Monday, December 29, 2008

Palestin


Darah membasahi Bumi Suci ini lagi. Di ambang tahun baru pula itu. Kali ini, tiga ratus orang adik bongsu terbunuh. Tga ratus orang yang tidak bersalah, yang sarapan mereka kadang kala tidak ada, yang mungkin sahaja berlapar sepanjang hari, telah kembali kepada Penciptanya. Tiga ratus orang terbunuh yang mana pembunuh-pembunuhnya ini makannya 5 kali sehari di kem-kem pertahanan. Pembunuh-pembunuhnya pula si abang sulung mereka sendiri. Bukan sesiapa.

Si abang kedua yang jauh dari Bumi Suci , di New World itu sentiasa saja menyebelahi si abang sulung. Sedangkan abang sulunglah yang membuli si adik bongsu. Si abang kedua sengaja berbuat demikian- kerana adik bongsu kini nampak lemah, jadi lebih baik dia menyebelahi abang sulung yang kaya dan berpengaruh.

Si abang sulung percaya Tuhan itu satu.
Si abang kedua percaya Tuhan itu juga satu.
Si adik bongsu juga sama, Tuhan itu satu .

Mereka percaya Tuhan yang satu.


Si abang sulung memanggil Tuhan ini Yahweh, Elohim, atau Adonai ( our Lord)
Si abang kedua memanggil Tuhan ini God, Lord, Jesus, Deus, the Father.

Si adik bongsu memanggil Tuhan ini Allah.


Si adik bongsu menderita dan meraung meraung pada jiran-jiran, tetapi siapa mahu menolong? Dunia ini sudah terlalu gelap. Beribu-ribu sebelumnya telah terkorban, dan jumlahnya kian bertambah.

Penulis blog disini menguntai sekalung doa:

Ya Allah, engkau berikanlah kami kefahaman akan perkara yang berlaku. Ya Allah, engkau berikanlah kami petunjuk, dan berikanlah kami kekuatan. Ya Rahman, engkau juga Maha Adil, maka engkau sinarilah kami dengan Cahaya Keadilan mu.

Wahai abang-abangku Kristians dan Yahudi, engkau telah menzalimi kami dengan nama Tuhan kita! Dengan penuh harmoni kami menghormati fahaman kalian, tetapi kalian telah mencemari Tanah Suci ini dengan darah-darah kami! Di mana kehormatan kamu pada Tuhan kamu ? Di mana janji kamu pada "Thou shalt not kill", dan "Love your enemies?", arahan Tuhan pada kamu ? Di mana kalian meletakkan manifestasi cinta Jesus kalian yang cuba menyelamatkan manusia? Jesus Christ kalian aku yakin tidak merestui kalian dengan perbutan terkutuk yang kamu lakukan pada kami! Mana kehormatan kalian buat Yahweh kalian yang menciptakan manusia dengan Kasih Sayang ?

Wahai Tuhan yang padaku Allah, yang denganmu 99 nama-Mu yang suci dalam Quran, engkau saksikanlah!

Wahai penumpah darah! Tuhan yang padanya nama-nama sejak azali, Elohim , Yahweh, Adonai , Allah pasti memurkai kalian! Tuhanku , iaitu Tuhan buat Kita semua pasti akan mengadili kalian. Wahai Tuhan yang ada sejak azali dengan pelbagai bahasa tetapi tetap satu, Engkau saksikanlah!

Kerana sesungguhnya kami bersaksi bahawa Tuhanku ialah Allah, dan Utusan kami ialah Muhammad . Kerana kami bersaksi bahawa Kami pengikut Ibrahim yang Hanif. Kerana kami bersaksi dengan Al-Quran petunjuk kami, Kitab Terakhir buat Manusia.

Dan kalian merupakan golongan yang melampaui batas. Maka Tuhan yang Maha Melihat, saksikanlah!

Ya Tuhan, engkaulah yang menghilangkan khilafah kami, dan engkau jugalah yang berkuasa memulangkannya semahumu, maka berikanlah yang terbaik buat kami ya Allah, kerana sesungguhnya Kamu bekerja dalam kerahsiaan dan kami ini hambaMu yang terlindung dalam keterbatasan.

Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah dan Kesejahteraan buat Ahlul Bait Baginda Bahtera Nuh Ummat.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Amiin.

1 comment:

Anonymous said...

aamiiin.