Sudah, test pukul 8. Bangun pukul 7. Sejam untuk bersedia? Huhu.

Jual-beli itu topiknya luas sekali. Tidak kuasa aku nak habiskan. Masuk-masuk dewan pagi tadi, woho, 3 helai kertas dibagi tu. hai, macam esei GP ker? Alih-alih, sehelai jer kertas soalan.

a) Rukun-rukun jual beli
b) Syarat-syarat sah jual beli beserta huraian ringkas.

Ceh, kalau aku tahu, takdernya aku struggle menghafaz sampai ke jual-beli urbun ka, jual-beli fudhuli ka. Haha. Aku siap terbaca riba' lagi. Aiya.Apalagi, setakat mana aku ingat dan paham pasai soalan ni, aku tulis aja.huh.

"Ilmu ini letaknya di dada, bukannya di buku-buku."

Cewah. Alasan aku je tu.

Sad~


Huh, something gone wrong with the TESL Gives Back plan. Guess ada ker takder taktau la. Hope Intan may come up with any kind of charity program. As a TESLian, I think we all should equip ourselves with such skills on how to organise events etc. Perhaps, one time,when we all have become teachers, senang nak organise ni semua. takdakla terkial-kial nak gi tanya cikgu2 senior. dapat pulak yang sombong. isk, tak kuasa aku.

Thursday, September 18, 2008

TESL Gives Back


Kelab TESL senior ingin membuat satu aktiviti amal. Apa dia, aku pun tatau lagi. Tapi insya-Allah jualan amal ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kita semua. Semoga kita memperoleh bonus Ramadan yang diidamkan..err, ya, walaupun tangan masih memegang Galaxie, Hot atau Cleo di kala manusia sedang bertarawikh. Harapan masih ada,pastinya.

Muhasabah,muhasabah.
Moga-moga jadilah aktiviti ini .Amin.
Kepala program :Lokman. Orang kuat : Nina dan Intan

GP. Over.



Well, aku habih pun jawab GP. Soalan sama lak tu. Tak sangka gila aku. Wakakaka. Huh, tapi sebelum test ,aku dan the math repeaters dok sibuk wat math, dari kul 8.30 pagi lagi. Gila. Huhu.

Banyak gila aku dah lupa math ni. Especially those vector and integration tu.Rasanya aku okay jer integration sem lepas. Urm,nampak sangat aku kena menyelongkar balik fail-fail math aku tu.

Tapi serius ngantuk. Lokman lak pasang lagu-lagu oldies. Hohoho.
Btw, aku dapat D for my socio. Guess luck next time.

Wednesday, September 17, 2008

Room Cleaning

Semenjak mid sem test started ni, huh, bilik aku cam tongkang pecah, well, to me la. Kawan-kawan aku kata macam bese jer. Normal bujang room. Hell no. Normal apanya kalau gini. Aku sampai terbawak-bawak la dalam sembahyang Isya' yang Ustaz Sofi imamkan tadi. Tak senang hati tinggalkan bilik camtu. Dengan baju , buku bersepah. Urgh, aku rasa bersalah!

Habis wirid, terus aku chow. Tak guna kot semayang tarawikh kat surau kalau aku asyik teringat jer bilik aku tu. Ni ar bilik aku sebelum kerja pembersihan dilakukan:


Mula-mula, aku kemas buku-buku dan kertas-kertas assignments/essays yang bersepah kat lantai. Banyak gak. Kertas-kertas yang aku selongkar from setor blok Ahad lepas aku masukkan balik dalam stor. Fuih. Lega. Aku kumpul semua Kreko, Arena Komik, Galaxie, Hot aku and masukkan dalam bekas . Susun-susun semula buku-buku yang ada kat rak tu. Baju-baju semua aku gantung dan lipat. Alat-alat kebersihan diri susun leklok balik. Utensils dikumpulkan dan dikutip from lantai-lantai tu. Penuh dustbin.

Aku keloi Juju kat sebelah bilik. Ajak dia tolong aku bersih bilik. Alang-alang kemas buku dan loker aku, baik aku clean satu bilik terus. Tengah-tengah Juju mencari penyapu kat aras atas, aku lak sibuk mengemas katil kami dua. Stretch balik cadar, lipat selimut ( Nazirul tido bilik petang tadi)and aku sempat la cabut-cabut plak yang tak guna. Juju then menyapu. Aku lak berlari gi blok IB, bagi sijil MPP Shazmin and pulang balik buku Razzini.( Thanks Razzini)

Balik bilik, Juju is still sweeping the floor. Tapi dia dah buat dah air untuk mop lantai. Habis-habis dia sapu jer, aku lak mop lantai. Haziq Rambut datang bilik. "Wargh, semangatnya.".Huh. Ini semangat? Kalau semangat betul, kipas dan tingkap aku nak lap tang tu jugak. Huhu. Aku pun melihat kipas bilik. Juju pun. Dah aku tercakap pasal kipas tadi.Huhu. Aku ajak Juju bersih kipas Ahad ni. Okla tu. Dah sebulan tak lap kipas tu.

Huh. Kembali pun bilik aku ke keadaan yang asal.








Aku gembira , memang gembira. Now, baru leh terawikh dengan tenang. Tapi sendiri-sendiri la.

Geram

Dia suruh aku setia dengan dia konon. Bullshit. Sudahlah, aku kenal ko dari dari dulu lagi. Aku dah tak makan dah dengan pujuk rayu ko tu. Ni, dengan mata kepala aku sendiri aku nampak ko 'curang' dengan si lagi satu tu. Still, ko bagi alasan yang bukan-bukan, konon tak berniat la, dia yang seduce la, ke apa.

After 3 years, baru nak cari aku balik? Maaflah. I have changed. And it is a change for the better. I think you should change too. Still, ko sanggup cakap "ko hutang budi banyak kat aku, wan. Ko kena ingat tu". Damn. That's why I hate terhutang budi kat orang. But to begin with, apa sangat yang aku hutang kat ko sampai semua rahsia aku ko nak tahu? Sampai ko aku reveal semua nama? Ni bukannya peralihan kuasa ke apa. Aku risau something happened to them if u know all this. Please, that's the dark life we all have gone through. Can't we let past be past and reborn a new person?

I am sad on how you treat me. And I thought I am your friend. Guess I'm wrong. I'm just a stupid tool to you right? Please, leave me and my secrets alone. We all know how painful it is. I don't want to remember it anymore.

Mathematics. Done With


Soalan Math memang susah walaupun hanya standard P2.Well, to me. Kalau budak Engine tu, dorang maybe akan cakap "adalah yang susah", "susah gak ar", "boleh tahanla", or " mencabar". Me, just a simple word, "susah". Done.


I expected it to be this hard. Tetapi as I mentioned before,what most important to me is that I do not regret answering it. It doesn't happen here. Ada soalan yang aku carelessly lupa. Bawak naik atas pun boleh lupa~aiya. Ada soalan yang aku tahu aku mampu buat, tapi aku sanggup tinggalkan sebab yang susah tu lagi banyak markahnya. Wrong move there. Akhirnya tidak dapat jawab dua-dua.


Sedihnya aku. Balik-balik bilik. Beg dicampak terus terjun atas katil. I tried my best , I think. I slept at 1 am , enduring this painful headache that I suffered since yesterday for this. God bless us all. I did show my best intelectuality in Maths, but to no avail.Muhasabah, muhasabah. Wankhai, there's still a long way for you to improve.

Study Mathematics di Bilik Rekreasi


Aku memang sedar yang I'm not really good in numbers. But it doesn't mean I shouldn't care for this crucial subject for my A-Level. I like learning Maths, really, I'm serious in learning it but to answer the questions, that's the problem.Maybe if I join these Engines studying Math, I might get some kind of help.

It's typical Recreational Room aka Study Room now atmopshere. Noisy and lively as usual. Orang-orang yang sama. Dok sembang pasal peralihan kuasa tu jela. Jadi ke idak aku buta dono gitu2 aja.Antara muka-muka biasa..



I don't hope really much on Maths. At least, I pray that I know what I'm doing. A atau B not really matter to me this time. AKu cuma tak mahu menyesal masa jawab soalan ini. Tu aja.Itu sahaja. Tapi....

Pengunjung Bilik


Budak ini memang kadang-kadang datang melawat bilik aku. Aku ajak baca buku sastera BM aku yang belambak-lambak ni taknak baca pulak. Dia ni lainla sikit kiranya sebab usually orang datang bilik aku pasal:
a) baca Kreko atau Arena
b) aku ajak dorang join pesta makanan aku
c) pinjam buku-buku aku
d) join aku layan movie kat laptop
e) or simply jumpa Juju atau aku atas sebab-sebab tertentu
Dia ? Ntah, Huhuhu,Best dan sejuk katanya. Ntah betul entah idak. Aku rileks jer. Panas je aku rasa bilik 005 ini. Banyak dosa kot aku ni. Disebabkan katil aku dan juju bercantum, sekali tido 3 orang pun muat. Dan budak ni tido kat tengah-tengah. Well, tekala saper dia.

Tuesday, September 16, 2008

Peralihan Kuasa



16 September 2008.




Peralihan kuasa dikatakan akan berlaku.Selaku a Malaysian, definitely I am curious. Aku tidak menyokong mahupun menentang peralihan kuasa ini. Bertukarlah. Tukarlah kerajaan kalau Islam mahu dilaksanakan. Tukarlah kalau sekularism yang membiak di Malaysia dihapuskan. Tukarlah kalau dengan pertukaran ini , rakyat Malaysia mampu berada lebih dekat dengan Tuhannya. Bertukarlah kalau dengan perubahan ini, Allah redha akan pemimpin-pemimpinnya. Tukarlah kalau Islam jadi tunjangnya, kebajikan rakyat jadi prioritinya, dan Allah dan Rasulnya jadi asasnya. Alihkanlah kuasa pemerintahan sekiranya kalau bertukar, semua rakyat mampu makan 6 kali sehari.




Bertukarlah kalau dengannya, institusi zakat lebih efisien, ulama-ulama lebih tinggi keilmuan disebabkan tiada political interference , baitulmal diselengara baik dan kutipan cukai dilakukan dengan lebih telus. Dan moga-moga, bertukarlah kerajaan ini dengan niat kerana Allah taala, demi Allah taala dan untuk Allah taala.






Jikalau tidak, sama jugaklah nasib puak-puak ini 50 tahun akan datang, dijatuhkan dengan hinanya atas dasar kepentingan rakyat.Dan 50 tahun akan datang itu, jatuhnya lebih hina.

Literature. Over




Soalan Literature in English yang berbunyi:

a) ' I partly think
A Due sincerity governed his deeds
Till he did look on me.'
How 'sincere' do you find Angelo in Measure for Measure?

b ) Write a critical appreciation of the following passage, commenting in particular on its dramatic importance in the play.( Act 2 Scene 3)

Huh, A macam senang lagi, tapi aku tak hafaz sangat line yang ada kaitan dengan tu. B pulak apa kejadahnya ni? Nak tak nak kena buat B la..Aiseh.Literature in English yang menyesakkan dada. Shakespeare oh Shakespeare. Aku fikir concept of authority, disguise and treachery. Tu pun on the spot. Dan aku tak yakin samada concept ini boleh diterima. Nina's concepts I think are better. But well, it is expected to do badly in this test. Math esok~

Selamat Hari Jadi



Kepada kawanku Acha, yang terer giler,
Selamat Hari Lahir.
Semoga 19 tahun kehidupanmu ini ialah barakah, dan 19 tahun akan datang diberi rahmah.
Semoga kamu menikmati 'the last teen' ini.
Dan janganlah malu-malu pulak kalau nak meminjam Galaxie atau Hot. Pintu bilikku masih terbuka untuk orang-orang tua seperti kamu. Huhuhu.


Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Acha,
Happy birthday to you.


Selamat menyertai "kelab orang -orang tua".

Suasana Study di Bilik Rekreasi Blok Aminuddin


Batch 8 Engineering bukan calang-calang batch. Aside that diorang suka bajet gay and bermanja-manja yang kadang-kadang even I think that it's too much,huhu, diorang memang rajin study. Bilik rekreasi saban hari penuh dengan muka-muka mereka yang tekun menuntut ilmu. Walaupun hakikatnya kami juga bergosip-gosip mengenai perempuan, mengenai perubahan kerajaan 16 September atau Momo yang dikatakan ' pretty boy type(is it?)', tapi rumus-rumus subjek Fizik yang mereka bakal duduki ujiannya pukul 11 pagi ini tetap menjadi zikir di bilik ini. Kewujudan Wankhai hanya sebagai pelengkap satu batch 8 sahaja.


Muka -muka familiar di bilik rekreasi:

a) Max
b) Amir Ain ( pukul 12 kata letih study nak tido, pukul 1 baru masuk tandas gosok gigi, erm, apa dibuat sejam tu ntah,hahahaha...)
c) Hariz bekas roommate ku
c) Faizi tukang bicara politik
d) Ayie tukang imarah surauku time maghrib(huh!)
etc
Satu jugaklah masalahnya,bilik ini sudah menjadi sangat bujang.Faham-fahamlah sendiri.

Monday, September 15, 2008

Bahana Kemajuan


Kolej MARA Seremban merupakan bekas Maktab Rendah Sains MARA. Kolej ini ditubuhkan untuk melahirkan tenaga kerja profesional MARA atas semangat Dasar Ekonomi Baru. Kolej ini terkenal dengan kehebatan seni binaannya, penggunaan teknologi yang futuristik dan bangunan yang cantik dan anggun(kerana dicat setiap tahun dengan cat mahal Nippon Paint ).


Atas sebab itulah, aku berpanas di bilik 202 ini. Lampu dan kipas ok. Tiba-tiba air-cond off. Terpacul ungkapan kekecewaan la daripada budak-budak TESL di bilik ini. Siot betul. AIr cond coklat tu, tengok pun tahu. Air-cond zaman P.Ramlee dulu.

Lokman dan konconya, Jess


Lokman dan Jessnor sedang buat perkara merapu. Taulah tensen Socio. Dibukaknya lagu-lagu raya evergreen kat kelas 202 ini. S. Jibeng, P. Ramlee, Aisyah, semua keluar. Haha.


Adeh.

Anyway, i think that lagu-lagu raya dulu lagi best dari sekarang. Sekarang ni, lagu rock raya pun ada. Merapu apa ntah. Taknak aku hangguk-hangguk kepala pagi-pagi raya aiyh.


Socio. Over.


Huhu. Hari Isnin. Exam Socio sudah habis. Soalan 10 ajer. Sejam jer pun. Tapi soalan dia~Tuhan jer yang tahu~

1) Agenda-setters ( apa kejadahnya ni?)
5) News Management (huh?)
4) Market Model ( what ??)
6) Interpretive Model ( God.............

Dah ar perut tengah sakit. Bangun lambat plak tu. At least aku tak selambat Nila la. Hari ni, takdan pakai kerongsang kat tudung pun. Wakakaka.

Sunday, September 14, 2008

Copy and Paste~



Huhu, syazwan bertanya padaku samada blog yang aku buat ini hanya copy and paste sahaja. Urm, copy and paste? Tidak sama sekali. Semua cetusan fikiran aku. Mungkin kerana bahasa yang aku gunakan kadangkalanya serius dan monotonous. Apatah lagi ada juga post yang mesejnya dalam dan kompleks. In other words, boring~


I tried to be cheerful in my blog, but well, huhu, i think that i am a serious person to begin with.After all, being a pessiment and sceptic i am...Well, luahan rasa bukan~



Bicara Hari Ahad

Kerinduan itu datang
Tanpa isyarat.
Tanpa bunyi.
Tanpa suara.
Hadirnya menimbulkan kekosongan.
Melahir rasa kehilangan...

Selamat datang kerinduan yang padanya mahabbah, padanya ghairah, padanya isi, padanya kekosongan. Padanya kekesalan dek perbuatan, padanya harapan di masa hadapan, padanya syaitan yang membisikkan kekaburan, padanya malaikat yang mengalunkan peringatan.

Kerinduan yang dimanifestasikan dalam makna yang utuh dan teguh, tapi dilihat dalam cerminan yang longgar. Perasaan yang membuai minda ke arah tujuan, tapi juga bisa memandu ke arah berlawanan.

Hati yang dilanda kerinduan itu umpama seorang pemuda yang diberikan isteri yang cantik dan manis, cuma isterinya itu tidak boleh disentuh. Satu nikmat yang agung memperisterikan kecantikan dunia, tetapi satu kegersangan yang tidak upaya dibendung dek syarat yang gila. Begitulah kerinduan. Perasaan yang hadir hanya kerana memori itu ada, tetapi adanya memori itu hanya kerana adanya masa. Dan masa, masa itu pula membawa kekecewaan atau kegembiraan yang timbul dek perbuatan hati dan minda. Kejayaan dan kegagalan kemudiannya dipantul oleh cermin masa. Dan kerana itu, kerinduan hadir. Imbauan semula.

Kerinduan...perasaan yang menyebabkan rasa terhiris-hiris dek kesilapan, atau rasa sayu akibat kehilangan. Secara luar sedar mengukir senyuman, atau tanpa diduga, air mata berjuraian. Kerinduan, perasaan yang aneh dan unik. Semua pernah mengalaminya, tapi pengalaman berbeza-beza.

Kita ini semua Perindu. Dan ada yang dirindukan. Sepatutnya. Ya, sepatutnya.

Saturday, September 13, 2008

Mencari Locus Standi




Jikalau ditanya mengenai penulis Melayu, aku biasanya akan terus menyebut nama penulis Faisal Tehrani. Boleh dikatakan hanya dia jer yang aku ikuti karya-karyanya. Akan tetapi baru-baru ini, aku mula membaca karya-karya Nisah Haron. Penulis ini bekas peguam syariah. Terkenal dengan karya Anyss Sophilea dalam KOMSAS itu.





Novel ini memenangi Tempat Kedua dalam Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 . Terbuktilah kualiti novel ini bukan? Tapi yang penting bagiku adalah mesej itu.

Bagiku, aku kurang dapat menghayati karakter watak-watak dalam novel. Sama juga dengan EJ.Ini masalah juga bagi budak yang mengambil Literature, macam aku ni. Di kala orang lain berupaya untuk empathize pada Henchard atau Elizabteh-Jane dalam Mayor of Casterbridge tu, aku tidak. Huhu.

EJ, Eliza Jasmin ,pelajar undang-undang UKM. Penulis drama pentas di universiti.Istimewa Daripada Cenma Detara. Novel yang mengajar erti kesabaran dan ketabahan. Kehidupan yang indah bisa hilang sekelip mata. Don't take things for granted. Itu yang aku dapatlah dalam novel. Konflik perebutan harta,krisis dengan rakan-rakan sebaya. Ini semua event cliche, tapi well, life is cliche.Aku suka dengan budaya dan adat Perpatih yang ditonjolkan dalam novel ini. Bahasanya indah dan berhikmah.Macam ini:

"Kami ni taklah pandai berbahasa adat ,tuk.Maklumlah kami bukan besar di sini."
"Tak apa. Awak tu ibarat tanah baru,belukar muda.Tapi kata adat ,sakit bermula, mati bersebab.Cuba cerita dulu apa yang boleh ditolong. Tak ada keruh yang tak jernih, tak ada kusut yang tak selesai."

"...Adat Perpatih takkan benarkan orang perempuan merempat.Orang lelaki tak apa, pipit jantang tak bersarang..."



"Terbit pusaka kepada saka
Si laki -laki menyandang pusaka
Si perempuan yang punya pusaka
Orang semenda yang membela".

EJ dalam cerita ini watak perempuan yang pintar dan aktif. Tidak pasif atau malu tidak bertempat. Bersosial , berkawan baik dengan semua. Tapi dia juga punya ego. Masalah tidak mahu diceritakan pada yang lain,biarpun rakan sendiri. Watak yang cuba act tough kiranya.Tidak dapat tidak pembaca mesti simpati dengan kehidupan EJ. Dugaan datang tanpa diduga dari bermacam arah. Tuhan saja tempat bergantung kita semua.Aku suka paragraph terakhir novel ini.

" Sesunngguhnya perjuangan ini telah selesai tetapi siapa tahu pada waktu yang tidak direncana,Dia menurunkan dugaan-dugaan baru buat hamba-hamba-Nya. Iman yang tidak diuji tidak dapat dipastikan kedudukannya."

Benar! Benar sama sekali!