Monday, September 29, 2008

Perlembagaan TESL 1

Perkara 1. Wilayah dalam Persekutuan

1. 1 Persekutuan ini dinamakan TESL yang merupakan singkatan kepada Teaching English as A Second Language. Penggunaan istilah TESL digunapakai untuk kedua-dua bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

1.2 Pengunaan istilah TESL digunakan sehingga May 2009. Sekiranya persekutuan berpecah selepasnya, istilah TESL akan diubah mengikut perubahan majoriti wilayah-wilayah samada ditukar kepada TESOL, TEFL, ESL atau kekal TESL. Perubahan dibuat di atas pertimbangan Yang Dipertuan Agong MARA dan melalui persetujuan 13 wilayah di mana undi akan dilakukan di Parlimen ( The Thirteen Chairs) .

1.3 Wilayah -wilayah dalam Persekutuan TESL ialah 13 ,(dengan pindaan disebabkan wilayah Rin bertindak keluar daripada persekutuan) . Wilayah-wilayah bersifat 'matriarchal' ialah 11 Wilayah manakala wilayah bersifat 'patriacrchal' ialah 2.

Perkara 2 Penerimaan Wilayah- Wilayah Baru

2.1 Di bawah titah Yang Dipertuan Agong MARA, wilayah -wilayah baru boleh masuk ke dalam Persekutuan walaupun dengan bangkangan wilayah-wilayah asal. Hal ini merupakan Kuasa Istimewa YDPA MARA selaku penaung Persekutuan.

2.2 Apapun, wilayah -wilayah 13 yang asal boleh bersidang di The Thirteen Chairs bagi membincang perkara tersebut dan mecadangkan resolusi.

Perkara 3 Agama rasmi bagi Persekutuan

3.1 Agama rasmi bagi Persekutuan ialah Islam.

3.2 Sekiranya wilayah yang baru masuk tidak mengamalkan agama Islam, wilayah tersebut boleh mengamalkan agama mereka secara damai dan aman di dalam Persekutuan.

3.3 Islam yang digunapakai di Persekutuan TESL ialah mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dengan penekanan dalam Quran, Sunnah Rasulullah, Kesetiaan terhadap Keluarga Rasulullah dan Sanjungan terhadap Para Sahabat dan Isteri Rasulullah.

3.4 Tertakluk di dalam perkara 3.3 , Persekutuan bersifat toleran dengan Mazhab Syiah Imamiah, Ibadhiah, Salafi jalur sederhana, selaras dengan Deklarasi Jeddah, Deklarasi Doha dan Amman Message.

3.5 Islam Liberal dan Islam Pluralisme tidak diterima di dalam Persekutuan TESL dan wilayah-wilayah dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran fahaman ini.

Perkara 4 Undang- Undang Utama Persekutuan

4.1 Perlembagaan TESL merupakan undang- undang utama dalam Persekutuan TESL. Sebarang undang-undang wilayah yang bercanggahan dengan undang- undang Persekutuan prlu dibawa berbincang di The Thirteen Chairs dan diperhalusi.

4.2 Undang- undang adat bebas dipraktis setiap wilayah masing- masing. Walaubagaimanapun, undang-undang adat tidak boleh melanggar undang-undang agama , menepati hasrat Perkara 3 Perlembagaan TESL.

Perkara 5 Kebebasan,Hak Asasi setiap Wilayah.

5.1 Setiap wilayah mempunyai hak autonomi bagi menguruskan wilayah masing-masing dengan berlandaskan Perkara 3 dan Perkara 4.

5.2 Kebebasan suara, kebebasan media, kebebasan beragama dijamin dalam Persekutuan akan tetapi tertakluk di bawah Perkara 3 , di bawah suara majoriti The Thirteen Chairs bahawa kebebasan itu tidak melampaui Perkara 3.

5.3 Sebarang konflik antara wilayah perlu diselesaikan di Mahkamah TESL.

5.4 Setiap wilayah tidak dikira bersalah sekiranya tidak didatangkan bukti-bukti kukuh dalam perbicaraan Mahkamah TESL dan mahkamah membuktikan bahawa mereka bersalah.

5.5 Hak asasi manusia dijamin oleh Persekutuan sepertimana dipersetujui OIC dan PBB.

5.6 Keputusan The Thirteen Chairs boleh dibatalkan dengan keputusan Mahkamah TESL.

Perkara 6 Kesamarataan Dalam Persekutuan

6.1 Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi Persekutuan.

6.2 Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa wilayah -wilayah dalam Persekutuan semuanya berdaulat.

6.3 Hasil mahsul Persekutuan dibahagikan mengikut kadar usaha setiap wilayah.

Perkara 7 Kebebasan Beragama dalam Persekutuan

7.1 Kebebasan beragama dijamin dalam Persekutuan

7.2 Sekiranya ada usaha oleh wilayah tertentu untuk mengembangkan fahaman yang bercanggahan dengan Perkara 3 Perlembagaan, wilayah-wilayah lain boleh memutuskan hubungan diplomatik dengan wilayah berkenaan atau memanjangkannya kepada Mahkamah TESL atau melaporkannya kepada YDPA MARA.

7.3 Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Perkara 8 Ketua Persekutuan TESL

8.1 Penaung Persekutuan digelar Yang Dipertuan Agong MARA , dan merupakan ketua bgai persekutuan.

8.2 Di bawah YDPA MARA, wujud satu majlis tidak tetap yang berubah dengan masa. Bagi tahun 2007-2009 , majlis tersebut ialah Majlis Kolej MARA Seremban manakala bagi tahun mendatang ialah Majlis Universiti Auckland atau Majlis Universiti Victoria Wellington . Majlis ini merupakan penaung kecil wilayah yang menjaga kebajikan setiap wilayah.

8.3 YDPA MARA, Majlis Kolej MARA Seremban, dan majlis-majlis yang lain bersifat neutral terhadap semua wilayah yang dinaungi, tanpa wujudnya ' bias' dalam layanan dan kebajikan wilayah.

Perkara 9 Parlimen ( The Thirteen Chairs)

9.1 The Thirteen Chairs merupakan nama rasmi bagi Parlimen TESL.

9.2 Nama ' The Thirteen Chairs' boleh diubah dengan undian majoriti di Parlimen, hanya apabila wujudnya wilayah baru .

9.3 Ahli Parlimen ialah seramai 13 orang, dan jawatan Ketua Speaker Dewan digilirkan oleh setiap wilayah dimulai Wilayah Lokman dan diakhiri Wilayah Khairul.

9.4 Parlimen akan bersidang apabila timbul keperluan untuk bersidang.

9.4 Bilangan ahli Parlimen TESL sama bilangannya dengan bilangan wilayah dalam Persekutuan.

9.5 Wakil-wakil separa-TESL boleh menjadi pemerhati Parlimen.

Perkara 10 Perundangan Dalam Persekutuan

10.1 Undang-undang dalam Persekutuan mestilah berlandaskan Islam, secara spesifiknya mazhab Ahl Sunnah wal Jamaah , dengan penghormatan diberi kepada fahaman-fahaman lain

10.2 Undang-undang Persekutuan mestilah bersifat memberi pengajaran, bukannya bersifat menghukum.

10. 3 Undang- undang TESL terdapat dalam Senarai Akta-Akta TESL yang dilampirkan.

Perkara 11 Mahkamah TESL

11.1 Mahkamah TESL terbahagi tiga , Mahkamah Majlis TESL, Mahkamah Matriachal TESL , Mahkamah Tinggi TESL.

11.2 Mahkamah Majlis TESL terdiri daripada YDPA MARA , Majlis KMS dan majlis- majlis lain yang akan bersidang dan mengeluarkan hukuman dan justifikasi terhadap kes kesalahan wilayah-wilayah yang serius, yang melanggar Perlembagaan TESL.

11.3 Mahkamah Matriachal merupakan mahkamah yang terdiri daripada 11 wilayah (kecuali wilayah Lokman dan Khairul) dan membicarakan kes-kes antara 11 wilayah matriachal sesama mereka.

11.4 Mahkamah Tinggi merupakan mahkamah yang terdiri daripada semua wilayah dalam Persekutuan TESL di mana hanya akan bersidang sekiranya wujud keperluan yang mendesak atau memerlukan 'interference' atau 'mediation' wilayah patriarchal.

Perkara 12 Bahasa Persekutuan

12.1 Selaras dengan istilah TESL, bahasa rasmi Persekutuan ialah Bahasa Melayu , dengan penekanan yang sangat tinggi terhadap lingua franca Bahasa Inggeris.

12.2 Galakan diberikan kepada wilayah untuk menggunapakai Bahasa Inggeris dalam perkara rasmi.

12.3 Pendirian wilayah Khairul dan wilayah lain untuk kekal menggunakan Bahasa Melayu dalam semua hal rasmi perlu dihormati wilayah lain.

12. 4 Bahasa Arab selaku bahasa Quran dan Islam mendapat layanan istimewa dalam Persekutuan , selaras dengan tuntutan Perkara 3.3

12.5 Semua bahasa dunia digalakkan untuk dipelajari .

( bersambung)

1 comment:

Anonymous said...

perkara 2.1 itu annoys me to high heavens.. huhu..

maka perlu berusaha husnuzzon sentiasa..

hmm.. hmm.. kalaulah sebegitu mudah.