Tuesday, September 30, 2008

Perlembagaan TESL 2

Perkara 13 Hubungan diplomatik Persekutuan

13.1 Perkara 12 hanya terpakai semasa Persekutuan di bawah naungan Majlis Kolej MARA Seremban.

13.2 Persekutuan bersifat neutral terhadap semua negara lain seperti Persekutuan Kejuruteraan, Republik Perubatan , Negara Aktuari , Educators Island dan negara-negara yang berada di Benua Junior.

13.3 Wilayah-wilayah bebas untuk menjalin hubungan diplomatik yang akrab dengan wilayah -wilayah bukan di bawah Persekutuan TESL dan wilayah-wilayah lain tidak boleh menghalang kebebasan wilayah tersebut menjalin hubungan diplomatik.

13.4 Disebabkan Persekutuan Kejuruteraan merupakan jiran akrab Persekutuan TESL disebabkan kedua- dua negara terletak di Semenanjung A-Level, maka wilayah-wilayah Persekutuan TESL secara automatik menjalin hubungan akrab dengan Persekutuan Kejuruteraan.

13.5 Bagi negara-negara lain yang terletak bukan di Semenanjung A-Level seperti Teluk International Bacchalaureate dan negara-negara di Benua Junior, hubungan diplomatik tahap 3 (tahap tinggi) amat digalakkan.

Perkara 14 Rahsia-rahsia Persekutuan TESL

14.1 Rahsia-rahsia Persekutuan terbahagi 3
13.1.1 Rahsia tahap rendah
13.1.2 Rahsia tahap tinggi
13.1.3 Rahsia tahap amat tinggi

14.2 Rahsia tahap rendah didefinisikan sebagai rahsia yang hanya diketahui wilayah patriarchal sahaja . Wilayah patriarchal Khairul dan Lokman tidak boleh menyebarkan rahsia wilayah patriachal kepada wilayah matriarchal, 'by any means'. Contoh ialah nama-nama wilayah dalam Persekutuan Kejuruteraan yang ingin menjalinkan hubungan 'diplomatik' dengan mana-mana wilayah matriarchal TESL. Hal ini bagi mengelakkan konflik wilayah berlaku.

14.3 Rahsia tahap tinggi didefinisikan sebagai rahsia yang hanya diketahui wilayah matriarchal. Wilayah patriarchal Khairul dan Lokman tidak boleh mencuri rahsia mereka melainkan tanda-tandanya amat obvious. Sebarang pertanyaan yang mencurigakan daripada wilayah patriarchal dinasihatkan supaya tidak dilayan oleh wilayah-wilayah matriarchal. Contoh ialah wilayah matriachal tidak boleh memberitahu bahawa wilayah tersebut sedang mengadakan 'cuti' umum. Hal ini selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan TESL.

14.4 Rahsia tahap amat tinggi didefinisikan sebagai rahsia yang hanya boleh diketahui wilayah masing-masing. Wilayah-wilayah lain tidak boleh mencuri rahsia ini, melainkan wilayah tersebut sendiri bersetuju untuk berkongsi rahisa tersebut. Contoh ialah nama wilayah yang ingin bergabung dengan wilayah Irma , latar belakang dan sejarah wilayah dan juga sebarang perkara yang mampu mengganggu ketenteraman awam, selaras dengan perkara 7.3.

14.5 Wilayah -wilayah yang ingin mendakwa boleh bertindak secara individu atau memanjangkannya kepada Mahkamah TESL, di mana kebenaran diberikan kepada wilayah-wilayah separa-TESL untuk menjadi pencelah. Hukuman terhadap pembocoran rahsia diperincikan didalam lampiran Akta-akta TESL.

14.6 Wilayah-wilayah yang dituduh berhak mempertahankan diri di Mahkamah TESL. Akan tetapi, hak diberikan untuk tidak melayan tuntutan mahkamah. Walaubagaimanapun, wilayah yang mendakwa boleh mengurangkan hubungan diplomatik ke tahap 0.01 ( amat rendah).

14.7 Wilayah -wilayah yang tidak terlibat boleh bertindak sebagai pengantara.

Perkara 15 Nama wilayah-wilayah Persekutuan

15.1 Terdapat 1 4 wilayah pada asalnya. Disebabkan Wilayah Rin bertindak keluar, maka yang ada ialah Wilayah:-
1) Lokman al-hakim
2) Khairul/ dahulunya digelar orang Arab sebagai walayatul wankhai atau walayatul bangkhai
3) Deibs
4) Amani
5) Hanan
6) Irma
7) Farisah
8) Nas/ di dalam dokumen sejarah purbakala dirujuk sebagai Daulah Siti
9) Ezzrin
10) Ain ( dalam proses pertukaran nama disebabkan penggabungan dengan satu wilayah, Wilayah Amir 8.3 daripada Persekutuan Kejuruteraan mungkin berlaku)
11) Syafinaz / rujukan Sejarah TESL menyebutnya sebgai Negeri Parmata- Intanis
12) Nihlah
13) Serambi Mekah Farhana

15.2 Pertukaran nama wilayah boleh dibuat semasa The Thirteen Chairs bersidang. Akan tetapi, harus memperoleh persetujuan ahli The Thirteen Chairs yang lain.

15.3 Pemegang dokumen sejarah Persekutuan TESL, wilayah Khairul , dan pemegang Kunci Suci Thirteen Ghosts, wilayah Irma perlu dimaklumkan akan perubahan tersebut.

Perkara 16 Ketua Wilayah - Wilayah Persekutuan TESL

16.1 Terdapat dua ketua dalam Persekutuan, Ketua Organisasi Akademik dan Ketua Organisasi Global.

16.2 Dipersetujui dalam mesyuarat pertama The Fourteen Fortresses (ketika itu), Ketua Organisasi Akademik ialah Wilayah Ezzrin dan dibantu Wilayah Lokman al-Hakim

16.3 Tugas KOA ialah menguruskan hal ehwal Persekutuan TESL. Tugas KOA tidak meliputi hak ehwal diplomatik.

16.4 Secara sebulat suara, Wilayah Nas telah dilantik mengetuai 13 Wilayah di atas faktor sejarah. Pembantu Wilayah Nas merupakan salah satu wakil daripada Perkumpulan TESL Junior.

16.5 Tugas KOG ialah menerajui Majlis TESL, gabungan Persekutuan TESL dan Perkumpulan TESL Junior. KOG menguruskan hal ehwal pengurusan organisasi ini dan mencadangkan aktiviti bersama antara dua negara.

16.6 Semua wilayah merupakan ahli Majlis TESL dan harus patuh pada keputusan Majlis Tertinggi Gagasan.

(Tamat Fasa 1 Penggubalan Perlembagaan Persekutuan TESL. Akta-akta TESL sedang diperhalusi dan mungkin dibawa ke The Thirteen Chairs sedikit masa lagi) .

- Wilayah Khairul, Persekutuan TESL -


2 comments: