
16 September 2008.
Peralihan kuasa dikatakan akan berlaku.Selaku a Malaysian, definitely I am curious. Aku tidak menyokong mahupun menentang peralihan kuasa ini. Bertukarlah. Tukarlah kerajaan kalau Islam mahu dilaksanakan. Tukarlah kalau sekularism yang membiak di Malaysia dihapuskan. Tukarlah kalau dengan pertukaran ini , rakyat Malaysia mampu berada lebih dekat dengan Tuhannya. Bertukarlah kalau dengan perubahan ini, Allah redha akan pemimpin-pemimpinnya. Tukarlah kalau Islam jadi tunjangnya, kebajikan rakyat jadi prioritinya, dan Allah dan Rasulnya jadi asasnya. Alihkanlah kuasa pemerintahan sekiranya kalau bertukar, semua rakyat mampu makan 6 kali sehari.

Bertukarlah kalau dengannya, institusi zakat lebih efisien, ulama-ulama lebih tinggi keilmuan disebabkan tiada political interference , baitulmal diselengara baik dan kutipan cukai dilakukan dengan lebih telus. Dan moga-moga, bertukarlah kerajaan ini dengan niat kerana Allah taala, demi Allah taala dan untuk Allah taala.
Jikalau tidak, sama jugaklah nasib puak-puak ini 50 tahun akan datang, dijatuhkan dengan hinanya atas dasar kepentingan rakyat.Dan 50 tahun akan datang itu, jatuhnya lebih hina.
No comments:
Post a Comment