Monday, September 15, 2008

Bahana Kemajuan


Kolej MARA Seremban merupakan bekas Maktab Rendah Sains MARA. Kolej ini ditubuhkan untuk melahirkan tenaga kerja profesional MARA atas semangat Dasar Ekonomi Baru. Kolej ini terkenal dengan kehebatan seni binaannya, penggunaan teknologi yang futuristik dan bangunan yang cantik dan anggun(kerana dicat setiap tahun dengan cat mahal Nippon Paint ).


Atas sebab itulah, aku berpanas di bilik 202 ini. Lampu dan kipas ok. Tiba-tiba air-cond off. Terpacul ungkapan kekecewaan la daripada budak-budak TESL di bilik ini. Siot betul. AIr cond coklat tu, tengok pun tahu. Air-cond zaman P.Ramlee dulu.

No comments: