Kadang-kadang kita rasa lemas. Yalah. Dengan isu yang diulang-ulang, terutamanya diulang-ulang di bilik sendiri, oleh bukan penghuni bilik. Yalah. Mereka sangka mereka serba tahu atau serba benar. Aku pun tahu tidak semua yang aku tahu boleh jadi kebenaran. Yalah. mereka mungkin sangka kami ini bukan pengikut berita semasa. Yalah, mungkin mereka ingat kami ini tidak ada kesedaran politik. Karpal Singh itu sendiri setiap hari membaca Utusan, samalah aku. Aku bukan hanya pembaca harakahdaily.net, malaysiakini.com, perakexpress.com, aku membaca Utusan, Kosmo!, NST hampir setiap hari. Terdedah dengan info dua-dua belah . Siapa sekarang yang hanya sarat dek info satu bahagian sahaja?
Seolah-olah politik itu asas aqidah. Syiah yang salah satu asasnya Imamah pun mungkin jadi jelek dengan Malaysia's politics. Yalah, politik yang tidak ditunjangi Allah, Quran yang kalau gini caranya, sudah tentu tak diterima Allah dan Rasulnya.
Bilik aku ini aman sekali dengan percambahan intelektual yang slow dan steady. Kami bukannya fanatics. Dan tidak ada sebab untuk kami jadi fanatics. Jangan hanya melihat politics dan media menerusi satu dimensi. Lihat apa kata Gramsci, apa komen Feminist, apa argument Pluralist dalam politics and media ini. Kalau nak kompleks lagi, boleh saja rujuk apa kata Baudrillard dan buku puak-puak Post-Modernists yang lain. Bukan TESL saja yang perlu belajar Sociology. Political Science itu penuh dengannya. Augusto Boal, tokoh sastera Brazil yang muncul dengan teori "teatre for the oppressed" and "breaking the fourth wall" itu, orang sains.
Bukannya budak Engine atau budak Medic takdak kematangan. Lampirkan kematangan dalam pemikiran politik anda. Jangan jadi rakyat biasa yang melihat politik sebagai BN menindas Pakatan Rakyat sahaja, atau PR itu kerjanya membohong ajer.
" Power corrupts".
Jangan jadi fanatik UMNO yang dok dengan konsep "mengenang budi parti selama 50 tahun". Jangan jadi fanatik PAS. Jangan lupa, PAS gerakan islam pertama parti politik kedua. Mana semangat dai'e ahli-ahli PAS? Ni pasal usrah PAS dah umbang-ambing dek keadaan semasa ker? Saya wallahualam hanya speculate , sumpah saya tak tau apa. Jangan jadi fanatik PKR, PKR tu serupa UMNO jugak, cuma takdak kuasa. Sekularis berlambak-lambak dalam parti tu. Macam UMNO jugak. Zulkifli Nordin tu apa sangat dalam parti.Ni semua, ni semua aa...
pakai akai....
Kadang-kadang aku tengok politik malaysia ini, sebijik macam kawanan anjing menghurung bangkai ( bak kata Faisal Tehrani la). Nyampah.
2 comments:
heyt.sejak bila kat razini ada double ZZ?
hihi.uih i miss my room.oh i mean OUR room. =)
ala..ada zz dua tu, ada makna sebenarnya. hahaha.
Post a Comment