Wednesday, December 17, 2008
Pesimis
10 minit boleh saja buat kita fikir macam-macam yang mengarut. Macam ini.
1) Anwar PM atau Najib PM, dua-dua bala buat Malaysia . Lebih tepat, politik Malaysia kini satu bala buat semua.
2) Obama menjadi Presiden Amerika tidak mengubah apa-apa terhadap dunia. Israel misalnya.
3) Luahan rasa melalui diari , pembacaan blog atau membaca buku-buku agama sebenarnya tidaklah menenangkan jiwa atau hati yang dirasuk amarah atau kesedihan. Kepuasan jiwa apa? Pengisian diri apa? Sesetengah yang membaca Quran dengan penuh lagunya, makhrajnya, tajwidnya pun selepas menutup Quran dan menyimpannya di almari lekas-lekas membuka laptop dan bermain Fifa atau DOTA atau RA3 atau Facebook atau YM selama berjam-jam . Best. Tak boring.
4) Siapa boleh beritahu? Manusia itu in essence bad, atau good?
5) Islamisasi ekstrem yang bergerak pantas dan tanpa perancangan itu sama buruknya dengan liberalisasi ekstrem yang bergerak perlahan.
6) Kaunseling itu rubbish. Aku seorang pesimis. Memang itu aku. Bersikap pesimis itu lebih baik daripada menjadi optimis secara membabi-buta. Saya pesimis. Tetapi, tidak bermakna aku tidak optimis. Aku bersifat optimistik dalam mengatakan bahawa menjadi lebih pesimis lebih selamat dan menguntungkan dan betul daripada bersifat lebih optimis. Jadi, aku pesimis, dan aku juga optimis? Eh, bolehkah begitu? Pesimis, dan optimis dalam masa yang sama? Tak boleh? Jadi aku ini apa?
10 minit saja dan secara spontan aku menaip benda2 diatas ini. Spontan tanpa justifasi pada fakta, pada ideologi, pada akidah, atau pada konsensus. Cerminan pemikiran aku yang masih dalam kekaburan barangkali. Tetapi, lebih baik begini.
Lebih baik sedar daripada tidak sedar bahawa kita masih dalam kekaburan.
Dan selepas justikasi, aku ketemu jawapan-jawapannya. Sendirian saja. Maka betullah.
Hidup itu ialah satu pertalian kausaliti yang terjadi samada atas sebab ringkas, atau justifikasi mendalam. Maka tergesa-gesa dalam melakukan perbuatan atau pengesahan pemikiran itu satu kesilapan besar!
Sebab itu kita punya konsep muhasabah dan ijtihad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment