Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Segala puji bagi Allah Rabbul-Jalil.
Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia dan Keluarga Rasulullah.
Sejahteralah para sahabat yang mulia dan isteri-Isteri Nabi isteri Kaum Muslimin.

Saya ingin membuat beberapa dedikasi raya kepada individu-individu berikut.

Kepada mak, ayah, auntie dan adik-adikku,
Selamat hari raya dan semoga keluarga kita lebih stabil dan bahagia.

Kepada cikgu-cikguku di Tadika Kemas, Sekolah Kebangsaan Sungai Raya, Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, MRSM Muadzam Shah, MRSM Taiping dan Kolej MARA Seremban,
salam lebaran dan mohon keberkatan ilmu kepada anak muridmu ini. Ampun maaf dipinta.

Kepada rakan- rakan lama,Mukhlis,Faisal, Zulhilmi, Naim, Apah, Tariq,
Semoga kalian berbahagia. Lama sungguh tidak menjenguk sekolah rendah kita itu. Rindu.

Kepada rakan-rakan di sekolah Izzuddin Shah, Hafizuddin, Saiful Aqmal, Syafiq, Nabil Fikri, Hazwan, Ridzuan, Kamarul Ariffin dan lain-lain,
Terima kasih buat kalian kerana menemaniku menjalani kehidupan pembelajaran yang mencabar. Buat Hafizzudin, terima kasih atas tazkirah yang tidak henti-henti, dan terima kasih atas keterbukaan kamu menerima kekurangan diriku. Terima kasih kerana menunjukkan aku keindahan puisi Ahmad Shauki , kemurnian kata-kata Ibnu Ataillah dalam al-Hikam dan kesyahduan bertadabbur al-Quran.

Kepada Asyraf,
Terima kasih padamu juga. Walau pahit dan mengecewakan, aku berterima kasih padamu kerana kamu menolongku mencari jalan keluar dari jalan itu ( walaupun kamu tidak berniat sedemikian) dan lantas aku menemukan pelbagi lagi dimensi kehidupan, membawaku mencapai kematangan fikiran .

Kepada 'kamu', yang hanya 'kamu' sahaja tahu siapa 'kamu' ini ,
Aku sentiasa sayang kamu okay. Jadi, jangan fikir bukan-bukan lagi.

Dedikasi khas buat Megat Naqib,
Terima kasih kerana bersabar dengan ketidakmatangan diriku, kecelaruan perangaiku, keterlaluan emosiku. Terima kasih kerana menjadi kawan aku. Salam aidilfitri, maaf zahir batin.

Kepada semua rakan-rakan di MRSM Taiping, Izzat Muhaimin, Naim, Syed, Zulfadhli ( yang bakal meninggalkan Malaysia sekali lagi) , Ganu, Tariq, Afifi, Coco, Boya, Azam, Wan Zulhilmi dan lain-lain,
Terima kasih kerana kalian rakan- rakan yang sempoi. Salam lebaran.

Khas buat ahli-ahli kelas 507, terima kasih di atas dua tahun yang benar-benar bererti, benar-benar menggembirakan. Semoga kalian berjaya. salam aidilfitri.

Untuk Hazman, the engineering guy,
Tanhniah atas kejayaan dan terima kasih kerana menjadi kawan yang baik, menjadi penemanku semasa aku di Ipoh. Kalau tak, bosanla aku kat sini. Maaf atas salah silap.

Buat rakan-rakan di KMS, thank you for your support dan maaf jika tersalah kata terkasar bahasa. Salam raya.

Khas untuk rakan-rakan TESL, terima kasih atas dorongan selama ini, dan terima kasih kerana bersama kalian aku mengenali senyuman dan tawa yang ikhlas lahir dari hati, bukan lakonan semata.

Buat Juju, Faizi, Hariz, Izdihar Zuhdi , Din, Khairul Afif, Lokman, Acha, Naim, Ayie, Amir, Haziq, Izzat, terima kasih kerana menjadi roommate dan neighbour yang baik. Aku mohon maaf atas segala salah silapku. Maaf zahir batin.

Dan terakhir,
Buat rakan baikku,
Nurul Shida Zulkifli,
Terima kasih atas nasihat dan jenaka kamu,
Terima kasih kerana menganggapku rakan baikmu juga,
Terima kasih atas perkongsian ilmu kita,
Terima kasih kerana sudi melayan karenah aku.
Terima kasih kerana be there when i need somebody.
Aku benar-benar bersyukur kerana mempunyai kawan baik sebaik kamu.
Allah telah menetapkan jodoh manusia, dan aku tidaklah mengetahui perkara-perkara ghaib.
Tapi, aku amat berterima kasih dan bersyukur pada Allah taala kerana Allah telah mentakdirkan bahawa gadis pertama yang aku jatuh hati ialah kamu, gadis yang muslimah yang menjadi keinginan semua lelaki yang beriman.
Ada jodoh atau tidak aku tidak tahu, aku hanya sentiasa mendoakan keberkatan buatmu.
Semoga kamu mencapai cita-cita, berbakti buat orang tua dan menemukan jodoh yang baik.

Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah, kami ini semua saudara seaqidah, yang menghambakan diri padaMu Allah. Berilah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat, keampunan di Mahsyar, keberkatan ilmu, makbulnya doa dan dilimpahi rahmatMu. Kembalikanlah kami kepada fitrah Syawal ini. Amin....




10 comments:

Shah said...

salam dari kolej MARA Banting
peminat sastera jugakah

wankhai said...

salam dari pelajar kolej mara seremban
ya, kedua-dua sastera BM dan BI
( dan kena belajar sastera BI sebab mengambil TESL).
Tapi lebih cenderung kepada sastera melayu , terutamanya hasil tulisan faisal tehrani, zaid akhtar dan nisah haron.

Shah said...

owh belum pernah baca karya faisal tehrani kecuali panduan menulis yang dia tulis

satu kelas ngan nihlah ka?
A-lvl?
add la ym boleh juga bersembang2

wankhai said...

nanti saya add kamu. rasanya ID YM kamu ada di website kamu bukan.

Anonymous said...

ahahah~ lawak seh bc blog yg ade unsur2 jiwang...

adakah shida akan membacanya??
kalo tak, suh si shahkang gitau shida :D

(ceh shahkang n wankhai berborak merapu ja...)

Anonymous said...

aamiiin, aamiiin, aamiiin..

r a y z i n i e said...

oh wankhai.cam ni ah lupa nama aku dlm post =(
huhu.xper2

wankhai said...

hilmi must die. huhu

wankhai said...

wei rayzinie, nanti aku wat special dedication to u~insyaAllah~hehe

Shah said...

alamak ada hilmi di sini
hoho