Wednesday, December 17, 2008

Realistik atau Plastik?


Penulis cukup menggemari drama Grey's Anatomy dan House. Ini mungkin bertitik tolak daripada minat penulis sendiri pada bidang perubatan dan biologi itu sendiri. Malah, subjek biologi merupakan satu-satunya subjek sains yang penulis gemari di sekolah menengah dulu. Fizik dan kimia, tidaklah begitu diminati. Haha. Selepas keputusan SPM dikeluarkan, penulis berada dalam dilema. Penulis meminati bidang perubatan sebenarnya, tetapi disebabkan penulis haemophobic, terpaksalah penulis batalkan cita-cita ini. Penulis selepas itu menimbangkan empat halatuju kerjaya: law, Bahasa Melayu, sejarah dan TESL, di mana selepas BM dan Sejarah terpaksa dilupakan kerana memerlukan STPM, penulis memilih TESL kerana skop kerjayanya lebih luas. Huhu. Tapi, bukanlah perkara di atas ini isu post ini.

Ini isu drama.

Pernah melihat drama-drama Malaysia? Spa Q atau Cinta Medik misalnya? Bagaimana pula dengan filem kita seperti Remp-It atau filem-filem hantu kebelakangan ini?

Bandingkan lakonan dalam drama Grey's Anatomy dengan Spa Q buat permulaan.
Jika hendak dikatakan, memang Spa Q menampilkan jelitawan-jelitawan Malaysia, malah kalau dikatakan nisbah pelakon lawa dan tidak lawa dalam Spa Q dan Grey's Anatomy, Spa Q lebih banyak yang lawa. Ianya subjektif, bagaimanapun.
Tapi...
Penulis BERPENDAPAT bahawa Spa Q agak plastik. Tidak realistik. Kaku. Dan wataknya hanya ditampakkan secara surface. Shallow. Wanita diangkat-angkat dan dilebihkan-lebihkan kegedikannya sedangkan setakat pengalaman penulis, majoriti golongan-golongan wanita yang dipaparkan dalam drama ini walaupun ada yang gedik, tetapi tidaklah segedik itu.

Watak-watak dalam Grey's Anatomy amat diperincikan. Mereka punya personaliti yang tersendiri, yang kompleks, yang dalam, yang bisa menarik penonton untuk menyelami perasaan mereka. Yalah, walaupun penulis dan Iz kadangkala terpaksa menarik selimut buat menutup mata atas adegan pelik-pelik,secara umumnya jalan ceritanya amat menarik.

Apapun, tidaklah kita kekurangan drama-drama yang bagus. Penulis misalnya amat meminati Pondok Buruk dan Cinta Si Penggali Kubur itu. Malah, kebanyakan drama-drama ketika Ramadhan atau Hari Raya Aidiladha amat menyentuh jiwa. Fauziah Nawi misalnya, lakonannya yang mantap boleh mengetuk naluri kemanusiaan penonton.

Oh, kenapa post pasal drama pula tiba-tiba, ya?

Begini. Kita mengharapkan bahawa suatu masa nanti, filem-filem kita lebih bersifat manusiawi, universal dan ya, penulis sangat berharap yang ini : islamis. Kita sekarang ini punya pelakon-pelakon yang boleh menjiwai watak-watak sebegini, dan kita juga memang punya filem yang bersifat kemanusiaan ( walaupun belum di tahap Islamik lagi). Penulis berharap kita semakin bergerak ke arah itu. Dan untuk menjadi sebuah filem dan drama yang bagus, isi mesti bagus, sudah tentu, dan lakonan juga mesti baik dan dimainkan dengan penuh jiwa. Baru menarik minat penonton! Filem-filem Iran, umpamanya, amat berkualiti.

Tetapi, penulis kini risau pula. Barisan pelakon-pelakon muda kitalah. Usahkan jiwa Islam, jiwa Melayu pun mungkin susah hendak dijumpai lagi. Majoritinya plastik, maaf cakap. Even pelakon Barat yang gedik-gedik sebenarnya itu pun bila berlakon mereka boleh berlakon dengan lebih baik.

Grey's Anatomy dan Cinta Medik kita, jika dibandingkan boleh buat penulis menggeleng kepala saja.

Filem-filem yang Islamik keseluruhannya mungkin masih jauh lagi untuk dicapai, tetapi kita boleh saja memulakannya usaha itu dengan filem yang lebih berisi, lakonan yang lebih baik dan ya, para pendakwah boleh terjun kedalam bidang ini.

Husna dan Asmaa' turun berlakon dalam adaptasi filem Tunggu Teduh Dulu tulisan Faisal Tehrani misalnya. Siapa tahu? Huhu jangan marah ya Husna, Asmaa!

2 comments:

Anonymous said...

amboi amboi wan khai...

-hus_amir-

bawangmerah said...

cinta medik dengan grey's anatomy..sangat2 berbeza, sungguh~
ingin dikatekan di sini (hanya pendapat saya ya), cinta medik tahpape. tak tahu kenapa. tapi, memang saya rase begitu. mungkin sebab ia tipikal semate?

*dan kalau camtu kenapa aku gi tengok cite cinta medik tu ha??*