Saturday, September 13, 2008

Mencari Locus Standi




Jikalau ditanya mengenai penulis Melayu, aku biasanya akan terus menyebut nama penulis Faisal Tehrani. Boleh dikatakan hanya dia jer yang aku ikuti karya-karyanya. Akan tetapi baru-baru ini, aku mula membaca karya-karya Nisah Haron. Penulis ini bekas peguam syariah. Terkenal dengan karya Anyss Sophilea dalam KOMSAS itu.





Novel ini memenangi Tempat Kedua dalam Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 . Terbuktilah kualiti novel ini bukan? Tapi yang penting bagiku adalah mesej itu.

Bagiku, aku kurang dapat menghayati karakter watak-watak dalam novel. Sama juga dengan EJ.Ini masalah juga bagi budak yang mengambil Literature, macam aku ni. Di kala orang lain berupaya untuk empathize pada Henchard atau Elizabteh-Jane dalam Mayor of Casterbridge tu, aku tidak. Huhu.

EJ, Eliza Jasmin ,pelajar undang-undang UKM. Penulis drama pentas di universiti.Istimewa Daripada Cenma Detara. Novel yang mengajar erti kesabaran dan ketabahan. Kehidupan yang indah bisa hilang sekelip mata. Don't take things for granted. Itu yang aku dapatlah dalam novel. Konflik perebutan harta,krisis dengan rakan-rakan sebaya. Ini semua event cliche, tapi well, life is cliche.Aku suka dengan budaya dan adat Perpatih yang ditonjolkan dalam novel ini. Bahasanya indah dan berhikmah.Macam ini:

"Kami ni taklah pandai berbahasa adat ,tuk.Maklumlah kami bukan besar di sini."
"Tak apa. Awak tu ibarat tanah baru,belukar muda.Tapi kata adat ,sakit bermula, mati bersebab.Cuba cerita dulu apa yang boleh ditolong. Tak ada keruh yang tak jernih, tak ada kusut yang tak selesai."

"...Adat Perpatih takkan benarkan orang perempuan merempat.Orang lelaki tak apa, pipit jantang tak bersarang..."



"Terbit pusaka kepada saka
Si laki -laki menyandang pusaka
Si perempuan yang punya pusaka
Orang semenda yang membela".

EJ dalam cerita ini watak perempuan yang pintar dan aktif. Tidak pasif atau malu tidak bertempat. Bersosial , berkawan baik dengan semua. Tapi dia juga punya ego. Masalah tidak mahu diceritakan pada yang lain,biarpun rakan sendiri. Watak yang cuba act tough kiranya.Tidak dapat tidak pembaca mesti simpati dengan kehidupan EJ. Dugaan datang tanpa diduga dari bermacam arah. Tuhan saja tempat bergantung kita semua.Aku suka paragraph terakhir novel ini.

" Sesunngguhnya perjuangan ini telah selesai tetapi siapa tahu pada waktu yang tidak direncana,Dia menurunkan dugaan-dugaan baru buat hamba-hamba-Nya. Iman yang tidak diuji tidak dapat dipastikan kedudukannya."

Benar! Benar sama sekali!




No comments: