Thursday, September 11, 2008

Perubahan Itu Perlu Dan Sentiasa Perlu

Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Keputusan AS baru saja menerjah kalbu tempoh hari. Benarlah, "Sesungguhnya masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak memotongnya,dia yang akan memotong kita".

Aku masih dalam mood study secara relax. Entah bila baru boleh masuk gear yang lebih extreme. Literature in English tidak boleh dibuat main-main. Harus kembali menjiwai semangat reformis dalam novel pasca kolonialisme Chinua Achebe, Anthills of the Savannah itu. Karya yang benar-benar menarikku ke dalam pemikiran siasah kenegaraan. Membaca karya ini, hati cenderung ke arah libertanisme. Cuma masih terfikir-fikir akan konsep pasaran bebas itulah.

Sociology yang membawaku ke dunia objektiviti. Bisa menjadikan pemerhati tanpa bias. Memahami permasalahan sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat melalui pelbagai dimensi pemikiran dan pegangan.Tidak diulang dalam AS November, tetapi melihatkan rakan sekelas yang membuat essei sociology dengan gigih( IRP), cemburu mulalah timbul. Sudah diduga pun.

Matematik yang menarik, cuma tidak cukup menarik minatku. Keturunan entah? Mengulang, dan aku tidak mungkin memandang enteng. Puan Ririn sudah cukup berusaha. Anak-anak muridnya sudah cukup dengan rasa keterharuan, sampai kadang kala sedih kerana takut sekali lagi menghadiahkan kekecewaan. Aku sangat positif dengan matematik. Dengan personal tutor Ayie, bantuan rakan sekelas,aku akan memberi sehabis daya sepenuh usaha dan untaian doa iringan tentunya.Tuhan melakukan kerjanya dalam kerahsiaan bukan?

Literature in English yang D itulah. William Wordsworth yang biseksual itu, the witty Oscar Wilde and also rumoured to be gay William Shakespeare. Sewajarnya aku mencapai kefahaman mereka. Erm, mana tahu silapnya itulah mungkin. A View From The Bridge ,karya bercorak modern Greek Tragedy, tragic hero Eddie yang punya incestuous feeling to anak saudara sendiri. Morality jadi isu, jealousy jadi punca, miscommunication jadi mangkin, pergaduhan memberi efek.Kita menerima impak. Tipikal . Karya tragis, begitulah. Samalah dengan novel syahdu Mayor of Casterbridge yang aku hampir tertekan membacanya itu. Jiwa maskulin yang sedikit ini memberontak barangkali? Mungkin disebabkan dos romantik yang keterlaluan.
Tetapi, membaca Tunggu Teduh Dulu yang mempunyai unsur romantik dan cinta tidaklah merasakan perasaan sebegini. Mungkin aku ketemu jiwaku yang Islamiknya pudar malap dalam karya popular penulis Faisal Tehrani ini kot. Mencerminkan keinginan seorang manusia yang sedar duduk letaknya di jambatan akhirat ini, dan sedar akan hakikat keputusan Tuhan, dan hikmah disebaliknya. Siapa yang tidak bisa cair entahlah.

Masih diulit karya-karya Nisah Haron dan Faisal. Masih terngiang-ngiang dalam fikiran bahasa adat orang Minagkabau yang indah itu dalam karya Nisah Haron( Mencari Locus Standi). Penulisnya orang Ampangan, cuma tidak pernah ketemu mahu memohon tandatangan. Malu.Hehe.

Exam, exam, Wankhai! Dengan nama Allah, berusahalah!


No comments: