Tulisan pemilik blog sendiri. Hasil fiksyen. Tidak ada kena mengena dengan yang baru lahir, masih hidup, nazak, hampir meninggal dunia, atau tengah disiksa atau gembira di kubur.
Saya suka melihat-lihat manusia di sekeliling saya. Mereka ini bijak. Mereka ini ironik. Mereka ini menarik. Saya ini miskin. Comot. Buruk. Badan kurus kering pula. Saya berjalan dari satu lorong ke lorong yang lain meminta sedekah pada yang pemurah. Rakyat Malaysia pula memang sangat pemurah dan bijak berbelanja. Mereka tak kisah dengan nilaian material. Pesta- pesta Mega Sale serata negara ini tak pernah berjaya. Mall-mall kosong tanpa orang. Potongan 70% pun tak disambut masyarakat. Mereka 'pengguna bijak', kalau tak silap sayalah istilahnya. Kerana itu saya selalu mendapat sedekah. Lebih baik bersedekah buat yang miskin dari membazir, fikir mereka. Huhu. Sayalah yang untung. Alhamdulillah.
Ada satu tempat yang saya suka minta sedekah. Kedai Makan Haru Biru. Malaysia ini, peminta sedekah tak pernah dihalau. Kami dialu-alukan mengemis di kedai-kedai makan. Seperkara tentang kedai makan Haru Biru ini, lokasinya amatlah strategik. Dikelilingi masjid, bangunan UMKO , markas PUS sebelah bangunan UMKO tu, gereja Cina, pejabat tanah negeri, pejabat agama Islam daerah dan belakang lorong kedai makan ini pula ialah lorong pelacuran terkenal mak nyah dan gayboy yang menawarkan servis dengan harga yang kompetitif. Pandai tuan punya kedai ini, Hajah Mai Makan Bayar Kemudian Air Kosong Seringgit Satu memilih tempat berniaga.
Saya yang mengemis ini selalu tengok gelagat manusia di kedai makan ini. Lepas mengemis, saya melepaklah di sini. Pendapatan mengemis saya cukup makan sahaja, sehari dapatlah Rm300, bolehlah makan chicken chop sehari-hari. Ala, Malaysia makanannya murah. Naik harga minyak, lagi turun harga makanan. Sambil-sambil memotong Chicken Chop itu dan mengelap peluh yang melekat di muka dek letih memohon sedekah, saya melihat-lihatlah sekeliling saya.
Ada 4 puak utama yang makan disini waktu tengahari: puak pakcik Songkok UMKO, puak Tok Jubah Putih Serban Putih Tapi Daki Penuh Kat Kolar Baju, puak orang-orang Pejabat Tanah dan sebilangan orang agama bukan Islam yang makan di sini.
Puak Pakcik SongkokUMKO selalu cerita pasal Melayu perlu bersatu. Dia cakap ketuanan melayu perlu dijaga. Kemudian kawan-kawan dia hangguk-hangguk jela. Kena hangguk, kena setuju, pakcik Songkok yang belanja minum air. Karang dia tak belanja pula.Pakcik Songkok selalu heboh anak-anak dia berjaya. Jadi doktor, engineer,cikgu cemerlang semuanya. Jasa Kerajaan barisan Nasional la. Yang saya yang mengemis ni boleh cakap la, anak lelaki dia yang engineer tu saya kenal bebenar. Aziz namanya . Malam-malam ada di lorong belakang kedai ini ha, selalu pakai baju kemeja ketat. Cari jantan. Kadang-kadang mak nyah. Hoho. Dengan kereta Toyota Vios gelap tu, dia bawa jantan yang dia jumpa pergi Taman Tasik kat situ.Buat projek. Saya selalu terjumpa dia jugak memalam kat situ. Siap ternampak dia tengah berbogel lagi. Huish. Mujur gelap-gelap malam. Lampu taman kaler kuning-kuning malap. Takler jelas angat.
Isk xmaula cerita lagi.
Puak Pakcik Jubah Putih la selalu cerita pasal Islam , pasal parti islam dia, pasal tahaluf siyasi dia. Dia cukup benci polis . Polis ini anjing. Polis SEMUANYA bangsat. Saya senyum ja. Tak silap saya, pak Jubah ada 9 orang anak. Majoriti al-azhar educated. Tapi sorang yang saya kenal, yang bongsu. Sudin namanya. Tingkatan 5. Haritu, ada polis l/kopral yang ronda-ronda kat belukar belakang sekolah Sudin. Dia tengok belukar tu bergerak macam ada orang pulak. Dia sembunyi-sembunyi, cuba nak spy tengok apa. Mana tahu ada drug addict ka. Rupanya isk, Sudin tengah beromen dengan anak perempuan bongsu pakcik songkok UMKO. Polis tu sergah mereka. Hah, sampai sekarang polis tu dapat 500 tiap-tiap bulan oleh anak perempuan pakcik bongsu tu, buat tutup rahsia. Macam mana saya tahu? Hoho. Saya sebenarnya tengah rakam adegan mereka guna N96 saya. Mengemis. Saya miskin. Orang kaya mcm Pakcik songkok and pakcik jubah pakai nokia 3310.
Sebelah pondok buruk saya ada seorang anak muda. Nama dia Sally, asal nama Saleem. Dia mak nyah sepenuh masa. Siang tido, malam menabur bakti dalam indutri pelacuran, industri tertua dunia. Dia memang seksi. Tengok dari belakang taktau dia tu lelaki. Dia xpernah tinggal semayang. Semayang Jumaat jer dia tak pergi. Dia malu.
Tiap-tiap hari, dia belikan kuih untuk saya, dengan gaji harian dia la. Pastu dia bagi sedekah kat semua pengemis-pengemis yang ada kat kawasan sini. Setiap Jumaat, dia akan kirimkan 10 ringgit pada saya, buat sedekah masjid kat tempat saya Sembahyang Jumaat.
Baik orangnya sally ini.
Sally ini kata Aziz pernah langgan dia . Dia mantap. Dia bagi banyak duit kalau layanan memuaskan.
Bunyi guruh.
Terkejut saya. Eh eh, KELABU langit hari ini, ya?
(KELABU ini klunya. Fikirkanlah apa isinya cerita ini )
11 comments:
bes cite ni tapi aku x dpt tgkppe ko nk sampaikan...
ko memang suka cite2 mcm ni kan... bgs2.. penyampaian yg menarik, cuma agk kurang sesuai utk adik2 ku(kalau ada)...
Well, aku memang suka ka ibam? Tak sedarla pulak.
Aku main tulih ja.
Tapi ada sebab la aku tulis ni. Tambah-tambah kat tang Kelabu tu.
hypocrisy? dual-faced. neither this nor that. just in between. alas, we're all the same. no?
btw, yg psl tuan umko bersongkok n anaknya aziz...lol
satu je bnde ak nak tnye..nape pminta sedekah tu xnak g tegur? mybe cite ko ni nak tnjuk msalah umat skang,tau+nmpak..tp xtegur..last2,ape2 pn xsettle..significant bunyi guruh tu refer pd kemurkaan Allah rasenye..kelabu yko suke sgt tu is hari kiamat eh?hari yrmai manusia baru nak mnyesal tp
da t'lmbat..
maya pnye point pn ok gak..it shows dat we r ol the same..stuju!
Peminta sedekah ini juga subjek. Bukankah dia yang merakam adegan video terlampau?
Hehe. Nak fahami kelabu, kita kena kaji asas dia dulu kot, macam putih dan hitam. Urm...
"..kelabu yko suke sgt tu is hari kiamat eh?hari yrmai manusia baru nak mnyesal tp da t'lmbat.."
Khilafah akan muncul dlu sblum kiamat berlaku... check dlm hadis2 akhir zaman...
Mgkin guruh refer surah ar-Raad=Guruh
ayat 11 "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri", bererti kaum muslimin mengubah nasib malang mereka dgn menegakkan kembali Khilafah...
Kelabu sbb hitam+putih=kelabu, warna al-Liwa & ar-Rayah adalah hitam+putih...
Apa-apa pun, hanya wankhai je yg tau apa yg dia nak tulis! Tafsiran orang beza2.. Klu tafsiran salah pun x dosa sbb ni bkn tafsir Quran(kne pakar bnyk Ilmu Ulum Quran),melainkn hanyalah tafsiran cerita rekaan, pantulan realiti semasa.. Analisis peristiwa(mutabaah) memang tiada teknik khas yang tetap dan terkadang cenderung salah (bagi newbie shj!) (at-tafkir:Taqiyuddin an-Nabhani,afkar as-siyasah:Abdul Qadim Zalum)
Wah wah, haha, betul tu ibam.
Semua orang bebas melontarkan interpretasi masing-masing. Hatta, penulis sendiri tidak boleh menjadikan keseluruhan ideanya dicerminkan dalam karya dan difahami pembaca dengan dimeni fikiran penulis sediri, melainkan ia sendirinya dipengaruhi paradigma pembaca-pembaca.
Macam ibam dan shazmin, anda dan paradigma keintelektualan muslim dan pendedahan dalam aspek agama anda mungkin menyebabkan anda melontarkan pandangan anda berpaksikan pandangan itu.
Manakala bagi aku sendiri, aku mereka cerita ini sebagai karya yang mencerminkan beberapa ciri sastera moden inggeris, dimana ironi dan realiti dicantumkan dan cuba menimbulkan sentakan humor ( lebih spesifik dark humor atau human irony). Maya juga ada melontarkan ciri-ciri sastera modern inggeris dalm komen post ini.
Karya-karya Oscar Wilde menampakkan ciri-ciri ini, tapi karya2 abad ke 20 lebih ketara sedemikiannya sepertimana karya Harold Pinther, si murtad Salman Rushdie yang banyak menggunakan allegory,dan jika di Malaysia kita ada sdr Saharil yang gemar mengeluarkan karya berbaur sinis. Tazkirah reverse pyschology la.
Walau bagaimanapun, tidak bermakna apabila post aku ini mengutarakan kehidupan dengan ciri sebegini, aku menyokong gagasan sastera moden. Mungkin sekadar membuat pengunjung berfikir?
KELABU ini boleh jadi macam-macam. Asap yang menjadi tanda kiamat kecil ke, kelabu umpama penghalang manusia menemui kebenaran ke, kelabu= campuran hitam putih. Hitam bagi yang batil, putih bagi yang baik. Yang kelabu ialah manusia.Itulah definisi manusia menurut Barat sekarag. Lihat saja Grey's Anatomy. Tekalah siapa yang jahat dalam cerita ini dan siapa yang baik. Boleh beza ke?
Dalam Islam , hak dan batil itu jelas kan? So, jangan risau ya, aku masih punya pendirian
Sengaja menulis post ini , kerana sem depan kami akan belajar drama pemenang Nobel Lit Harold Pinther. Karya beliau menampakkan realiti kehidupan BARAT dan kompleksnya pemikiran dan tindakan manusia.
Erm ,apapun, setiap pandangan anda amatlah dihargai.
kawan2ku sungguh berseni
lol~ sedap gak cite kamu..
memang dari dulu ada bakat.. waktu sekolah menengah dulu pun tulis novel.. (cume entah dah hilang mana)
bagi aku, awan kelabu tu menandakan hari dah nak mendung. kegelapan bakal datang. hujang bakal turun. dan bumi bakal merasai kesuraman hujan.
akhirnya, adakah awan itu akan berarak ke tempat lain, menunjukkan pelangi. atau banjir akan tiba akibat longkang KL yang tersumbat?
Haha. Hilmi, kamu melontarkan sinisme!
Dan ya, KELABU boleh saja melambangkan kebarangkalian dan ketidakpastian.
Post a Comment