Saturday, September 27, 2008

Pengajaran oleh Tok

Alhamdulillah, aku dah sampai Ipoh. Pulang ke rumah arwah Tok ( nenek) memang sentiasa menimbulkan nostalgia. Dahulu, biasanya apabila pulang, aku akan salam mak lang n seterusnya salam Tok yang memang, samada dia sedang menonton TV atau sedang memasak.

Tahun ini, tak adalah lagi dodol kegemaran aku buatan Tok. Aku pun tak dapatlah merasa rendang ayam yang selalu Tok buat masa Raya ini. Selalunya, bila aku kata aku nak makan dodol ker, aku bawak la Tok ke Super Kinta tu, beli apa yang patut ( sekali dengan bahan-bahan untuk ketupat daun palas).

Tok memang banyak affect aku dalam kehidupan ini. Pagi-pagi, sebelum aku pergi sekolah rendah berbasikal ungu buruk tu, aku akan turun amik nasi lemak kat Tok dulu. Tok jual nasi lemak. Banyak orang suka beli nasi lemak dia. Dan Tok pun agak generous. Nasi lemak dia boleh tahan banyak diberikan. 5 kupang pun kenyang alhamdulillah. Tok amik untung sikit-sikit. Dia dah tua, tapi dia masih nak kerja.

Tok dari dulu hidup susah. Tokwan cuma nelayan kat Kuala Sepetang Taiping tu. Ada hari makan nasi, ada hari makan lempeng je. Bila Tokwan meninggal, Tok berhempas pulas menoreh getah amik upah kat orang . Mak aku pun tolong sama.

Bila aku dah sekolah menengah, tok cukup bangga bila tahu yang aku masuk sekolah agama. Sungguh. Tok buta huruf. Aku pun tahu, bacaan Quran yang tok hafal pun tak lah betul sangat sebutannya. Bila aku balik cuti kat kampung, kami duk sembang2 la sambil dia tanya " betui ka baca 'patihah' camni? Dan aku betul2 la mana yang patut.

Dia tak pernah merasa naik kapal terbang. Dan Tok selalu cakap nak merasa tengok Kaabah. Aku tahu dia sakit lama dah, cuma dia tahan-tahankan taknak bagi anak cucu dia risau. kami semua tahu. Kadang-kadang sebak tengok Tok bangun pukul 4 pagi, bersiap-siap buat bahan nasi lemak. Umur dia dah 60 lebih, patutnya dia boleh hidup dengan bantuan anak cucu dia ja. Tapi dia takmau.

" Tok teringin nak naik kapal terbang. Kalau Tok tak dapat naik pun, tengok along naik kapal terbang luar negeri kat lapangan terbang pun jadila". Dan Allah lebih mengetahui, Tok pergi meninggalkan kami sewaktu aku masih lagi dalam A-Level di Malaysia.

Tok meninggal dalam koma. Dan dia menghembuskan nafas terakhir hanya di hadapan aku seorang. Yang lain-lain semua menunggu kat luar bilik pesakit. Rezeki aku, aku bukan anak dia, bukan cucu pertama dia ke apa, tapi alhamdulillah akulah yang paling banyak meluangkan masa bersama dia masa dia kat hospital sampai dia meninggal dunia. Dan mendengar dia mengalunkan kalimah Allah setiap kali aku mengajarkan dia ( masa dia masih sedar , belum koma ) sudah cukup membuat aku rasa bersyukur, lega.

Tok buta huruf, Tok tak pernah belajar secara formal, tapi Tok tak macam sesetangah orang yang berpendidikan, ada yang hasad dengki , bergaduh. Tok tak cari pasal dengan orang, dia tak pernah simpan dendam, orang buat apa kat dia pun Tok sabar dan redha dengan dugaan Tuhan. Tok tak tahu pun hadis tu apa, bukhari muslim tu siapa, atau ada mazhab lain selain Mazhab Syafii. Tapi, cara Tok jaga hubungan antara manusia sesama manusia lebih baik daripada sesetengah orang yang ilmu tinggi melangit.

Aku tak pernah cakap "aku sayang ...." in front of sesiapa, even my mum. Tapi buat Tok, aku tak kata aku sayang lagi, aku cakap yang " aku hormat kat Tok" dan walaupun Tok buta huruf, kerjanya hanya menjual nasi lemak, Tok merupakan contoh idola aku selepas Rasulullah dan Ahlul Bait.

Semoga roh Tok dicucuri rahmat dan diampunkan dosa, dan Tok tergolong di antara golongan Muslimin yang bergembira di akhirat. Al-fatihah.



5 comments:

ceria seindah suria said...

pnuh nostalgia~

imah_shora said...

rindu kat tok kte jugak..huhu.. --al fatihah-- btw, tahniah, cucu yg baik!! =)

Anonymous said...

waa.byk pengajaran.
btw klu ko nak aku blanje ko kat aussie.
ko g jumpa MARA.suh tukar aku wat medic kat aussie. =)
-ezzat

Anonymous said...

bangga ada kwn mcm ko...

wankhai said...

Thank you all.
Islam itu mengatur hubungan sesama manusia dan juga hubungan dengan Tuhan.

Semoga Ramadan memberi kesan dan memberi pedoman, InsyaAllah.