Masuk ke dalam dewan dengan hati yang bercelaru. Ya, menyesal gue. Di kala manusia-manusia lainnya menelaah buku agama, gue menyibukkan diri dengan menonton TV. Sudah, test pukul 8. Bangun pukul 7. Sejam untuk bersedia? Huhu.
Jual-beli itu topiknya luas sekali. Tidak kuasa aku nak habiskan. Masuk-masuk dewan pagi tadi, woho, 3 helai kertas dibagi tu. hai, macam esei GP ker? Alih-alih, sehelai jer kertas soalan.
a) Rukun-rukun jual beli
b) Syarat-syarat sah jual beli beserta huraian ringkas.
Ceh, kalau aku tahu, takdernya aku struggle menghafaz sampai ke jual-beli urbun ka, jual-beli fudhuli ka. Haha. Aku siap terbaca riba' lagi. Aiya.Apalagi, setakat mana aku ingat dan paham pasai soalan ni, aku tulis aja.huh.
"Ilmu ini letaknya di dada, bukannya di buku-buku."
Cewah. Alasan aku je tu.
2 comments:
sesungguhnya tak rugi apa-apa pun baca pasal jual beli urbun, fudhuli segala..
Hehe. betul tu. Ilmu agama sentiada ada gunanya dalam kehidupan kan.
Post a Comment